BAB 57

706 33 0
                                    

"Kau betul ke nak handle kes ni? Aku risau ni." Kata Nabila dan Sha menoleh ke arah sahabat baik nya.

"Mamat psycho pula tu. Kenapa tak bagi agent laki ja yang buat?" Sekali lagi Nabila bertanya dan Sha mengeluh perlahan. Bukan nya dia tidak tanya agent agent yang ada tapi semua undur diri.

"Aku dah tanya tapi sorang pun tak nak. Jadi, aku lah yang kena ambil alih. Kalau kau tak nak join tak apa." Nabila ketap bibir. Bukan apa dia takut kalau silap langkah.

"Aku pergi dulu. Bye" Nabila menghela nafas perlahan melihat Sha yang sudah mengatur langkah keluar.

"Sebelum tu Nabila, kalau aku tak keluar dalam masa 24 jam kemungkinan aku dibawah tahanan dia. Ingat, nak dapatkan dia tak senang. Apa pun yang jadi, info Aizat dan pastikan jangan bagi dia masuk campur." Nabila tersentak dan menganguk ke arah Sha yang memandang nya dengan jarak agak jauh sedikit.

SHA menghentikan langkahnya apabila sampai di depan rumah jejaka itu. Dia tidak bawa kenderaan supaya mudah untuk larikan diri jika apa apa terjadi.

Perlahan lahan dia menolak pintu pagar itu dan diatur langkah masuk ke dalam. Air liur ditelan sedaya upaya. Dikuatkan diri nya.

Masuk saja dalam rumah tu dia terkejut melihat percikan darah merata tempat. Sofa berselerak sana sini.

Satu peluru meluru ke arah nya tanpa dia sedari dan tersemat di bahu nya. Sha menjerit kecil dan memegang bahu.

"Berani kau masuk kawasan aku." Ditolehkan memandang sosok tubuh tinggi lampai dengan baju dipenuhi darah.

Sha hairan apabila mata nya mula kabur. Dapat dia lihat senyuman sinis di bibir jejaka tu.

"Aku dah ubah suai peluru tu dengan ada nya cecair pelemah mangsa. Sleep well." Tubuh Sha rebah ke lantai. Kaki menapak ke arah gadis itu dan didukung.

DI ambil peralatan untuk buang peluru dengan alatan menjahit. Satu butir peluru diletakkan ke tepi. Jari nya lincah menjahit luka tersebut.

Dicapai gari yang ia curi dari gadis tu lalu digari di tepi katil. Tergeleng kepala nya. Silap orang dia mahu mencari pasal.

QUEEN SILENT KILLER [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora