BAB 19

1K 40 0
                                    

"Cukup abang! Lina dah tak tahan dengan perangai baran dan sikap tuduh melulu abang! Selama ni ada ke abang bagi nafkah dengan Lina dan anak anak? Lina kerja pun Lina yang jaga keperluan rumah tangga!." Semakin meninggi suara Puan Lina dan Encik Wazir terus menolak Sha ke tepi dan mencekik leher isterinya.

"Jangan ingat aku akan lepaskan kau! Mati hidup balik pun aku takkan ceraikan kau faham!" Puan Lina memegang tangan suami nya yang mencekik leher.

Sha berundur setapak dan pengerakkan nya mengalihkan pandangan Aizat ke arah dia.

Dipusing badan nya dan ditendang tepat rusuk Encik Wazir dan lelaki tua tu terduduk di lantai memegang pinggang.

Memasing terkejut dengan aksi yang mereka lihat sekarang. Siapa perempuan ni? Ada dia minta untuk berjumpa dengan boss sebentar tadi tapi lihat cara nya bukan calang calang orang.

Zafrul yang berdiri disebelah Aizat juga terkelu lidah dan tangan naik menepuk tanpa dia sedari.

"Memukul isteri akan dijatuhkan hukuman mengikut seksyen 323 kanun keseksaan." Melopong mereka. Sah! Pasti polis ni. Itu yang mereka fikirkan. Cara bercakap, berlawan seakan jelas gadis ni seorang anggota.

"Omg boss, dia polis ke?" Zafrul mengoncang lengan Aizat dan jejaka tu tersedar dari lamunan nya. Dianggkat bahu acah tidak tahu.

"Lepaskan aku lah!" Encik Wazir meronta apabila kedua tangannya digari. Pantas Sha mengeluarkan telefon untuk menelefon polis.

Tidak lama tu kedengaran siren kereta polis datang depan syarikat Aizat. Encik Wazir dibawa masuk apabila Sha membuat isyarat mata.

Seluruh pihak polis mengenali Sha sebagai anak Tuan Cay. Rata rata identiti nya simpan rapi oleh pihak berkuasa.

"Tunggu apa lagi? Pergi lah sambung kerja!" Lintang pukang mereka lari kan diri apabila suara Aizat sudah menaik.

Sha mengambil sampul di tangan Puan Lina dan memandang wajah wanita tu.

"Puan tak payah lah letak jawatan. Lagipun mesti Encik Aizat tak nak kehilangan pekerja macam Puan." Puan Lina tersenyum ke arah gadis dihadapannya ini. Sungguh baik hati menolongnya.

"Terima kasih sebab tolong saya. Adik nama apa?" Soal Puan Lina yang sangat ingin tahu nama gadis ni.

"Saya Sha. Tentang hal tadi nanti Puan kena pergi balai untuk keterangan selanjutnya. Setelah tu terpulang pada Puan mahu buat apa." Puan Lina menganguk dan berterima kasih sekali lagi.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now