BAB 4

1.3K 46 0
                                    

MANSION LUXERYA masing masing berkumpul atas arahan sang ketua.

"Saya mendapat info dari rakan sekerja kita dimana dia menjumpai dompet duit serta coat dan di coat itu pula terdapat cap jari." Tutur Tuan Cay dan terpapar dua benda tu di skrin.

"Kes penculikkan? Siapa yang buat?" Mata mata yang memandang Fahmi kini memandang ke arah Tuan Cay semula.

"Yakuza." Terkejut mereka semua mendengar kumpulan mafia yang wanted di Malaysia!.

Kumpulan ni biasa nya selalu menculik orang orang yang jutawan. Kumpulan mafia ni juga jarang munculkan diri. Sekejap ada sekejap tak ada tapi kini muncul dengan satu kes penculikkan.

"Macam mana kita nak tangkap diorang Tuan? Asal polis datang ja diorang lenyap. Mustahil kita datang diorang tak hilang juga." Ujar Hairun.

"Disebabkan itu dari awal saya dah hantar seseorang untuk selidik hal ni." Tuan Cay tersenyum dan mereka semua masing masing berkerut dahi seakan tertanya.

"Siapa Tuan?"

MATA dicelikkan dan mahu mengosok mata tapi tangannya terasa diikat. Kepala segera ditundukkan melihat dirinya yang diikat di tiang.

"Ingat aku binatang ke apa nak ikat ikat." Terlepas dengusan kasar dari mulutnya dan memandang sekeliling.

Pintu yang dibuka buatkan kepalanya pantas menoleh melihat siapa gerangan tersebut.

"Aizat Shah Rafiq. Anak jutawan dan CEO terkenal." Rionz melangkah mendekati jejaka tu dan Aizat mengukir senyuman sinis nya.

"Femes jugak aku sampai kau kenal." Senyuman sinis tidak lekang dari bibir nya. Rionz melepaskan ketawa nya.

"Dah kena ikat pun masih nak belagak? Kalau kau nak hidup, keluarga kau kena bagi aku 5 juta. Setelah itu kau selamat." Tajam kening Aizat memandang lelaki dihadapannya. Dia ingat duit ni daun?!.

Rionz dan anak buahnya berlalu pergi dan meninggalkan dia dengan seorang yang memakai mask dan hoodie.

"Apa kau tengok tengok hah! Kau bagitau ketua bodoh kau tu kalau nak duit kerja lah! Bukannya mengemis minta dekat orang dengan cara sial macam ni." Jelas Aizat bengang dan meronta agar ikatan nya terlepas.

"Miss." Dia menoleh ke arah pintu dan menyambut huluran anak buah Rionz sebelum ditutup pintu semula.

Didekati ke arah Aizat dan bercangkung dihadapannya. Plastik makanan diletakkan di depan Aizat.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now