BAB 20

1K 38 0
                                    

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam office Aizat. Pasti Zafrul tertanya tanya siapa gadis tu dengan boss nya.

"Boss, siapa dia?" Terluah juga apa yang Zafrul ingin tanya. Sha pandang Zafrul dan kembali pandang si suami.

"Kenalkan, ni Queensha Clara. Isteri saya." Ternganga Zafrul dan menoleh memandang Sha yang riak nya dingin saja. Patut lah boss nya tak lepas pandang rupanya isteri.

"Tapi boss tak bagitahu pun boss dah kahwin." Zafrul mengecilkan mata nya.

"Saya buat akad nikah ja dan family kami berdua saja yang tahu. Setelah ini mungkin kami akan umumkan? Kan sayang?" Sha mengepal penumbuk nya erat. Sesuka hati saja panggil sayang depan PA dia. Dianggukan saja.

"Terbaik lah boss diam diam dah berbini. Apa apa pun hingga ke jannah lah ye. Saya minta diri dulu ada kerja nak kena buat." Setelah Zafrul keluar, tajam renungan Sha pada Aizat yang tersengih kambing.

"Ada apa sayang datang sini?" Sha menjulingkan mata nya. Bersayang sayang pula dah.

"Aku datang ni nak minta izin untuk ke markas Yakuza. Aku dah dapat arahan dari Ayahda untuk stop jadi aku kena buat diorang kena tangkap malam ni. So dipendekkan cerita, aku balik pagi esok." Mudah saja dia menuturkan ayat nya dan tangan naik berpeluk tubuh.

"And after this, sayang tak akan masuk kumpulan tu lagi right?" Sha tidak pasti akan hal tu kerana kumpulan Yakuza sangat licik.

"Tak pasti tapi kalau diorang ditangkap bermaksud identiti aku dah terbongkar. Seluruh Yakuza akan balas dendam. Jika terlepas, identiti aku juga selamat." Aizat menganguk kepalanya tanda faham.

"Take care of yourself sayang, jangan sampai cedera parah. Aku sayang kau Sha." Gadis tu ukir senyuman nipis dan dia terpana seketika dengan lesung pipit dikedua pipi.

"In shaa Allah, aku minta diri dulu. Aku perlu ada dekat sana sebelum pukul 3." Aizat menghulurkan tangan nya agar Sha salam.

"Salam suami kalau nak keluar." Gadis tu mengatur langkah mendekati dan disalam tangan kanan tu.

"Take care" Sha menganguk dan mengangkat simbol okey seraya kaki melangkah keluar dari office suaminya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now