RIDZ - BAB 11🦋

17.7K 689 21
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

KAYLA membukakan penutup air 100 plus dan meletakkan wangian lavender diatas meja. Katanya wangian ini dapat melegakan migrain. Lagi pun Ridzwan juga amat suka dengan bauan lavender.

"Abang mari la dekat sikit. Kayla nak letak pek ais kat belakang kepala abang ni.." Ridzwan mengangguk lalu menunduk kearah Kayla.

Kayla senyum tipis lalu meletakkan perlahan ais di bawah kepala Ridzwan dibahagian tengkuk belakang. Ridzwan berdesis sedikit apabila merasakan kesejukan ais itu.

"Abang tahan jap. Dalam 20 saat je sejuk. Nanti hangat la ni.." ujar Kayla yang masih meletakkan ais. Ridzwan senyum sahaja. Namun dia agak malu dengan kedudukan mereka. Sudahlah amat rapat ketika ini..

"Err adik boleh tak duduk belakang abang?" Mata Kayla terkalih kearah Ridzwan. "Kenapa?"

"Macam tak elok pula kedudukan kita ni. Kalau orang nampak mesti jadi fitnah." kedudukan mereka agak intim kerana kepala Ridzwan hampir terkena buah dada Kayla.

"Owh ok kejap." Kayla terus bangun dan duduk di sofa tepi Ridzwan. Ridzwan memusingkan tubuh kearah bertentangan untuk memudahkan kerja Kayla.

"Abang nak Kayla urutkan kepala abang tak?" Ridzwan mencelik matanya. "Boleh ke? Tak susahkan adik?" Kayla senyum dan menggeleng. Lagi la Kayla suka.. Ahak.

"Tak la. Boleh je. Lagipun Kayla yang offer kan? Jadi takde istilah menyusahkan pun la.." Ridzwan senyum. "Dah kalau adik cakap mcm tu, abang pun dengan senang hati la menerima.."

Kayla terkekeh ketawa. Dia meletakkan ais diatas meja lalu mengambil sedikit minyak angin. Dia membetulkan kedudukan lalu menyapu minyak itu di kepala Ridzwan lalu mengurutnya perlahan.

Dia agak bangun sedikit dari duduknya kerana kedudukan Ridzwan lagi tinggi darinya sekarang. Ridzwan yang perasan akan hal itu terus memusingkan badan kearah Kayla.

Terkejut Kayla dibuatnya. "Kenapa abang? Kayla terurut kuat ke?" Ridzwan menggeleng. "Duduk macam ni la baru senang sikit. Takde la lenguh badan adik untuk samakan ketinggian dengan abang.." Kayla sengih sahaja. Dia duduk bersila diatas sofa lalu mengurut perlahan kepala Ridzwan.

Dia terlalu fokus mengurut sehingga tidak perasan mata Ridzwan merenungnya. Ridzwan senyum sahaja apabila melihat wajah Kayla yang rapat dengannya sekarang.

Baginya wajah itu sangat menenangkanya. Wajah Kayla sangat manja dan lembut sahaja. Cara percakapan gadis itu juga manja namun sedikit nakal apabila bersamanya.

Berona merah muka Kayla apabila Ridzwan merenungnya tidak lepas. Dia mengemam bibir. Ottoke apani.. Malu la Kayla.. Tok kadi tolong datang! Kayla nak kahwin dengan abang sekarang jugak..

Ridzwan mula memicit sedikit pipi Kayla yang memerah. "Kenapa pipi adik merah?" Kayla sengih. "Err sebab panas kot.."

Ridzwan berkerut lalu melihat kearah aircond. "Pendingin hawa nmbor 16 dah adik.. Macam mana bleh panas pula ni?" tanyanya lalu jemarinya setia mengusap pipi gadis itu.

Makin panas pipi Kayla apabila ibu jari kasar itu mengusap lembut pipinya sekarang. Sudahlah pipi dia tembam. Malu lahh dengan abang..

"Adik malu dengan abang ke?" Bisik Ridzwan perlahan dihadapan wajah Kayla. Kayla mengemam bibir. Dia terus membalas renungan redup Ridzwan.

Kayla meliarkan mata melihat wajah Ridzwan yang amat hampir dengannya. Dia meneguk liur kesat apabila melihat betapa sempurnanya lelaki dihadapannya ini. Kening tebal, mata sedikit sepet namun macho, hidung mancung, bulu mata agak panjang, dan ya. Bibir yang amat menggiurkan..

Terasa ingin sahaja melekapkan bibirnya ke bibir lelaki ini.

Ridzwan merenung mata Kayla. Dia juga terpana dengan wajah itu. Sedari tadi dia hanya memerhati wajah adik kawannya ini.

