RIDZ - BAB 6🦋

16.7K 705 10
                                    


"KAYLA! Lamanya tak jumpa anak manja umi.." ujar Puan Fariha lalu memeluk erat badan Kayla. Kayla terkekeh ketawa lalu memeluk erat badan Puan Fariha.

"Kayla pun rinduu umii.." guamamnya perlahan. Puan Fariha senyum lalu melepaskan pelukan. Dia terus menekup pipi Kayla lalu mencium wajah Kayla bertalu-talu.

"Emm sayang anak umi ni.." makin ketawa Kayla dibuatnya. Encik Rafeeq dan Ridzwan menggeleng kepala sahaja melihat Kayla yang digomol Puan Fariha.

"Kayla! Ish tepilah umi. Bagilah Risha peluk dia pula.." ujar Risha lalu menolak perlahan badan uminya. Dia terus memeluk badan Kayla. Puan Fariha menjeling sahaja kearah anaknya itu. "Ceh. dia ank umi tau?" ujar Puan Fariha perlahan.

"Tapi dia adik Risha jugaaaak.." Kayla yang berada didalam pelukan Risha terkekeh ketawa. Terima sahajalah apabila digomol begini oleh mereka dua beranak.

RIDZWAN mengerling sekilas kearah cermin pandang belakang. Dia senyum apabila melihat Kayla yang dihimpit oleh umi serta adiknya. Kecik molek aje budak tu duduk ditengah-tengah tu. Dah seumpama duduk atas riba Puan Fariha pula.

Kayla yang perasan seperti diperhati terus melihat kearah cermin itu. Dia membalas senyuman Ridzwan yang senyum kearahnya.

Puan Fariha pula hanya senyum melihat anaknya dan Kayla yang bertentang mata.

"Adik ok? Selesa tak?" tanya Ridzwan sambil mengerling sekilas cermin pandang belakang. Kayla senyum dan mengangguk. Ridzwan selalu menitikberatkan halnya dahulu. Dia akan memastikan gadis itu sentiasa selesa.

"Kayla okay.. Kayla suka duduk mcm ni. Rasa mcam dilindungi pula.." Risha dan Puan Fariha terkekeh ketawa manakala Encik Rafeeq dan Ridzwan hanya senyum tipis mendengarkan itu.

"Kalau Kayla tak selesa, Kayla ckap je pada abi. Nanti abi sepak Risha keluar. Biar dia duk atas bumbung kereta je.."

"Eee abi!"

Mereka tergelak mendengarkan itu. Makin kuat tawa mereka apabila melihat wajah cemberut Risha. Memuncung sahaja bibir itu.

Kayla terus memeluk kakaknya itu. "Takpa. Kalau akak duk atas bumbung kereta, Kayla teman akak duk atas bonet eh?"

Makin kuat tawa mereka apabila mendengarkan perkataan yang terbit dari mulut gadis itu. Risha menjeling kearah Kayla.

"Macam tak function je Kayla.." Kayla terkekeh ketawa. "Memang pun. Kayla nak duk situ sebab nak ambik gambar akak je nanti.."

"Ee budak ni! Biashe dia!" Risha terus menggeletek badan Kayla. Menggelepar Kayla dibuatnya. "Hahahha taknak akakkk ahhaha" Kayla terus menolak-nolak tangan Risha yang menggeleteknya.

Tersenyum mereka yang berada didalam kereta melihat celoteh dua gadis itu. Ridzwan mengerling skilas. "Dah Risha. Nanti penat pula adik tu duk ketawa je. Adik ada asma. Jangan geletek lama sangat."

Risha memuncung lalu menghentikan tangannya. "Elehh sayang sangat la tu pada Kayla.." ujar Risha lalu menjungkit kening berulang kali kearah Kayla.

Kayla senyum sipu sahaja. Ridzwan pula senyum tipis. "Memang la. Kena la jaga anak orang baik-baik." ujar Ridzwan yang sedang tekun memandu.

Kayla senyum hambar. Ooh. sebab tu rupanya.. Fikirnya sebab Ridzwan menyayanginya. Tapi meleset pula harapannya. "Yeke sebab anak orang? Ke sebab lain? Atau.. kau.."

"Risha.." tegur Encik Rafeeq perlahan. Risha memuncung. "Yelah yelahh Risha senyap." Encik Rafeeq menggeleng. Bukannya dia tidak suka akan Kayla namun kalau bleh, dia tidak mahu Kayla berasa tidak selesa.

Lagipun dia sudah menganggap gadis itu sebagai anaknya. Jadi sudah semestinyalah Ridzwan akan menjaga gadis itu seumpama adik sendiri.

Tak pernah terdetik dihati Encik Rafeeq untuk menyatukan Ridzwan dan Kayla kerana baginya, hubungan mereka berdua hanya batas adik beradik sahaja.

Umur Ridzwan dan Kayla jauh beza. Kerana itulah dia tidak mahu ada cinta diantara mereka. Baginya Kayla masih awal remaja dan Ridzwan sudah dewasa.

Dan Ridzwan sepatutnya mencari teman hidup yang seangkatan serta seumuran dengannya. Dan Kayla bukan calonnya.

TBC🤍

Author tak pasti nak culik Kayla atau Ridzwan sebab dua-dua cute..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now