RIDZ - BAB 42🦋

20.8K 618 29
                                    



KAYLA menjinjit kakinya lalu mengintai kearah periuk yang sedang mendidih diatas dapur gas tersebut. Ridzwan hanya senyum sahaja apabila Kayla memeluknya dari belakang.

Sedari tadi isterinya itu memeluk erat tubuhnya dari belakang ketika dia memasak. Sedikit pun taknak berenggang dengannya. Dan Ridzwan hanya membiarkan sahaja. Dia pun sudah selesa dengan sentuhan Kayla kerana tangan Kayla selalu gatal menyentuh badannya.

Nak dilarang tapi budak tu bukannya nak dengar cakap orang.. kalau marah mula la muncung sedepa.

"Pandainya abang masak.. tak tengok google pun. Kalau Kayla, Kayla kena tengok google dulu dalam setengah jam. Lepastu baru masak. Tapi tulah, hangit je yang dapat.."

Kayla pernah memasak pasta. Bukan main lama dia masak masakan tu kerana sibuk melihat cara memasak di google.

Tak pasal-pasal hangus terus masakan dia sebab dia terlalu leka.. dan dia telah menyalahkan google kerana tidak memberitahu berapa lama masa untuk masakannya masak dengan elok.

Ridzwan senyum. "Tomyam senang je. Orang ckap tomyam susah sebab banyak benda kena buat. Padahal yang banyak tu sayur je. Bahan lain tak banyak sngat. Buat mcm biasa je.." ujar Ridzwan lalu tangan kanan meniup kuah tomyam yang berada dalam senduknya.

Tangan kiri menepuk perlahan tangan kecil isterinya yang berada di perutnya. "Cuba honey rasa ok tak.." ujarnya lalu memusingkan tubuh kearah isterinya.

Dihulur senduk kearah bibir Kayla. Kayla menghirup perlahan-lahan. Dia senyum apabila masakan Ridzwan sangat sedap berbanding mamanya.

Puan Hanis! Anakmu mengutukmu!

"Sedap!" Ujarnya dengan senyuman. Ridzwan tergelak lalu mencium sekilas bibir Kayla. Kayla sengih. "Hehe tapi bibir abang lagi sedap.."

Ridzwan menggeleng sahaja. Nak start la tu menggatal.. kalau Ridzwan tak menghalang, konfirm akan ke lain mereka nanti..

"Honey pergi susun pinggan. Nanti abang letak lauk atas meja." Kayla mengangguk laju. "Baik!" Ujarnya dengan bersemangat lalu melepaskan pelukannya.

Ridzwan senyum sahaja melihat karenah isteri pendeknya itu. Ridzwan berpaling kearah kanan apabila Kayla terkedek-kedek kearahnya. "Kenapa?" Tanyanya perlahan.

Kayla sengih lalu memuncung kearah suaminya. "Nak kiss lagi.." Ridzwan tergelak perlahan. Dia meletakkan senduk ke dalam periuk lalu menghampiri isterinya.

Dia memeluk pinggang Kayla manakala Kayla mengalung tangan ke leher suaminya. "Mengada isteri abang ni sekarang eh.." ujar Ridzwan lalu mencium bibir isterinya.

Kayla senyum lalu membalas ciuman suaminya. Entah mengapa dia makin menggedik sekarang dengan Ridzwan. Nasib baik Ridzwan juga jnis melayan..

Dua-dua memang gatal dari kecik..

Ridzwan melepaskan ciuman. Dia meramas sedikit pinggang isterinya. "Dah pergi.. nanti tak makan pula kita kalau honey asyik nak menempel macam ni.."

Kayla tergelak lalu melepaskan rangkulannya. Terjungkit keningnya apabila Ridzwan masih memeluknya.

"Ni tangan ni bila nk lepaskan pinggang Kayla? Tadi suruh orang lepaskan dia.. sekarang dia pula yang taknak lepas orang eh?" Tanya Kayla dengan jelingan manja.

Ridzwan senyum. "Saje je nak ukur pinggang sayang.." ujarnya lalu melepaskan pinggang Kayla. Sempat dia menepuk pinggang isterinya itu.

Kayla sengih. "Kenapa tepuk situ? Tepuk la kat punggung Kayla.." ujar Kayla lalu mengambil tangan suaminya. Ridzwan terus menarik tangannya. Fuhh. Berpeluh dia sekarang ni.

"No. Honey pergi cepat.." halaunya lalu menolak perlahan badan isterinya ke meja makan. Kayla tergelak sahaja.

"Eee abang ni malu sangat.. padahal Kayla dah lama tunggu tau?" Ridzwan senyum kekok. "Tak boleh. Abang kena lawan dulu nafsu abang.."

