RIDZ - BAB 2🦋

21K 817 13
                                    




"Assalamualaikum!" Ujar Kayla lalu melangkah ke dalam rumahnya dengan riang. Ridzwan menggeleng kepala melihat celoteh gadis itu.

"Waalaikumsalam. Haa reti pun balik. Bukan main aku tunggu korang tau?" Ujar Kasyaf lalu menepuk perlahan dahi adiknya.

Terus memuncung mulut Kayla. Abangnya tu memang gurau kasar sikit hmm..

"Papa mana? Takde kat rumah ke?" Tanya Ridzwan lalu duduk diatas sofa. Apedehal. Hari-hari datang sini. Boleh la acah-acah macam rumah sendiri. Dia memang memanggil ibubapa Kayla dengan gelaran mama dan papa kerana mereka amat rapat.

Kasyaf menggeleng lalu duduk dihadapan kawan baiknya itu. "Takde. Papa aku keluar dengan mama tadi. Urgent case pasal syarikat katanya. Tinggallah aku sekor-sekor.."

Ridzwan tergelak sahaja. Sempat dia mengerling sekilas kearah Kayla yang sedang minum air di dapur. "Kayla cakap kau ambik dia dekat perhentian bas. Betul ke?"

Kasyaf menjulingkan mata. "Dia report kau ke?" Ridzwan menggeleng. "Aku yang paksa dia cakap selepas aku pickup dia dekat bus stop."

Kasyaf berdecit. "Alahh aku malas la nak masuk U dia tu. Kena jumpa pengawal lagi. Banyak pula kerja aku. Jadi, aku suruh jela dia duk luar tu.."

Ridzwan menjeling lalu meluku kepala sahabatnya. "Aduh Ridz! Kasar la kau ni!" Ujar Kasyaf lalu menggosok perlahan kepalanya. "Padah. Kau tahu kan dia tu perempuan? Bahaya la biarkan dia duk luar tu.. Atleast kau ambik la dia dekat pagar U. Takde masalah pun kan?"

Kasyaf menjeling rakannya. "Kau je yang risau sangat. Takde ape laaa. Lagipun ramai yang tunggu dekat situ kan?"

"Memang la ramai time aku datang sebab aku datang tepat. Tapi aku tak percayakan kau. Kau mesti ambik dia lewat smpai dah takde orang kan?"

Kasyaf tersengih lalu menggaru telinga. Betul la tu muahahaha. Kasyaf sangat tidak menepati masa. Pernah satu masa dia terlupa bahawa adiknya pulang pukul 3 petang. Dibantainya ambik pukul 6 sehinggakan Kayla mogok dengan dia selama 3 hari.

Ridzwan menggelengkan kepala. Dia kenal sungguh perangai kawan baiknya itu. "Kau ni.. Kalau terjadi apa-apa kat dia mcm mana? Tak beragak la kau.."

Kasyaf mendengus. "Kau tak patut la manjakan adik aku sangat Ridz. Nanti dia taknak berdikari kalau kau selalu tolong dia mcm tu. Aku nak didik dia jadi seorang yang berdiri diatas kaki sendiri.. Tak boleh la selalu mengharapkan orang lain."

"Tengok atas keadaan juga Syaf. Bahaya dibiarkan perempuan keseorangan tepi jalan tu. Aku faham kau nak dia buat apa-apa sendiri, tapi dalam kes ni ia melibatkan keselamatan adik kau. Kalau dia hilang, kau juga yang susah kan?"

Kasyaf menghela nafas perlahan. Dia agak malas berdebat dengan Ridzwan kerana Ridzwan pandai berkata-kata seperti Encik Rafeeq yang merupakan seorang peguam. Jadi tidak peliklah jika Ridzwan juga pandai berdebat.

"Ok ok aku kalah okay? Puas?" tanya Kasyaf lalu mengangkat kedua tangannya. Ridzwan senyum kemenangan.

"Lepasni ambik Kayla awal sikit la.. Kau tak boleh biarkan perempuan menunggu macam tu."

"Ye Encik Ridzwan. Sudah-sudah la tu. Sayang sangat si Kayla tu.." Ujar Kasyaf dengan riak menyampah. Ridzwan tergelak sahaja.

"Dahlah. Mana airnya? Aku tetamu tau?"

Kasyaf mendengus. "Kejap aku panggil Kayla. Kay–"

"Eh tak payah la.. Dia baru je balik dari U kau dah asak dia buat kerja kan? Tak guna punya abang.."Kasyaf hanya ketawa sahaja. Dia memang suka menyuruh adiknya itu. Well. memang itulah fungsi adik kan?

Manakala Kayla pula tersenyum manis dibelakang dinding. Sedari tadi dia mendengar percakapan Ridzwan bersama Kasyaf. Berbunga hatinya apabila Ridzwan selalu membelanya dalam semua hal.

"Nak tulis dalam diari lah.. Hikhik abe Ridz sayang Kayla la.." gumam Kayla perlahan lalu berlari-lari anak ke tingkat atas.


TBC🤍

Amboi dah mcm perangai author zaman sekolah dlu masa crush senyum kat author ahak! Nakal!

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now