RIDZ - BAB 15🦋

18.1K 663 87
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

KAYLA terjerit apabila kelihatan satu hantu yang terpapar dari skrin LED pawagam. Dia menjeling kearah Ridzwan yang sedang tersenyum.

Ciss dia tu. Mata fokus kearah skrin namun senyumannya seumpama senyuman mengejek pula. Kayla berdecit lalu memukul perlahan lengan Ridzwan. "Abang! Abang cakap filem aksi. Ni apa ni? Kayla taknak la cite hantu. Kayla takut laa."

Bisik Kayla perlahan di telinga Ridzwan. Tak boleh kuat-kuat.. Nanti kang penonton yang lain marah pula. Ridzwan senyum lalu mengerling kearah wajah cemberut Kayla.

"Adik cakap apa tadi? Abang tak dengar la.." meleret sahaja suara itu. Kayla menjeling. Tahu sangat perangai menganjing Ridzwan. Bukannya dia tidak nampak senyuman mengejek kawan abangnya itu.

Kayla mendengus lalu bangun sedikit dari duduknya. "Kayla cakap Kayla takut tengok cite mcm ni." bisiknya perlahan di telinga kiri Ridzwan.

Ridzwan terus berpaling kearah wajah Kayla. Tersentak Kayla dibuatnya. Mana taknya, mukanya sangat hampir dengan muka Ridzwan. Hidung mereka hampir berlaga dan bibir mereka hampir bercantum.

Kayla mula merenung mata Ridzwan manakala Ridzwan juga merenung mata bulat Kayla yang berkedip-kedip kearahnya.

Bergerak halkum Ridzwan meneguk liurnya apabila wajah Kayla sangat menggoda baginya. Mata Ridzwan mula menurun dan merenung bibir kemerahan Kayla. Dia lelaki. Sudah semestinyalah nafsu menginginkan perempuan amat tinggi apatah lagi kedudukan Kayla amat rapat dengannya sekarang.

Tangan Ridzwan mula mengusap lembut bibir munggil Kayla. Kayla umpama terpaku dengan sentuhan lembut dari jemari kasar Ridzwan.

"Soft.." gumam Ridzwan perlahan. Bibir Ridzwan mula mendekati bibir Kayla. Kayla memejam matanya sahaja. Dia tidak tahu. Namun tangannya langsung tidak menahan perlakuan Ridzwan.

Baru sahaja bibir mereka hampir melekap, namun terbantut pergerakan Ridzwan apabila telefonnya mula bergetar. Ridzwan melepaskan pegangan di dagu Kayla lalu menjauhi gadis itu.

Kayla mencelikkan mata lalu berdehem. Matanya terus memandang kearah skrin pawagam. Ridzwan menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana kekok. Sempat dia mengerling kearah Kayla. Memerah sahaja pipi tembam itu.

Ridzwan menggeleng lalu menyeluk tangan ke dalam poket. "Er adik tunggu sini jap. Abang nak jawab call dulu okay?" Kayla senyum lalu mengangguk. Mata hanya memandang kearah skrin.

Malu!

Ridzwan mengelus sekejap kepala Kayla lalu perlahan-lahan keluar dari pawagam. Kayla mengerling kearah Ridzwan yang melangkah keluar.

Dia senyum malu lalu menekup kedua pipinya. Dia suka apabila kedudukan Ridzwan rapat dengannya seperti tadi.

"Hampir-hampir je kitaorang bercium.." gumamnya perlahan dengan senyuman lebar. Sudah tidak dihairankan cerita hantu yang ditayangkan di skrin.

Menggelupur gadis itu sehingga penonton dibelakang memberi amaran kepadanya. Kayla senyum dan menunduk sebagai tanda meminta maaf.

Ridzwan melepaskan keluhan. Dia sedang bercakap telefon dengan sesorang. "Fiona please. Saya taknak bergaduh dengan awak sekarang. Kan saya dah ckap, saya keluar petang ni. Saya tak sempat nk keluar dengan awk."

Ridzwan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia agak stress dengan teman wanitanya itu yang selalu merajuk tidak tentu pasal.

"Tahu. tapi awak juga yang cakap petang ni awak sibuk kan? Jadi saya taknak la ganggu awak. Saya keluar dengan adik petang ni.."

Ridzwan memejam mata kejap apabila Fiona menjerit kearahnya. Dia terus menjauhkan telefon dari telinganya lalu menggaru telinganya.

Ridzwan berdecit. Ini yang dia malas ni. Setiap masa mereka akan bergaduh dengan hal yang kecil. Padahal Fiona juga yang cakap dia tiada masa petang ni. Jadi, Ridzwan pun mengambil kesempatan untuk membawa Kayla keluar tanda memujuk.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now