BAB 64

663 31 0
                                    

"Berani sindir abang eh." Dicubit kedua pipi gebu tu geram. Sha meringis sakit. Ditepis tangan tu dan mengusap pipi.

"Sakitlah!" Dijeling tajam ke arah Zayn depan nya. 

"Bila adik free? Ayahda suruh adik temankan abang pergi beli barang keperluan diri." Tanya Zayn.

"Harini free lah. Tapi sebelum tu you need meet my husband kalau kita keluar jap gi kang tak pepasal jadi konflik pula." Zayn angguk saja. Dia juga mahu berjumpa dengan suami adik angkatnya. Yang dia tahu nama lelaki tu Aizat.

"Kita jumpa dekat cafe ja nanti. Adik suruh dia tunggu situ." Kata Sha sambil menaip di telefonnya untuk menghantar mesej pada Aizat.

AIZAT menghirup air mocha nya. Nak minum manis tapi dia tidak suka sangat. Dia masih menunggu buah hati nya kata nya ada yang nak jumpa dengan dia. Dengar saja lelaki, cemburu juga.

Pintu cafe yang dibuka menarik perhatian semua orang melihat dan Sha atur langkah ke arah suami. Tangan tu disalam olehnya.

"Abang, ni Zayn. Abang angkat Sha. Ayahda yang ambil dia." Dijulingkan mata nya. Zayn berjabat tangan dengan jejaka tu. Lihat tubuh badan boleh tahan sado. Dia pasti Aizat merupakan seorang fighter.

"Zayn."

"Aizat suami Sha." Zayn angguk faham dan mereka berdua duduk di kerusi.

"Abang masih ingatkan kes yang tiga hari Sha tak balik so ni lah dia. Sekejap lagi dia nak beli barang keperluan diri dia, abang ikut sekali ya?" Aizat angguk kepalanya dan tersenyum nipis. Sha tak hairan pun bila Aizat macam senyum tak senyum sebab dengan orang luar saja dia bergitu.

"Berapa lama dah kahwin?" Tanya Zayn ke arah Aizat. Sengaja dia nak rapat dengan jejaka tu. Boleh jadi kawan.

"Dah nak dekat lima bulan dah kan sayang?" Sha menganguk kepalanya dan menghirup sikit air si suami ingin rasa. Berkerut dahi nya dan memandang air tersebut.

"Pahit betul. Ergh" Zayn tergelak kecil melihat wajah berkerut si adik. Aizat menaikkan kening nya.

"Itu mocha sayang, bukan coklat." Di ambil air nya semula dan mengangkat tangan untuk memanggil pekerja disitu.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now