"Kenapa tengok abang mcm tu?" ujar Ridzwan lalu melambai dihadapan wajah Kayla. Tersentak Kayla dibuatnya. Dia berdehem untuk menghilangkan canggung.

"Err sorry abang hensem sngat.." ujar Kayla lalu menutup mulutnya dengan tangan. Ridzwan tersenyum sahaja melihat karenah gadis itu. Berkerut dahi Kayla apabila minyak angin masuk ke dalam mulutnya.

"Argh abang! Mulut Kayla berangin! Pedas!" teriak Kayla lalu berlari kearah dapur dan membasuh mulutnya. Tergelak Ridzwan dibuatnya.

Hilang migrain nya kerana celoteh Kayla.

Ridzwan bangun dan melangkah kearah Kayla yang membasuh mulut di sinki. Dia terus mengumpul kesemua rambut Kayla lalu digenggam supaya rambut tidak terkena air.

"Kenapa tu?" Tanya Puan Hanis dengan riak yang pelik. Mana taknya, cara Ridzwan itu seolah-olah suami menenangkan isterinya yang sedang mual pula.

Takkanlah? Jangan macam-macam eh Kayla..

Ridzwan berpaling kearah Puan Hanis lalu senyum segaris. "Minyak angin masuk dalam mulut dia.. Tu yang cepat-cepat basuh tu. pedas katanya.." ujar Ridzwan yang setia memegang rambut Kayla.

Puan Hanis menggeleng sahaja. "Budak bertuah. Selalu cuai la dia ni aih.." ujar Puan Hanis lalu memicitkan kepala. "Mama pulak yang migrain tengok perangai si Kayla ni.." Ujar Puan Hanis lalu mengambil air didalam peti.

Tergelak Ridzwan dibuatnya. Kayla bangun tegak dari menunduk lalu menjeling ibunya. Ridzwan senyum lebar melihat wajah basah Kayla disertakan dengan wajah cemberut.

"Ee mama ni. Suka kecam adik kan? Dah dia nak masuk.. Nak buat macam mana.." ujar Kayla perlahan.

"Haa yelah. Memang minyak angin tu ada kaki pun sampai melompat ke mulut adik." Kayla memuncung lalu beralih pandangan kearah Ridzwan.

"Abang.. Tengok mama tu. abang berdebat dengan mama please. Abang kan pandai berlawan mulut kan?" Ridzwan tergelak lalu mengusap perlahan rambut ikal mayang Kayla.

Tersenyum sahaja Puan Hanis melihatnya. Dia suka melihat keakraban Ridzwan dan Kayla. Sudah lama dia inginkan menantu seperti Ridzwan. Dia selalu mendoakan mereka berdua mempunyai jodoh.

"Tak boleh la.. Sebab apa yang mama cakap tu betul. Adik yang cuai dalam hal ni kan?" Kayla memuncung sahaja. Ridzwan pula hanya senyum melihat wajah Kayla.

"Migrain Ridz dah okay ke?" Ridzwan terus berpaling kearah Puan Hanis. Dia mengangguk lalu melihat kearah Kayla. "Dah.. ada nurse cenonet yang rawat Ridz tadi."

Kayla senyum lebar. Tahu Ridzwan memaksudkan dirinya kerana Ridzwan selalu menggelarnya cenonet hanya kerana tubuh kecilnya serta wajahnya seperti budak-budak.

Puan Hanis hanya senyum tipis. "Kayla pergi la buat air untuk Ridz. kesian dia datang sini tak dihidang air pula.."

Ridzwan menggeleng. "Eh takpa ma.. Kayla dah suap air 100 plus dekat Ridz tadi. Ridz dah hilang dahaga dah pun.."

Kayla senyum mewek. Comel la pula bila Ridzwan menyebut namanya. Rasa diawan-awangan pula!

Puan Hanis menjeling kearah anaknya yang menunduk. Amboi gatai.. Ikut perangai bapak la ni.

"Betul abang dah okay?" Ridzwan memandang Kayla dan mengangguk. "Yes. why?"

Kayla tersengih. "Main ps2 jom? Yang along punya. Kayla terliur nak main tapi takde geng. Along selalu sibuk.."

Ridzwan tergelak. "Ok jom. Abang pun dah lama tak main game tu.." ujarnya lalu melangkah kearah ruang tamu. Kayla senyum lalu mengikuti langkah Ridzwan.

"Byee nak dating duluuu.." ujar Kayla kearah ibunya lalu melayangkan flying kiss. Tersengih Ridzwan mendengarkan itu. Puan Hanis senyum tipis melihat reaksi gembira dua anak muda itu.

TBC🤍
Cuai betul budak bertuah ni..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now