RIDZ - BAB 59🦋

16.1K 558 9
                                    



"ABANG.. ooo abang?" Kayla menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila figura suaminya tidak kelihatan. Dia mencebik sambil mata melilau kearah sekeliling.

"Mana abang.." ujarnya dengan bibir tercebik. "Kayla rindu.. Kayla nak peluk abang.."

"No! Duduk diam situ! Banyak kali dah aku bersin sebab kau tau?! Jangan dekat dengan aku! Bersyukur sikit aku mandikan kau!"

Terkalih pandangan Kayla kearah suara jeritan itu. Dia melangkah perlahan kearah luar rumah. Tersengih dia melihat Ridzwan yang sedang memandikan kitty nya. Bukan main jauh lagi Ridzwan berdiri dari kitty.

Kitty pula asyik mengibas ekornya kearah Ridzwan. "No! Mandi betul-betul la.. aku puk ni karang.."

Bebel Ridzwan yang sedang menjeling kearah kitty. Sudahlah dengan memakai mask pula tu aish. Kelakar pula bila tengok si Ridzwan ni..

Kayla tergelak perlahan. Walaupun Ridzwan alah dengan kucing, tapi suaminya itu sanggup memandikan anak kucingnya. Kayla tidak larat untuk memandikan serta memberi makan kepada kitty.

Jadi, Ridzwan la yang jadi mangsanya..

"Meow.." ujar kitty lalu menggeselkan kepalanya ke kaki Ridzwan.

"Mak! Aih kau ni kan!" Jerit Ridzwan sambil melompat. Kayla gelak kuat melihat adegan itu. Ridzwan terus berpaling kearah belakang. Dia menjeling kearah isterinya yang sedang ketawa tidak henti.

Ridzwan mendengus. Hilang macho aku sebab si kitty ni!

"Sudah? Dah habis ketawakan abang?" Kayla menghentikan tawanya lalu tersengih kearah Ridzwan yang sedang menjeling kearahnya.

Kayla melangkah perlahan kearah suaminya. "Abang la.. comel la mandikan kitty mcm tu.. cute tau?" Ujar Kayla lalu mengusap pipi suaminya.

Ridzwan mendengus. "Cute apa nya.. abang rasa macam nak pengsan tau kejar bulus Kayla ni.." Kayla terkekeh ketawa memeluk erat badan suaminya.

"Honey.. baju abang basah ni.." ujar Ridzwan lalu menolak-nolak badan Kayla menjauhinya. Kayla memuncung. "Takpe.. nanti Kayla nak mandi jugak.. Kayla nak peluk abang.. rinduu.." ujar Kayla lalu menyembam kepala ke ceruk leher suaminya.

Ridzwan ketawa sahaja apabila Kayla menjijit kakinya untuk menyamai ketinggian mereka. Ridzwan melepaskan wayar getah paip lalu membalas pelukan isteri kecilnya itu.

"Hmm tenang je Kayla rasa lepas bau abang.." berkerut dahi Ridzwan. "Kenapa? Honey masih pening?"

Kayla mengangguk perlahan. "Kayla pening sikit.. tapi dah elok dah berbanding sebelum ni.. sekarang pening manja-manja je.."

Ridzwan senyum lalu mencium sekilas kepala isterinya. "Baguslah.. risau abang tengok honey tak bermaya. Sekarang muka honey dah tak pucat mcm sebelum ni dah.."

Kayla hanya senyum. "Abang.."

"Yes baby.."

Kayla kulum senyum. Sempat dia mengerling sekilas kearah kitty yang mengerdipkan mata melihat adegan mereka berdua. Hakhak kesian kitty si single tu..

"Kayla rasa nak makan sesuatu.."

Terjungkit kening Ridzwan. "Nak makan apa?"

"Kayla nakk makan coklat banyak-banyak bleh? Kayla rasa nak makan yang manis-manis la.." ujar Kayla dengan muncung sedepanya.

Lidah serta tekaknya terasa agak pahit sekarang. Dia memerlukan manisan untuk melegakan lidahnya sekarang.

Ridzwan senyum senget. "Makan abang nak? Abang kan manis.." ujar Ridzwan lalu menjilat bibirnya. Kayla menjeling lalu menepuk perlahan dada suaminya.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now