BAB 72

678 27 0
                                    

"Sayang." Sha menoleh melihat suami nya yang melangkah mendekati. Aizat memegang pinggang isterinya.

"Kita buat resepsi nak? Abang nak umumkan yang sayang isteri abang." Sha menganguk kepalanya tanda boleh. Tersenyum Aizat bila Sha mahu.

"Kita buat tema black dengan baby blue. Abang dah rancang yang kita akan masuk dewan sama sama. Hakim dengan Arfan akan jadi pengacara." Tutur Aizat.

"Sha ikut abang ja lagipun Sha tak kesah nak buat macam mana. Asalkan abang ada dengan Sha." Aizat raih isterinya ke dalam pelukkan. Diusap belakang Sha.

"Abang sayang sangat dekat sayang." Dilentokkan kepalanya di bahu si isteri. Entah bagaimana lagi dia mahu utarakan sayang nya dia terhadap Sha.

"Sha pun sayangkan abang." Diusap belakang kepala Aizat. Jejaka tu menghidu aroma di leher isterinya. Wangi. Didekatkan lagi.

Disebabkan geram, dia gigit lalu menghisap nya sehingga tinggal kesan miliknya. Sha bekerut sakit.

"Apa abang buat?" Aizat menurunkan tangan Sha yang mahu menyentuh kesan 'love bite' itu. Terukir senyuman di bibir Aizat. Miang!.

"Cantik love bite abang buat." Dia mengeratkan pelukkan nya. Seronok peluk isteri rasa tak nak lepas!. Kalau orang cakap dia obses memang dia obses dengan Sha pun.

"What?!" Terkejut Sha mendengar pengakuan si suami. Aizat terkekeh di ceruk leher Sha.

"Aduh sakit lah sayang." Sakit belakangnya apabila dipukul oleh Sha. Gigit sekali lagi kang baru tau.

"Ingat abang gigit tadi tak sakit ke?" Aizat gelak lagi. Suka sungguh usik isterinya. Dileraikan pelukan nya setelah lama dia memeluk.

Mata biru tu tajam pandang dia dan dia menayangkan sengihan. Diusap pipi tu dengan sayang.

"Alolo abang geram dengan sayang ja itu yang abang gigit." Mengecil mata Sha dan Aizat sudah cuak.

"Aizat Shah Rafiq." Semakin gelisah apabila Sha memanggil nama penuh nya.

"Ya sayang?"

"Abang memang nak kena!" Aizat buka langkah seribu lari keluar dari bilik. Pantas Sha mengejar.

"Ampunnn sayang! Tapi cantik apa kesan tu!." Katanya sambil berlari.

"Banyak lah kau punya cantik!" Aizat melepaskan ketawanya sambil larikan diri. Dia pasti seorang Sha tak akan mengaku kalah.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now