BAB 59

659 32 1
                                    

Sha terlelap dengan tangan kanan di atas perut. Sisa air mata masih ada di pipi. Ditoleh ke arah bahu dan hairan apabila sudah dirawat.

Dia bangun dari baringannya dan berganjak ke kepala katil. Dilihat sekeliling dan disentakkan dengan bunyi pintu terbuka.

"Zayn."

"Hm"

"Kenapa jadi macam ni?" Lembut suara Sha bertanya. Situasi sekarang dia tak boleh ego sama kalau tidak hancur.

"Bukan urusan kau pun." Kata nya dengan memandang tajam ke wajah tu. Sedari tadi dia mengengam kerambit. Niat mahu bunuh gadis tu ketika tidur.

"Saya tahu bukan urusan saya tapi saya tak nak lah tengok awak berterusan macam ni. Sampai bila? Kalau awak ada simpan dendam dekat siapa siapa, sini cerita." Zayn duduk di hujung katil. Suara Sha buatkan hati nya terjentik.

"Masa aku sekolah dulu semua orang benci aku. Mak ayah aku selalu buat aku macam orang asing. Setiap hari aku kena pukul kena maki. Tunang aku tinggalkan aku sebab tak ada harta!. Sebab tu aku nak bunuh siapa saja yang ganggu aku." Dipandang kerambit nya dan dia merangkak mendekati ke gadis tu. Sha mengawal riak nya agar tidak gentar.

"Dan kau adalah orang seterusnya." Sha mengusap rambut tu dengan tangan kanan nya. Berubah riak wajah Zayn.

"Tak baik bertindak kejam dekat orang tak bersalah." Dikemaskan rambut hitam tu. Zayn merebahkan badan nya dan diletakkan kepala di perut Sha.

"Saya tahu awak tak tidur lagi. Tidur lah." Diusap rambut tu dan mata Zayn perlahan lahan memberat.

BUKA saja mata dia mendongak memandang Sha yang termenung. Dicium perut tu dan gadis tu tersentak. Tangan Zayn membuka gari di tangan Sha.

Diusap pengelengan nya yang merah dan lenguh. Zayn memeluk tubuh itu erat. Mata nya segar apabila dapat lelapkan mata walaupun sekejap.

"Zayn okey? Ada yang tak kena lagi?" Jejaka tu mengeluh dan mendongak. Gadis ni lah yang mampu buatkan hati nya terjentik satu perasaan dalam diri nya.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now