RIDZ - EPILOG🦋

30K 806 63
                                    



KAYLA mengusap perlahan pipi suaminya. Tersenyum dia melihat suaminya yang sedang tidur nyenyak. Dia terjaga dari tidurnya kerana anaknya menangis tadi. Dan sekarang dia tidak boleh tidur kembali.

Jadi, dia hanya merenung muka suaminya sahaja. Sempat dia menaikkan selimut menutupi badan bogelnya serta Ridzwan. Mereka baru sahaja menikmati keindahan malam bersama tadi..

Kayla mengusap pipi serta bibir milik Ridzwan. Dia suka melihat wajah Ridzwan. Kalau bleh, dia inginkan anak mengikut raut wajah Ridzwan kerana baginya raut wajahnya tidak comel. Agak tembam dan nampak kebudak-budakan.

Kalau mengikut muka Ridzwan pasti maskulin hikhik. Tapi Ridzwan ada kata dia suka melihat wajah Kayla. Baginya raut wajah Kayla la yang paling comel di muka bumi ini.

Ceh cliche sangat si Ridzwan ni..

Tersentak Kayla dari lamunan apabila ibu jarinya terasa seumpama digigit. Dia tersenyum melihat suaminya yang sudah mencelik mata sambil menggigit ibu jarinya.

Kayla terkekeh ketawa. "Hye abang.." Ridzwan senyum tipis. "Hye.. tak tidur?" Kayla kulum senyum. Hensemnya suaraaaaa. Lupa pula nak rakam tadi..

Kayla menggeleng. "Tadi Rifqi terjaga nak susu. Itu yang Kayla terbangun ni. Kayla tak boleh tidur sebab tu Kayla tenung abang je." Ujar Kayla lalu menggeselkan hidung mereka berdua.

Ridzwan senyum tipis. "Lepas ni kalau anak nak susu, kejutkan abang sekali. Abang temankan Kayla." Kayla menjeling melihat reaksi nakal suaminya.

"Eleh.. padahal dia nak intai.." Ridzwan tergelak perlahan. Setiap kali Kayla ingin menyusu Rifqi, pasti mata gatalnya akan mengintai Kayla. Selalu mcm tu. Nak dihalang tapi Kayla pun suka.

Jadi tak boleh nak cakap apa la dengan dua budak nakal ni.

Kayla senyum lalu merapatkan badannya ke badan Ridzwan. Terjungkit kening Ridzwan dibuatnya. Apakah? Takkan nak lagi kot? Duk gesel-gesel badan bogelnya dekat kita pulak..

"Abang.." Ridzwan menjungkit kening sambil mengelus rambut isterinya. "Ye.."

"Abang nak tau tak..." Ridzwan tergelak. Tahu yang Kayla nak bergurau dengannya di pagi hari apabila suara wanita itu semakin meleret.

"Tahu apaaa...." balas Ridzwan meleret. Kayla terkekeh ketawa lalu panggung kepala kearah suaminya.

"Diari Kayla penuh dengan nama abang tau?" Berkerut dahi Ridzwan. "Yeke? Mana? Kenapa tak pernah tunjuk pada abang pun?" Kayla tersengih.

"Kayla maluuu.. ayat Kayla tunggang-langgang.." Ridzwan menjeling. "Eleh rendah diri pula.. padahal ayat honey la paling power. Abang dah baca dah kertas exam honey. Bagi abang, ayat-ayat honey tu dah sampai peringkat antarabangsa tau?"

Kayla sudah habis peperiksaannya. Sudahlah dia mengandung 8 bulan ketika menjalani peperiksaan. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku.

Cuma dia tertidur lama di pelukan suaminya sewaktu pulang dari universiti. Tergelak Ridzwan ketika itu. Itulah. Orang dah cakap penat mengandung masa belajar. Tapi si Kayla ni nak jugak..

Eh kejap. Siapa yang salah sebenarnya ni? Choi betul si Ridzwan ni..

Kayla tersengih. "Abang kejap. Kayla pergi ambik diari Kayla." Ujar Kayla lalu bangun dari baringnya. Terbeliak mata Ridzwan apabila dihidangi badan bogel isterinya.

Ridzwan menelan liur. Fuhh panas.. selamba betul si Kayla ni beraksi depan dia.. sudahlah badan tu makin hot sejak jadi mak ni.. tak tenang Ridzwan dibuatnya.

Itu yang dia ganyang setiap malam tu.. Kayla la yang salah. Suka goda dia tanpa sengaja. Aih la Kayla..

Kayla senyum sambil membawa diari. Dia naik ke katil semula lalu masuk ke dalam selimut bersama suaminya. Ridzwan menjeling. "Saje nak naikkan nafsu abang kan?"

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang