RIDZ - BAB 22🦋

16.9K 671 39
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

TERSENYUM Kayla apabila dia sudah sampai di perkarangan rumah Ridzwan. Kayla datang bersama keluarganya ke sini. Pakaiannya sedikit sopan malam ini dimana dia memakai abaya hitam serta tudung shawl berwarna emerald.

Sebab apa warna emerald? Sebab itu warna kesukaan Ridzwan. Hekhek. Lagipun Ridzwan ada kata bahawa dia memakai baju melayu berwarna emerald malam ni.

Yeayy sedondon dengan abang..

"Ehh? Mama dah smpai!" Jerit Risha lalu terus menerpa kearah Puan Hanis. Puan Hanis tergelak apabila Risha memeluk erat badannya sekarang.

Jika Kayla amat rapat dengan Puan Fariha, Risha juga amat rapat dengan Puan Hanis. Tertukar pula hakhak.

"Kaylaaa. Rindunya diaa." Ujar Risha lalu melepaskan pelukan Puan Hanis lalu memeluk badan Kayla. Kayla terkekeh ketawa lalu membalas pelukan Risha.

"Cantiknya malam ni.. tudung pun sama dengan Ridz. Sedondon eh?" Bisik Risha perlahan di telinga Kayla. Kayla sengih lalu mengangguk. Tergelak Risha dibuatnya.

"Habistu aku? Kau taknak peluk? Takkan peluk mama dengan Kayla je? Meh la peluk aku skali.." ujar Kasyaf yang sedang mendepa tangan kearah Risha.

Risha melepaskan pelukan lalu menjeling tajam kearah Kasyaf yang sedang menjungkit kening berulang kali kearahnya. Mereka memang selalu bergaduh mulut..

Pakkk!

"Aww papa!" Tempik Kasyaf sambil mengusap kepalanya. Sakit juga kepalanya ni selepas dihempuk bapanya.

Encik Khairul menjeling anak sulongnya. "Itulah. Cakap tak bertapis. Nak peluk anak dara orang pula.. tak senonoh." Ujarnya lalu menggeleng kepala. Kayla dan Risha sudah terkekeh ketawa manakala Puan Hanis hanya menggeleng sahaja melihat keluarga kecil nya itu.

"Lahh. Risha! Kan umi suruh jemput keluarga Kayla masuk tadi. Aish menyempat pula dia bersembang kat luar." Marah Puan Fariha lalu menarik telinga anak daranya. Terjerit Risha dibuatnya.

Sudahlah hampir melayang tubuhnya dek tarikan telinga oleh uminya itu.

Mereka yang berada disitu hanya ketawa melihat gelagat mereka. Mereka memang perangai seperti ini..

"Dah jom masuk Hanis.. kita sembang-sembang dulu.." ujar Puan Fariha lalu menarik tangan kawannya itu. Dia terus berpaling kearah Encik Khairul.

"Khairul, kau pun masuk la sekali. Rafeeq dah tunggu kau kat dalam." Encik Khairul mengangguk. "Yelah jom jom.. sejuk kat luar ni. Kang selsema pula.." ujar Encik Khairul lalu merangkul bahu Kayla dan Kasyaf. Mereka melangkah kedalam rumah bersama-sama.

KAYLA menggigit bibir. Sedari tadi dia mencari Ridzwan. Sekarang mereka berada diruang tamu. Ada sedikit bacaan untuk majlis Ridzwan.

"Psst.. cari Ridz ke?" Bisik Risha ke telinga Kayla. Kayla mengangguk. "Ha'ah.. mana dia?"

Risha senyum. "Ada.. dia duk kat luar.. tak muat dalam rumah.." Kayla mengangguk. Dia memuncung. Alaa baru je nak jumpa abang..

"Lepas ni la Kayla boleh la jumpa dia.. dia pun dah mesej akak duk tanya mana Kayla ni haa.." ujar Risha lalu menunjukkan mesej yang dihantar oleh Ridzwan.

Tersenyum lebar Kayla membaca mesej itu.

'Kayla ada dengan kau ke? Aku cari dia tapi tak jumpa.'

Hehe abang Ridz cari titew la..

"Alhamdulillah.. syukur pada Ilahi.. terima kasih kepada sesiapa yang datang ke sini. Maaflah saya hanya buat majlis kecil-kecilan je. InsyaAllah lauk cukup untuk kamu smua. Kalau tak cukup, minta la dengan Puan Fariha ni ye?" Ujar Encik Rafeeq dengan senyuman.

Mereka semua hanya senyum sahaja. Kayla juga senyum melihat majlis yang amat tenang baginya. Sempat dia melambai kearah ibu saudara Ridzwan.

