RIDZ - BAB 44🦋

22.3K 708 62
                                    



RIDZWAN memandang sahaja isterinya yang sedang memasukkan baju kedalam mesin basuh. Dingin sahaja Kayla dengannya semenjak petang tadi. Selepas solat pun Kayla hanya diam tanpa bercakap sepatah perkataan dengannya.

Ridzwan menilik pakaian yang dipakai oleh Kayla malam ini. Dah berubah.

Biasanya Kayla akan memakai gown malam yang seksi untuk memikatnya. Setiap malam Kayla memakai baju itu walaupun dia sejuk. Dia cuma ingin kelihatan cantik dihadapan suaminya.

Namun malam ini Kayla hanya memakai tshirt serta seluar longgar sahaja. Dia langsung tiada mood untuk seksi dihadapan suaminya setelah suaminya menganggap dirinya budak. Dengan kata lain, masih menganggapnya seumpama adik.

Ridzwan berdehem lalu bangun dari sofa. Sedari tadi dia memerhati isterinya dari jauh. Dia melangkah merapati Kayla lalu memeluk badan Kayla dari belakang.

Kayla tersentak namun dia hanya menghiraukan sahaja suaminya. "Hye.." bisik Ridzwan perlahan lalu mencium skilas pipi isterinya.

Kayla hanya tidak mengendahkan. Dia hanya fokus dengan pekerjaannya sahaja sekarang. Nak isteri yang matang sangat kan? Inilah cara isteri matang. Buat kerja rumah dan tidak merimaskan suami.

Ridzwan mengeratkan pelukan lalu merehatkan dagu dibahu Kayla. "Kenapa taknak bercakap dengan abang?" Kayla diam.

"Tak rindu abang? Biasanya honey selalu nak menempel dengan abang.. kenapa malam ni menjauh mcm ni?"

Ridzwan mengemam bibir apabila Kayla hanya diam membisu. Dia mengelus perlahan perut isterinya yang ditutupi baju.

"Kenapa tak pakai baju tidur? Masih terasa dengan abang ke?" Kayla menekan suis mesin basuh lalu melepaskan pelukan. Tercengang Ridzwan apabila Kayla langsung tidak memandangnya.

Ridzwan mengejar langkah Kayla lalu memelar tangan Kayla. Kayla menghentikan langkah namun mata hanya memandang kehadapan. Dia langsung tidak memusingkan tubuhnya kearah suaminya.

Ridzwan memusingkan badan Kayla untuk menghadapnya. Kayla pula memandang kearah lain sahaja. Langsung tidak memandang mata suaminya.

Ridzwan senyum tipis lalu mendongakkan dagu isterinya. Diperhatikan sahaja wajah isterinya yang masam mencuka.

Langsung tiada secalit senyuman atau senyuman nakal di bibir kegemarannya itu.

"Abang minta maaf.. abang tak maksudkan mcm tu pun.. abang tetap anggap Kayla sebagai isteri abang. Tak pernah terlintas pun dihati abang yang Kayla ni seumpama adik abang.. abang dah buang jauh-jauh gelaran tu lepas kita bercinta.."

Ujar Ridzwan perlahan sambil mengusap bibir lembut isterinya. "Masih marahkan abang?" Tanya Ridzwan lalu ingin memeluk Kayla namun Kayla menjauh darinya.

"Takpayah la peluk.. nanti abang rimas pula dengan Kayla. Kayla taknak abang menyampah dengan perangai Kayla.." ujar Kayla mendatar.Ridzwan menggeleng laju.

"Sayang.. abang tak pernah rimas dengan Kayla.. abang suka bila Kayla menempel dengan abang.. abang suka bila Kayla peluk abang. Abang langsung tak menyampah dengan perangai Kayla. Abang suka dengan perangai manja Kayla.."

"Jangan la mcm ni dengan abang.." pujuk Ridzwan lalu mengelus pipi Kayla. Kayla menepis. "Takpa.. abang tak payah cakap pun takpa. Kayla tahu abang rimas dengan Kayla tapi abang tak sanggup nak cakap pada Kayla. Kayla dah faham hint abang. Kayla janji Kayla takkan buat abang rimas lagi.."

Berkerut dahi Ridzwan dibuatnya. "Sayang.. bila masa ni? Ya Allah.. sumpah abang cakap abang suka sentuhan Kayla.. tak pernah pun rimas.. kenapa Kayla cakap mcm ni hm?"

Tanya Ridzwan lalu mengusap belakang badan isterinya. Biarlah Kayla nak tepis pun. Dia tetap nak sentuh hakhakhak. Ketagih!

Kayla mengetap bibir menahan air mata yang ingin mengalir. "Look.. Kayla nak abang buat apa untuk pujuk Kayla kali ni?"

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now