RIDZ - BAB 28🦋

22.3K 783 67
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN menyebak rambut kasar. Dia sedang berada di tempat kerjanya saat ini. Dia tergelak sinis melihat mesej yang dihantar oleh Fiona kepadanya.

"Rindu? Kepala hotak kau.. baru aku tahu kau ni minat jantan kaya. Sugardaddy huh? Geli betul aku dengan betina ni." marah Ridzwan lalu melempar kasar telefon keatas meja.

Dia menyandarkan kepala ke kerusi. Dia memejam mata kejap. Sakit kepala dengan smua ni! Sudahlah Kayla merajuk dengannya. Si Fiona pula buat hal belakang dia! Stress jadi lelaki ni!

"Woahh. Stress nampak bang? Tu la aku cakap.. dia tu playgirl. Ramai balak dia kat luar sana. Tapi kau taknak caya. Sekarang amacam? Best tak bila jadi mcm ni?" Tanya Kasyaf yang baru sahaja datang dari bloknya.

Dia menarik kerusi lalu duduk dihadapan Ridzwan. Ridzwan mendengus. "Diam la kau. Aku tengah serabut kepala ni.." ujarnya lalu meraup wajahnya.

Kasyaf ketawa sahaja. "Aih.. sabar la. Macam ni la kau kena hadap bila kau bercinta.." Ridzwan berdecit. Dia pun tidak faham mengapa dia melanjutkan percintaannya bersama Fiona.

Padahal dia bukanlah menginginkan gadis itu. Kemungkinan dia hanya selesa dengan Fiona kot? Sebab tu sampai sekarang mereka masih bertahan.

Sorry. Sampai pagi tadi je. Sekarang Ridzwan dah malas nak bercinta dengan perempuan tak cukup satu tu..

Terhenti percakapan mereka apabila ada sebuah motor sport berhenti dihadapan mereka. Ridzwan mengecilkan mata untuk melihat jejaka itu.

Terjungkit kening Kasyaf apabila mengenali wajah lelaki itu setelah lelaki itu mencabut topi.

"Tu bukan kawan adik ke?" Tanya Kasyaf perlahan kearah Ridzwan. Ridzwan mengangguk. "Danial.. tapi dia buat apa kat sini time mcm ni? Bukan time belajar ke?" Gumam Ridzwan lalu bangun dari duduknya.

Dia memasukkan kedua tangan ke dalam poket lalu melangkah kearah Danial. Kasyaf pula hanya mengikuti langkah rakannya.

Danial mendengus lalu melangkah laju kearah Ridzwan. Ridzwan senyum tipis. "Kau buat apa kat si--"

BUKKK!

Terteleng kepala Ridzwan apabila dipukul oleh Danial. Terbeliak mata Kasyaf melihat adegan itu. Dia terus merangkul bahu Ridzwan.

"Weh budak apa kau buat ni?! Kecik-kecik dah jadi gangster ke?!" Jerit Kasyaf dengan riak tegang.

Ridzwan panggung kepala lalu menyentuh bibirnya yang sudah luka. Bleh tahan kuat juga tangan si budak Nial ni.. berkerut dahi Ridzwan dibuatnya.

Danial mendengus. "Sorry kalau aku tak beradab. Tapi kau sepatutnya dapat tumbukan tu. Itu balasan sebab kau buat Kayla menangis!"

Berkerut dahi Ridzwan dan Kasyaf..

Danial mengetap bibir. "Aku cintakan dia." Terbeliak mata mereka berdua. "What?!" Tanya Kasyaf secara kuat.

Ridzwan mengetap rahang. Agak marah apabila Danial datang kesini meluahkan perasaan itu. Tidak lama kemudian dahinya berkerut apabila teringatkan bahawa Kayla memberitahu bahawa dia akan mencintai orang yang mencintai dia..

Danial ke orangnya?

"Aku tak suka tengok orang yang aku cinta sakit hati dan menangis macam tu! Aku tak suka tengok Kayla sedih depan mata aku! Dia tu seorang yang ceria! Dan aku takkan sesekali beri keizinan untuk kau hancurkan hati dia mcm tu!"

Jerit Danial bertalu-talu. Amarahnya makin mencanak naik apabila melihat wajah Ridzwan ketika ini.

Ridzwan menghela nafas perlahan lalu melangkah kearah Danial. Sempat dia menolak isian pipinya dengan lidah. Sakit wehh budak ni pukul aku tadi..

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now