Kayla senyum senget. "Ok.. Kayla nak tengok sjauh mana abang bleh tahan nafsu abang sebab Kayla akan selalu goda abang 24 jam nanti.." ujar Kayla lalu mengenyit mata kearah suaminya.

Ridzwan mula berpeluh. Isterinya itu terlalu menggoda sehinggakan benteng pertahanannya hampir pecah!

TERSENYUM lebar Kayla apabila melihat wallpaper telefonnya sekarang ini. Terpapar gambar Ridzwan dan dia didalam skrin itu yang sedang berpelukan di pelamin.

Setiap hari Kayla angau akan suaminya. Kayla sengih. Ahak! Tak fokus belajar la kalau mcm ni..

"Mrs Hanania, amboi sengih semacam? Teringat suami dirumah ke?" Tersentak Kayla apabila ditegur begitu oleh Prof Marina. Dia panggung kepala lalu tersengih sahaja kearah pensyarahnya. Rakan-rakan sekelasnya hanya ketawa melihat wajah bersalah Kayla.

Prof Marina menggeleng. "Patutlah sebelum ni asyik angau je dlam kelas. Rupanya teringatkan cinta hati ya?" Kayla kulum senyum sambil memintal rambutnya.

Ahak! Betul la tu! Asyik teringatkan abang Ridzwan sahaja sekarang ni!

Prof Marina hanya senyum melihat senyuman anak didiknya itu. "Btw congrats from me. Saya tak sempat nak ucapkan selamat pengantin baru pada awak. Orang lain cuti sem buat assignment. Tapi awk bleh pula berkahwin diam-diam ya?"

Prof Marina membebel kearah Kayla apabila assignment Kayla tidak dihantar seperti pelajar lain. Dan sekarang baru dia faham mengapa itu terjadi. Rupanya berkahwin diam-diam budak tu..

Kayla sengih. "Thanks prof.. tapi saya dah kahwin sebulan dah. Prof baru ucap ke?" Tanya Kayla lalu memuncung. Prof Marina menjeling.

"Habistu nak buat mcm mana? Awak yang kahwin masa cuti sem sebulan. Mana sempatnya saya nak jumpa awak. Sudahlah kahwin tak ajak! Pelajar derhaka dia ni.."

Kayla terkekeh ketawa diikuti Danial dan Ika. Ehem. Mereka berdua dah bercinta okay? Ika yang mengorat Danial tapi Danial menolak cinta Ika..

Sampai la satu masa, Ika langsung tak layan Danial. Jangankan bercakap, pandang muka Danial pun dia dah taknak.

Akhirnya Danial memujuk gadis itu sehingga mereka sudah bercinta selama dua minggu sekarang ni..

"Sorry prof hehehehhe.." ujar Kayla dengan sengihannya. Prof Marina hanya mengangguk. "Takpa. Sebagai gantinya awak kena bagi saya cucu fruit. Saya nak tengok juga Kayla junior sama ada nakal atau tak mcm mama dia.."

Apa? Betul la cucu buah kan? Prof Marina ni dah pangkat mak-mak dah tau..

Kayla senyum kelat. Cucu buah? Nak bagi macam mana kalau Ridzwan langsung tidak menyentuhnya. Dah berkali-kali dia menggoda Ridzwan dengan pakaian seksi. Siap dengan lenggok dan suara lembut lagi.

Tapi si Ridzwan selalu mengelak!

Bermacam-macam cara Kayla lakukan agar Ridzwan menyentuhnya dan jadikannya isteri secara zahir dan batin.

Memang la Ridzwan melayannya sebagai isteri. Makan minum dan pakaian Kayla dijaga dengan baik. Dia juga sayang akan Kayla seperti seorang isteri.

Namun Ridzwan gagal dari segi batin. Dia langsung tidak ada niat untuk menyentuh Kayla sedangkan Kayla sudah bersedia untuk menjadi isteri Ridzwan.

Alasan Ridzwan adalah dia takut Kayla mengandung di usia muda. Dia tidak mahu Kayla mengandung semasa mengambil peperiksaan.

Kerana itulah sampai sekarang dia langsung tidak melakukan persetubuhan dengan Kayla. Dia hanya menahan nafsunya sahaja sekarang ini.

Kayla juga ada perasaan. Dia juga inginkan belaian suaminya serta sentuhan suaminya. Benar, Ridzwan sentiasa memeluk serta menciumnya. Tapi Kayla mahukan lebih.

Sebagai seorang isteri, dia juga ingin memberikan haknya pada suaminya. Namun kelihatan Ridzwan langsung tidak bersedia dalam hal itu.

TBC🤍
Nak kena si Ridzwan ni..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now