"Makngah!" Bisiknya perlahan. Makngah tersenyum manis kearah Kayla lalu membalas lambaian gadis itu.

KAYLA senyum lebar apabila retina matanya dipenuhi tubuh Ridzwan yang berpakaian baju melayu berwarna emerald pada hari ini.

Dia terus melangkah mendekati Ridzwan. Tangan diletakkan di belakang badan kerana dia sedang memegang hadiah Ridzwan.

"Ah takde. Kau makan sikit je harini. Kayla ada cakap kau habiskan lauk dia semalam. So aku taknak kau makan banyak harini." Ujar Ridzwan yang sedang berpeluk tubuh.

Kasyaf menjeling. "Ish. Dia mengadu lagi ke? Kuat mengadu betul adik aku tu.." rungut Kasyaf sambil mengunyah. Ridzwan menggeleng sahaja melihat kawannya yang gelojoh.

Dah macam seminggu tak makan dah beruk sekor ni..

"Abang.." Ridzwan berpaling kearah belakang apabila kedengaran suara lembut yang dikenalinya. Dia tersenyum lebar kearah Kayla. Kasyaf menjulingkan matanya. Aih. Nak start la tu bersweet depan aku..

"Hey.. dari tadi abang cari. Baru jumpa dia ni.." ujar Ridzwan lalu mengelus perlahan kepala Kayla yang dibaluti shawl.

"Cantiknya adik pakai tudung hari ini.. pakai wrna emerald pula tu.." puji Ridzwan dengan senyuman. Makin manis senyuman Kayla apabila dipuji sebegitu.

Manakala Kasyaf pula menayangkan riak geli. Dia memang selalu jadi orang ketiga antara Ridzwan dan Kayla.. menyampah betul.

"Hehe abang suka?" Ridzwan senyum lalu mengangguk. "Suka la.. warna baju abang sedondon la dengan adik malam ni.."

Kayla tersenyum lalu mengeluarkan hadiah dari belakang. "Nah. Happy birthday abang.. abang jangan buka lagi tau. Abang buka lepas habis majlis nanti.. malu la Kayla kalau abang buka sekarang."

Ridzwan senyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi. Dia menyambut huluran Kayla.

"Thank you adik.. tak sangka adik bagi hadiah pula. Susah-susahkan adik je la.." ujar Ridzwan dengan senyuman. Dipeluk kemas hadiah yang berbalut itu.

Kayla senyum lebar. Ridzwan masih setia menatap wajah bersih Kayla.

"Sumpah abang ckap adik cntik sngat malam ni.. bersih je muka adik tanpa solekan.. abang suka tengok muka adik natural mcm ni.." ujar Ridzwan sambil mengusap pipi Kayla.

"Eleh kau belum tengok muka dia baru bangun tidur. Macam gorgon." Ujar Kasyaf yang sedang makan di belakang mereka. Entah bila nak berambus dia ni!

"Adik jangan layan langau tu.. adik fokus pada abang je okay?" Kayla tersengih. "Ok abang.. Kayla tak dengar pun suara orang lain. Kayla cuma dengar suara abang je sekarang.."

"Aww cutenya dia.." ujar Ridzwan lalu mencubit pipi kegemarannya itu. Menyeringai Kayla dibuatnya.

Kayla mengemam bibir. Dah smpai masa kut nak luah? Tapi Kasyaf ada.. dia mengerling sekilas kearah abang sulongnya.

Kelihatan Kasyaf sangat fokus bermain telefonnya saat ini. Yes! Kesempatan!

"Kenapa? Adik ada nak cakap apa-apa ke?" Tanya Ridzwan apabila melihat wajah Kayla seakan-akan ingin memberitahu sesuatu.

Kayla senyum kearah Ridzwan lalu melangkah lebih rapat kearah Ridzwan. Ridzwan tidak berganjak malah dia hanya menunduk melihat Kayla yang separas dadanya.

Dia senyum sahaja kearah Kayla.

"Abang.."

"Yes?"

Kayla mengemam bibir.. "Kayla nak cakap sesuatu.." Ridzwan mengangguk. "Nak cakap apa?"

Kayla menarik nafas dan hembus perlahan.

"Kayla.. sukakan abang.." berkerut dahi Ridzwan. Dia masih menunggu perkataan yang terbit dari mulut Kayla.

"Kayla sayangkan abang.." Ridzwan mengangguk. Dia tahu akan hal itu.

"Dan Kayla.. cintakan abang lebih daripada seorang abang.." terbeliak mata Ridzwan apabila ayat itu dituturkan oleh Kayla.

TBC🤍
Kenapa saya yang berdebar ni! Huwaa! Adakah mereka bercinta? Heee

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now