BAB 66

668 32 0
                                    

Sha duduk bersila di atas katil dengan kepala disengetkan memandang Aizat yang melangkah keluar dari tandas yang baru saja ambil air sembahyang. Sha cuti itu yang dia tengok suami dia ja.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu?" Sha ukir senyuman dan dahi Aizat berkerut hairan.

"Nak peluk abang boleh?" Membulat mata Aizat dan mengeleng kepalanya tanda tidak. Sha menjuihkan bibir nya.

"Aish sayang jangan lemahkan abang please." Sha menghulurkan tangan nya ke depan tanda mahu peluk.

"I want hug!" Aizat bercekak pinggang. Masa belum ambil wuduk tak nak peluk pula. Dasar isteri!.

"No." Tegas suara Aizat. Di ambil kain sejadah nya.

"But i want." Sha mula dekati dan Aizat sudah cuak.

"Tunku Raja Queensha Clara! sit quietly.!" Sha kembali duduk bersila apabila suara Aizat tegas semacam.

"Why abang?" Aizat mengeluh. Tolong lah hamba ya Allah!. Dibuat isyarat jari agar Sha diam tanda dia mahu solat.

"Abang nak solat isyak ni. Sekejap lagi nak peluk nak cium pun boleh sayang." Sha angguk kepalanya. Dia rebah ke atas tilam dan berguling.

Aizat memejamkan mata nya erat. Dugaan ya Allah!. Dia bercekak pinggang memandang Sha yang suka berguling tu.

"Sayang memang nak kena dengan abang kan! Seronok dia sampai abang tak leh kusyuk!" Sha tergelak. Memang dia nak kacau Aizat pun.

"Okey tak kacau dah." Dia masuk ke dalam comforter dan diletakkan kepala di atas bantal. Aizat kembali fokus pada solat nya.

Usai saja solat isyak, Aizat bingkas bangun melipat sejadah dan merangkak naik ke atas katil. Diselak comforter tu, nyenyak saja Sha tidur.

"Tadi kata nak peluk alih alih dia yang lena." Dicium tepi dahi tu sambil tangan kanan mengusap rambut isterinya perlahan.

"Hmm" Disorokkan wajahnya di comforter. Aizat menarik pinggang Sha agar dekat dengannya.

"Sleep well sayang. Love you." Sekali lagi kucupan hinggap di tepi dahi dan pipi Sha. Lampu ditutup sebelum tubuh kecil tu didakap erat.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now