BAB 10

1.2K 42 0
                                    

Neon mengelap wajah Sha dengan kain basah. Bibir yang pecah itu sudah dirawat olehnya. Dia tidak berani mahu turun kerana takut jika Rionz membelasah nya.

Perutnya terasa lapar kerana tidak turun makan dan hanya menjaga Sha saja. Diambil keputusan untuk turun juga.

"Where Sha Neon?" Jejaka tu terkejut dengan kehadiran Rionz dan meneguk air liur nya kesat.

"Bilik." Mata Rionz memandang curiga ke arah Neon. Sha jarang mahu duduk di dalam bilik kerana dia selalu duduk di ruang tamu bersama anak buah yang lain.

"Kau buat apa dekat dia?" Tangan naik berpeluk tubuh memandang Neon yang kelihatan gelisah.

"Saya minta maaf boss. Sha pengsan." Menajam mata Rionz pandang Neon. Dia segera mengatur langkah ke bilik gadis itu bagi melihat sama ada luka teruk atau tidak.

Jika saja tubuh Sha dilukai teruk pasti dia akan belasah Neon cukup cukup. Daun pintu ditolak perlahan dan memandang sekujur tubuh yang baring di atas katil.

"Sha." Diusap rambut tu perlahan. Seperti nya gadis tu masih belum sedar. Apa yang Neon buat pada Sha? Amarahnya mula mencacak naik tapi terpadam apabila mata biru tu perlahan lahan terbuka.

"Honey, are you okeyh sayang? Masih sakit?"Mata memandang ke arah wajah Rionz dan mengeleng perlahan.

"Apa Neon buat dekat kau sampai pengsan? Bagitahu dad." Sha mengeleng kepalanya perlahan.

"Tak ada apa pun, sikit ja ni. Nama pun training." Diukir senyuman nipis nya. Rionz menunduk mencium dahi Sha. Hanya dahi yang selalu Rionz jadikan tempat pelabuhan bibirnya, kedua pipi itu masih dia tidak sentuh.

"Sha nak balik rumah boleh?" Dipandang Rionz dengan wajah meminta simpati. Dia tahu Rionz sukar mahu membiarkan dia pulang sekiranya habis training.

"Okey you can go but take care. Bawa motor tu jangan laju laju." Sha menganguk kepalanya tanda ya.

SHA singgah ke kedai dahulu untuk beli ubat parut. Sambil dia melihat ubat di dalam plastik itu, mulutnya ditekup dengan kedua tangan dipegang erat. Tidak sempat dia mahu buat apa apa, dia rebah jua.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now