RIDZ - BAB 32🦋

19.8K 659 35
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"MORNING!" Jerit Kayla dari tingkat atas. Dia melompat keriangan hari ini dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Encik Khairul dan Puan Hanis hanya tersenyum melihat keceriaan anaknya itu.

Mereka sudah sedia maklum oleh Encik Rafeeq bahawa Ridzwan dan Kayla sedang dalam hubungan percintaan.

Kasyaf menjeling lalu menjulingkan mata. "Eleh. Haritu bukan main menangis smpai mogok makan. Harini happy pulak eh?"

Encik Khairul menjeling kearah anak sulongnya. "Suka sakat adik kan? Baguslah adik happy.. takde lah papa susah-susah pujuk dia.." Kayla sengih.

Ahak! Encik Khairul selalu jadi mangsa untuk memujuknya jika dia merajuk. Kayla punya merajuk bukan calang-calang tau. Siap mogok taknak makan lagi..

Puan Hanis hanya menggeleng. Dia berpaling kearah Kayla yang tersenyum gembira. "Meh la makan dulu.. Ridzwan lambat lagi datang kan?" Kayla sengih.

"Abang Ridz otw dah.. dah nak smpai dah pun. Mama makan la. Adik nak makan dengan abang Ridz hehe.." ujar Kayla lalu memintal rambutnya.

Kasyaf mendengus. "Adik aku ke tu gedik sangat tu?" Kayla hanya mengendahkan. Yang penting sekarang ni dia nak gi dating dengan Ridzwan ahak!

TING TONG!

Puan Hanis mengangkat kepalanya. "Haa tu dah sa--" terkejut Puan Hanis apabila melihat anak bongsunya berlari dengan begitu laju kearah pintu.

Tergelak Encik Khairul dibuatnya. "Haih.. laju kalau bahagian abang Ridz dia.." ujar Encik Khairul lalu menggeleng.

Kalau orang lain yang datang, bukan main malas si dara tu ingin membuka pintu. Tapi kalau Ridzwan yang datang, dia lah orang pertama yang sukarela untuk membuka pintu seluas-luasnya.

Nakal si Kayla ni..

Kayla mengemaskan sedikit rambutnya yang kusut. Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Ahak! Nak jumpa abang Ridz..

Kayla perlahan-lahan membuka pintu. Dia mengintai sedikit gerangan yang berdiri di luar pintu rumahnya. Makin lebar senyuman Kayla apabila retina matanya dipenuhi Ridzwan yang tersenyum manis kearahnya.

"Hye.." ujar Ridzwan perlahan. Kayla kulum senyum lalu menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. "Hye boyfie.. ahak." Ujar Kayla lalu menutup mukanya dengan tangan.

Ridzwan tergelak. "Nakal dia ni.. mama papa mana?" Kayla mula menurunkan tangannya dari muka.

"Ada.. kat dalam. Abang masuk lah." Ridzwan mengangguk. Dia terus menonong masuk ke dalam rumah. Kayla memuncung. "Bukan main kita pakai cantik-cantik.. dia tak puji pun?" Gumamnya perlahan lalu menghentak kakinya.

"Ehh sampai pun. Dari tadi budak tu tunggu kau tau? Dah mcm apa je. Rindu sangat la gamaknya." Ujar Kasyaf yang sedang mengunyah makanan.

Ridzwan tergelak lalu menghampiri Encik Khairul dan Puan Hanis. "Mama.. papa.." tegurnya lalu menunduk sedikit. Ridzwan nak bersalam namun tangan Encik Khairul dipenuhi mee goreng ketika ini.

"Ya.. nak keluar dengan Kayla ya harini?" Ridzwan senyum lalu mengangguk. "Ha'ah.. lama tak keluar dengan dia.."

"Yeke? Bukan sebab nak raikan sesuatu ke?" Tanya Puan Hanis lalu memuncung kearah jam yang dipakai oleh Ridzwan. Bukannya dia tidak perasan jam Ridzwan sama dengan jam milik Kayla.

Ridzwan tersengih lalu menggaru kepala yang tidak gatal. "Lebih kurang mcm tu la mama.." Puan Hanis hanya senyum.

Ridzwan ni pemalu orangnya. Kayla pula hyper. Sesuai sangat la tu.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon