RIDZ - BAB 1🦋

30.6K 924 51
                                    




KAYLA senyum lebar ke arah sebuah kereta berwarna hitam yang berhenti dihadapan perhentian bas. Dia melambai lalu berlari-lari anak menghampiri kereta itu.

Dia mula memasuki perut kereta tersebut. "Hye abang!" ujarnya dengan senyuman yang lebar. Jejaka itu mengerutkan dahi.

"Kenapa tak tunggu dalam Universiti je? Bahaya la dik tunggu dekat sini.." Kayla senyum mendengarkan leteran itu. Dia amat suka jika jejaka itu mengambil berat tentang dirinya.

"Tak ada apa lahh. Kayla taknak la abang masuk sampai dekat dalam. Kesian pula abang.." alasan! Dia tidak mahu gadis-gadis di universiti itu memandang abang Rizdwan nya. Dia cemburu!

Dia sudah lama memendam rasa pada kawan abangnya ini. Dari dia sekolah rendah lagi dia rapat dengan Ridzwan.

Ridzwan gelak perlahan lalu menggeleng. "Yelaa. Lepas ni bagi je abang masuk okay?" Kayla senyum dan mengangguk.

"Alah takpaa.. Kayla dah biasa tunggu dekat sini. Setiap hari Kayla tunggu along datang ambil Kayla dekat sini.."

Berkerut dahi Ridzwan. "What? Kasyaf ambil adik dekat sini? Bukan dalam U?" Kayla menggeleng laju. Ridzwan mengeluh perlahan.

Dia bimbang jika ada sesuatu berlaku pada adik kawannya itu. Sudahlah sekarang sindiket penculikan budak makin berleluasa. Kayla ni pendek seperti budak sekolah rendah. Kang diculiknya naya je...

"Takpa nanti abang marah Kasyaf. Sekarang adik pakai seatbelt.." Kayla mengangguk laju lalu mula memasangkan seatbelt. Dia berkerut apabila seatbelt nya tersekat.

"Abang ken–" terbeliak matanya apabila wajah Ridzwan sangat rapat dengannya sewaktu dia berpaling ke arah lelaki itu. Ridzwan membaiki seatbelt itu dengan perlahan. Dia mengundur lalu memegang stereng.

"Sorry seatbelt abang rosak. Abang lupa pula nak baiki.." ujarnya lalu mula memberi lampu signal. Jantung Kayla masih berdegup kencang dek perbuatan Ridzwan tadi.

Diperhatikan sahaja Ridzwan yang fokus memandu. Ridzwan selalu memanggilnya 'adik' walaupun Kayla sering membahasakan dirinya 'Kayla'.

Kerana Ridzwan menganggap Kayla hanya sebagai adik merangkap adik kawan baiknya.

"Abang tak kerja ke hari ni?" tanya Kayla untuk menghilangkan rasa janggal. Ridzwan senyum dan mengangguk.

"Kerja.. Tapi sekarang abang keluar jap la ambil adik.." Kayla tersebik. "Kayla rasa Kayla menyusahkan abang laa.." Ridzwan tergelak lalu mengerling sekilas wajah Kayla.

"Tak ada lah.. Lagipun abang memang nak keluar pun. Umi suruh beli bahan masak tadi.." Mata Kayla mula bersinar. "Umi suruh abang beli barang?"

Ridzwan senyum dan mengangguk. Dikerling sekilas Kayla yang sedang sengih padanya. Dia gelak perlahan. "Nak ikut abang ke?"

Kayla mengangguk laju. "Nak itut!" Rizdwan tergelak kuat. "Ok ok.. Jom ikut abang.. Tapi beritahu papa Kayla dulu. Kang dia marah pula abang bawa anak dara dia keluar ni.."

Kayla mengangguk lalu menyeluk tangan ke dalam poketnya. Dia segera menaip lalu menghantar pesanan itu kepada Encik Khairul. Dia terus menunjukkan skrin telefon pada Ridzwan.

"Dah abang!" Ridzwan kerling sekilas dengan senyuman. "Good girl.." ujarnya lalu mengelus perlahan kepala Kayla. Kayla senyum sipu.

Ridzwan sering menggosok kepalanya jika dia melakukan sesuatu yang membanggakan. Kadang-kadang, Ridzwan juga mengelus kepalanya jika dia sedang merajuk dengan abangnya, Kasyaf Hakimi. Abangnya itu selalu membulinya. Hanya Ridzwan sahaja yang selalu memujuk gadis itu.

Kayla amat manja kerana dialah satu-satunya anak perempuan dan juga anak bongsu.

"Abang nak beli apa nanti?" Ridzwan memuncungkan bibirnya. Tergelak Kayla dibuatnya.

"Hmm banyak juga kot.. Si Risha pun suruh abang beli pad untuk dia. Adik tolong abang pilih eh? Abang tak pernah beli benda macam tu. dah alang-alang adik ikut ni, adik boleh la tolong abang sekali.."

Kayla tergelak. "Bolehh.. Akak Risya apa khabar? Kayla lama tak jumpa dia. Kayla sibuk sikit kebelakangan ni.."

Risha adalah satu-satunya adik kepada Ridzwan yang berumur 24 tahun. Dia tidak berapa rapat bersama abangnya kerana dia seorang yang kasar. Dia tidak suka dimanjai dan tidak suka disentuh.

Namun hatinya baik. Cuma perilakunya sahaja yang agak kasar. Dia amat rapat dengan Kayla. Pada awalnya dia agak annoying dengan Kayla kerana Kayla seorang yang manja.

Namun lama-kelamaan, dia menjadi sayang akan gadis itu kerana Kayla pandai mengambil hati orang sekeliling dengan percakapan lembutnya serta sikap ramahnya.

"Baik.. macam tu je la dia. Hari-hari duk tengok perlawanan gusti dalam tv. Setiap hari tau abang bergaduh dengan dia tu. Tak sempat abang nak tengok perlawanan bola disebabkan akak adik tu.."

Kayla hanya ketawa. Dia tahu bahawa Risha dan Ridzwan sering bergaduh. Namun ada kalanya Risha takut akan Ridzwan jika lelaki itu benar-benar marah.

Ridzwan jarang memarahi sesiapa. Dia seorang yang tenang. Kerana itulah orang sekeliling akan takut jika membuat lelaki yang tenang itu naik angin.

TBC🤍

Abe Ridz new crush unlocked..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now