BAB 13

1.1K 41 1
                                    

Nafasnya memburu apabila sewaktu dia disuntik cecair pelemah, lelaki tu pergi menukarkan pakaian dengan memakai tuala dan tidak lama itu pihak agama islam datang mengetuk pintu hotel.

Dipejamkan mata nya agar bertenang dengan badan mengigil akibat marah yang datang. Sekarang mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri setelah ditangkap basah.

Dia pasti ayahdanya akan kecewa dan marah pada nya tapi ni bukan salah nya! Ni salah Aizat!.

Bahu yang dipegang buatkan dia menoleh dan menampar wajah lelaki tu dengan kuat sehingga Aizat terteleng.

"Disebabkan kau misi aku hancur! Disebabkan kau, ayahda aku kecewa dengan aku! Kau memang manusia bertopengkan syaitan! Apa kau nak dari aku hah!" Gugur air mata nya setelah cuba untuk kentalkan hati.

Aizat pandang wajah yang sudah dibanjiri air mata. Mungkin gadis itu terkilan dengan apa dia buat sekarang tapi dia mahu bantu Sha keluar dari dunia gelap tersebut.

"Abang nak tolong..."

"Kau tak payah nak berabang sangat dengan aku. Jijik aku dengar!" Aizat menghela nafas nya perlahan. Sudahlah Aizat bawa dia ke dubai dan sangat jauh dengan Malaysia. Meluap luap marahnya terhadap laki ni.

"Sayang sini." Dia mahu meraih tubuh Sha ke dalam pelukkan nya tapi gadis tu melangkah menjauhi.

"Aku tanya sekali lagi apa kau nak!" Tengking Sha sehingga kesabaran Aizat tidak dapat dibendung lagi.

"Oi perempuan! Kau tu isteri aku! Tak payah nak tinggikan suara kau dekat aku. Sebelum penampar ni hinggap dekat muka kau baik kau diam!" Turun naik nafas Aizat memandang wajah Sha.

"Sepatutnya muka kau yang aku tampar sekali lagi. Hal ni jadi disebabkan kau. Misi aku hancur disebabkan kau. Ayahda kecewa disebabkan kau. Hanya kau Aizat!"

Pang!.

"Aku dah cakap diam!" Terteleng wajah Sha akibat ditampar oleh Aizat. Penumbuk digengam erat dengan badan yang mengigil. Amarahnya tercabar. Akibat cecair yang disuntik buatkan dia demam dan tidak ada tenaga yang cukup banyak tambahan pula belum makan.

QUEEN SILENT KILLER [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora