RIDZ - BAB 20🦋

19.3K 603 42
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"BUAT apa siot kat sini masa mcm ni.. ni kalau prof Marina tahu masak la kita beb.." keluh Ika yang sedang menemani Kayla di pusat membeli-belah.

Kayla mengajak Ika dan Danial untuk menemaninya disini. Nak beli hadiah Ridzwan katanya hakhak.

"Ha'ah.. kau ni berani betul la Kayla. Aku pula yang berdebar tau?" Ujar Danial dengan dahi berkerut. Boleh pula ajak ponteng beramai-ramai aih la Kayla.. nakal betul.

Kayla tersengih. "Alaa masa ni je aku bleh keluar. Masa lain dah susah dah. Kau kenal mama aku mcm mana kan?"

Ika dan Danial hanya mengangguk. "Dahtu kenapa kau tak ajak abang Kasyaf kau? Kalau kau ajak dia, takde la mak kau halang.." ujar Ika. Dia masih tak puas hati tau?!

Lupakah Kayla bahawa Ika sudah berubah ke jalan yang benar?! Bukan main dia belajar bersungguh-sungguh untuk dpat point tapi tiberrr perempuan cenonet ni ajak ponteng.

Tak pasal point ditolak nanti aih..

Kayla menjulingkan mata seraya memilih hadiah untuk Ridzwan. "Kau dah lupa ke? Along tu kawan abang Ridz. Kalau dia bagitau abang Ridz macam mana?"

Danial senyum kelat. Dia agak cemburu apabila Kayla kelihatan sangat menitikberatkan lelaki itu. Ika mengerling sekilas kearah Danial. Dia berdehem kejap.

"Habistu kenapa kau ajak Danial?" Tanyanya lalu menyenggol lengan Danial apabila kelihatan lelaki itu mengelamun dalam dunianya sendiri.

Danial senyum sahaja kearah Kayla. "Sebab Danial lelaki.. mesti dia tahu apa yang lelaki suka kan Nial? Sebab tu aku ajak kau.." ujar Kayla lalu melihat harga baju-baju disitu. Terbeliak matanya.

Mak aii.. nokharom sungguh harga pun. Mahal sngat kenapa? Nanti lepas basuh pudar jugak..

Ika berdehem. "Habistu kenapa kau ajak aku? Aku kan perempuan.. padahal kau bleh je pergi dengan Nial je."

Kayla menjeling. "No! Aku takboleh pergi dengan Nial je.. tak manis la keluar berduaan dengan lelaki.. sebab tu aku ajak kau. Banyak cekadak eh kau ni?" Tanya Kayla lalu mendengus.

Ika tersengih sahaja. Sempat dia mengerling kearah Danial. Mendung sahaja wajah lelaki itu sekarang.

Danial buat-buat senyum. "Betul.. bagus juga ajak Ika.. tak elok la berduaan dengan bukan mahram.." ujarnya lalu memandang Kayla. Yang sebenarnya dia memerli Kayla.

Oo keluar dengan Danial tak elok.. tapi keluar berduaan dengan Ridzwan bleh pula?

Kayla senyum sahaja. "Absolutely yes! Weh Nial tolong la aku.. aku nak bagi hadiah pada abang Ridz ni.. yang mana okay?" Tanyanya lalu menarik lengan baju Danial.

Danial menyimpan keluh. "Aku rasa baju mcm murah sngat la.. apa kata kau beli jam je? Lelaki minat jam.." termasuk aku.. gumamnya dalam hati.

Kayla sengih. "Betul jugak! Weh bijak la kau! Jom teman aku!" Jerit Kayla lalu menarik beg Danial. Ika senyum sahaja melihat mereka berdua berlari kearah kedai jam.

Namun beberapa saat kemudian senyumannya memudar. Dia agak cemburu apabila Danial amat menyayangi Kayla padahal Kayla langsung tidak ambil cakna hal itu.

Dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Danial. Siapa je yang tak jatuh cinta pada lelaki baik seperti Danial tu?

"Takpelah.. tengok kau happy pun aku dah happy Nial.. aku harap kau bleh bahagia dengan Kayla. Ini je cara untuk aku bahagia.. tengok orang tersayang happy pun dah ckup walaupun... bersama orang lain.."

Ika senyum kelat. Boleh dikatakan dia amat rapat dengan Danial. Mereka selalu keluar bersama serta mengulang kaji bersama tanpa Kayla. Namun Danial hanya menganggapnya sebagai kawan sahaja.

