BAB 43

819 33 0
                                    

"Kalau nak diikutkan undang undang memang kamu semua akan dipenjara tapi Sha tak nak benda tu terjadi tambahan lagi umur kamu Rionz, Neon. Masih muda." Tertunduk dua orang tu. Ayahda Cay sekarang berada di kerusi menunggu sementara Aizat menyuap anak perempuan nya makan.

Syukur alhamdulillah anak gadis nya sudah sedar. Dia tahu Sha seorang yang kuat.

"Kalau Tuan nak jatuhkan hukuman untuk saya, saya rela." Pantas Rionz menoleh ke arah Neon yang mulai tersenyum tawar.

"Sha dah anggap kamu macam abang dia sendiri Neon. Kalau Ayahda jatuhkan hukuman pada kamu, macam mana reaksi Sha nanti? Dia trauma nak hilang orang yang dia sayang lagi. Cukup lah arwah isteri saya yang pergi tinggalkan kami berdua." Terdiam Neon mendengar. Sungguh baik hati seorang Sha. Mengalir air mata nya.

"Dan kamu Rionz, jujur ayahda cakap yang Sha tak sampai hati nak biar kamu masuk penjara sebab dia tahu kamu tak pernah bunuh orang. Tambahan lagi, kamu layan dia macam seorang anak." Rionz tertunduk memandang tangannya.

"Ayahda, Sha nak jumpa." Ayahda bingkas bangun dan mengatur langkah masuk ke dalam kini Aizat pula duduk di kerusi menunggu.

"Dah kenapa tunduk ja." Tersentak dua orang tu dan Neon berpaling ke belakang. Mengesat air mata nya.

"Bila kau kahwin dengan Sha?" Tanya Neon setelah selesai mengesat air mata nya.

"Sebulan yang lepas. Aku harap korang dua takkan sia sia kan peluang yang Sha dah bagi dekat korang." Dia juga tak sangka yang isteri nya baik hati untuk tak sumbat mereka ke dalam penjara.

"Ya baik terima kasih." Aizat mengangguk sahaja. Kaki naik bersilang.

"Sekejap lagi dia nak jumpa korang dua. Siap sedia jelah." Usik Aizat dan wajah kedua jejaka tu terpinga pinga.

"Kenapa?" Tanya Rionz.

"Ingat bini aku tu soft? Singa tu." Rionz memandang Neon dan Neon pandang boss nya. Habislah!.

QUEEN SILENT KILLER [C]Where stories live. Discover now