BAB 103

717 23 0
                                    

"Argh penat." Khal terbaring di atas sofa setelah tiba di istana. Farhat pula sudah terbaring di atas karpet manakala Eren sudah tersandar di sofa.

Ceren? Sudah bercicit lari ke dapur mencari air.

"Goodjob. Boleh tahan." Mereka bertiga tersenyum mendengar pujian Sha.

"Part.. anak panah tu... Gempak." Termengah mengah Eren berkata dan Sha tergelak kecil.

"Kejap, Sha ambilkan air." Diatur langkah ke dapur dan terkejut melihat Ceren yang meneguk air kosong.

"Hehe abang haus." Ceren tersengih dan Sha tergeleng perlahan.

Ketiga jejaka tu bingkas bangun apabila Sha datang membawa air.

"Tepi la aku dulu." Farhat menolak Khal yang sibuk mahu ambil air juga. Khal tolak Farhat semula.

"Eh eh sudah. Bergaduh pula." Farhat menjentik dahi Khal kerana geram. Merah wajah Khal menahan sakit.

"Adik macam mana dengan Aizat? Bahagia?" Soal Farhat sekadar ingin berborak.

"Alhamdulillah bahagia ja dengan dia." Mereka memandang ke arah Ceren yang datang duduk di sofa sebelah abang kembarnya.

"Kalau adik perlukan bantuan, minta la tolong dari kami." Sha ukir senyuman dan menganguk.

"Terima kasih tolong adik malam ni." Serentak ke empat mereka mengucapkan sama sama.

"Adik naik tidur dulu. Goodnight abang abang sekalian." Sha bingkas bangun dari duduknya.

"Goodnight too adik!" Mereka memandang wanita tu sehingga hilang bayangnya.

"Untung boss dapat isteri macam Sha. Tak sombong walaupun bekerabat diraja." Ujar Ceren.

"Kan, siap tolong hantar air lagi. Nak tukar boss la kalau macam ni." Farhat tersengih dan ketiga jejaka tu menjeling menyampah.

"Yang kau tarik kitorang tadi ni, Sha bagi arahan ka? Kenapa aku dengan Eren tak dengar?" Tanya Khal ke arah Farhat.

"Huh? Ohh Sha bagi isyarat jari ja dekat aku memandang kan aku dekat dengan pokok yang dia duduk tu." Jelas Farhat dan mereka angguk faham.

"Dia punya strategi tak payah buka bilik meeting. Terus pergi tempat then keluar arahan." Mereka angguk setuju dengan kata kata Eren.

"Jom naik tidur. Aku dah letih." Farhat segera bangun dan mendekati ke arah dapur untuk membasuh mug nya. Yang lain turut berbuat sedemikian dan mengatur langkah ke bilik.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now