Takpa.. melepaskan lebih baik kan?

KAYLA tersenyum sambil menjilat aiskrimnya. Mereka sedang berada di taman. Hoho lama pulak ponteng kali ni.

"Aku rasa..." Danial dan Ika terus berpaling kearah Kayla. "Rasa apa? Masin ke aiskrim kau?" Tanya Ika yang sedang menjilat aiskrim. Mereka berdua je duk sibuk makan aiskrim. Danial tak makan manis hakhak.

Kayla berdecit. "Bukan la.. aku rasa aku nak luah perasaan la pada abang Ridz.. aku rasa aku angau gila kat dia.." mati senyuman Danial. Ika pula mula terbatuk-batuk lalu mengerling kearah Danial yang sudah menunduk.

Betul la tekaan mereka bahawa Kayla sudah jatuh cinta pada kawan abang sulongnya.

"Ish kau ni. Aku nak luah pada dia. Yang kau batuk dah kenapa?" Ujar Kayla selari menepuk belakang badan Ika.

Ika berdehem. "Takdela.. kau tak rasa.. er terlalu awal ke? Like.. kau baru je umur 20 sekarang ni.. kau tak takut dia reject kau ke?" Kayla memuncung.

Betul juga. Ridzwan pun ada kata bahawa cinta Kayla kemungkinan cinta monyet. Tapi dikira cinta monyet ke kalau jatuh cinta bertahun-tahun  mcm ni?

"Biarlah dia ungkap.. kalau Ridzwan kena caras oleh orang lain mcm mana?" Tanya Danial perlahan. Ika terus mencerlung tajam kearah Danial manakala Kayla sudah tersengih.

"Betul ke Nial? Aku boleh luah la ni?" Tanyanya dengan teruja. Danial senyum pahit lalu mengangguk.

"Yeah.. kalau kau taknak terlambat, better kau luah cepat.." jangan jadi mcm aku. Aku dah kehilangan kau sebab aku terlambat.. gumamnya dalam hati.

Kayla senyum lebar lalu memeluk kemas badan Ika. "Yeayy! Aku rasa aku nak luah masa birthday dia la Ika! Boleh kan kan kan?" Tanyanya lalu menggoyangkan badan Ika.

"Hmm suka hati kau la.." ujar Ika lalu memandang kearah Danial. Danial senyum tipis kearah Ika lalu mengangguk.

Ika mengeluh perlahan. Tch. Kenapa la si Danial ni terlalu baik.. Ika tidak mahu melihat wajah kecewa Danial.. kalau boleh, dia hanya ingin Danial tersenyum sahaja seperti sebelum ini.

Danial selalu senyum apabila melihat wajah Kayla.. tidak pernah lekang senyumannya apabila melihat gadis itu. Dan Ika juga gembira melihat senyuman Danial yang sangat ikhlas baginya.

Habistu lepas ni mcm mana? Dia akan hadapi Danial yang muram je ke? Hmmmm taknak la mcam tu..

"KAU gila ke Nial? Kenapa kau putus asa? Kau boleh je la rampas Kayla semula. Ungkap je pada Kayla." Marah Ika kearah Danial. Mereka sedang berduaan sekarang. Kayla pergi ke tandas sekejap.

Danial mengeluh. "Kayla taknak kat aku. Aku tak boleh paksa.." ujarnya sambil tangan bermain rumput.

Ika mengeluh. "Tak cuba tak tahu. Kau kena cakap melalui perkataan la kalau dia tak perasan melalui perbuatan macam ni.."

Danial menggeleng. "Tak boleh.. aku dah ckap yang aku sayang dia.." terbeliak mata Ika. Dia merapati Danial lalu tersenyum.

"Dia cakap apa weh? Dia terima kau ke tak? Cepat la jawab.." ujar Ika lalu menggoyangkan badan Danial. Tergelak Danial dibuatnya.

"Dia cakap dia sayang aku jugak.." Ika tersenyum lebar apatah lagi melihat senyuman Danial. Namun lama-kelamaan senyuman Danial memudar. Berkerut dahi Ika.

"Tapi sebagai kawan je.. tak lebih.." senyuman Ika mati. What? Sayang sebab kawan?

Oh.. Kayla sayang, bukan cinta. Ada perbezaan disitu.

Manusia bleh menyayangi sesiapa sahaja namun mereka hanya boleh mencintai seorang sahaja..kerana hanya seorang sahaja yang boleh bertakhta di dalam hati mereka.

Faham.

TBC🤍
Nial sadboy era🥹

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now