RIDZ - BAB 46🦋

22.8K 686 55
                                    



RIDZWAN mengerling kearah isterinya yang sedang menonton tv. Dikerling sekilas kearah jam. Pukul 9 malam.

Ini bermakna mereka sudah tidak bercakap hampir 7 jam hari ini. Ridzwan meletakkan gelas diatas meja  lalu mencabut bajunya.

Nak goda isteri ni..

Ridzwan masuk ke ruangan gym sebentar. Dia melakukan sit up serta pull up supaya lengannya makin sasa. Dia sudah lama tidak exercise sebegini.

Kerana Kayla selalu cakap bahawa badan Ridzwan seksi. Jadi, Ridzwan pun terus tak lakukan exercise sebab si isteri dah puji hikhok.

Ridzwan melepaskan pegangan lalu dikerling sekilas kearah cermin panjang. Dia senyum senget melihat dirinya sekarang yang sudah berpeluh. Sixpack makin jelas di badannya.

"Fuh.. harap Kayla tergoda dengan aku.. aku kena guna ayat manis sikit.." ujar Ridzwan lalu mengeluarkan telefonnya.

Kasyaf ada menghantar beberapa ayat romantik serta kepadanya. Maklum lah, Kasyaf tu playboy berjaya. Semestinyalah Ridzwan bergantung kepadanya sekarang..

Berkerut dahi Ridzwan apabila membaca perkataan-perkataan itu. "Serius ah? You're shining tonight. It's makes me wanna eat you right now.. perghh english siak. Bahasa melayu takde ke?" Gumamnya yang sedang menekan-nekan skrin telefon.

Dia senyum lebar apabila Kasyaf menghantarnya ayat-ayat romantik bahasa melayu. "Yeah. Ini baru la Kayla cair.. kalau aku cakap english, tak ke naya je budak tu tanya maksud pula? Tak sweet la nanti.."

Dia tahu Kayla agak kurang dalam english. Kang si Ridzwan cakap yang Kayla ni gorgeous, tak pasal-pasal Kayla fikirkan gorgon nanti. Bukan bleh kira sangat budak cenonet tu..

Ridzwan mula menghafal sedikit ayat. Dia sangat berharap ayatnya tidak tunggang-langgang nanti. Dia meletakkan telefon diatas meja lalu melangkah keluar dari bilik gym.

Dia senyum tipis melihat isterinya yang sedang makan kerepek sambil menonton korea. Ceh. Asyik layan oppa dia je..

Oppa Ridz ni taknak pandang ke?

"Hye.." tegur Ridzwan perlahan lalu duduk rapat ditepi Kayla. Kayla berdecit lalu menjauhkan diri daripada Ridzwan. Ridzwan senyum tipis.

"Tengok cite apa ni?" Tanya Ridzwan sambil merapatkan dirinya ke arah Kayla. Kayla menyimpan keluh. Malas sungguh nk bergerak sekarang..

Orang tengah tengok movie Kim Seon ho yang hampir terlanggar lori kat jalan tau? Jangan kacau konsentrasi orang waktu genting ni please..

"Abang tanya ni.. tengok cite ape ni sayang?" Tanya Ridzwan perlahan lalu merapatkan dadanya ke bahu Kayla. Kayla mendengus lalu berpaling kearah suaminya.

"Boleh tak jangan gang--" ternganga Kayla apabila retina matanya dipenuhi tubuh kekar suaminya yang tidak berbaju. Kayla meneguk liur kesat melihat peluh yang menitik dari kepala sehingga ke dada Ridzwan.

Ridzwan sembunyi senyum. Dah agak dah. Isterinya pasti akan memerhati kearah itu. "Kenapa tengok abang mcm tu? Nak ngap abang ya?"

Tersentak Kayla dibuatnya. Dia menjeling suaminya lalu memutarkan biji mata. "Takde masa. Lebih baik Kayla ngap oppa je daripada ngap abang.." ujar Kayla lalu sambung menonton tv. Tercengang Ridzwan dibuatnya.

Macam tu je respon? Bukan main aku exercise lama tau?!

Ridzwan berdehem lalu memeluk bahu Kayla dari tepi. "Teman abang exercise dekat gym malam ni nak?" Bisiknya lalu mencium sekilas kepala Kayla.

Kayla mengemam bibir. Sedikit sebanyak dia agak tergugat dengan suara macho suaminya. Kayla berdehem.

"Pergi la exercise sorang.. buat apa ajak Kayla?"

"Sebab Kayla jantung abang.. kalau Kayla takde, macam mana abang nak bernafas nanti? Tadi pun abang semput tau bila Kayla takde depan mata. Sekarang ni abang dah bleh bernafas dengan tenang lepas jumpa jantung hati abang ni.."

Ujar Ridzwan sambil mengelus rambut isterinya. Muahahhahah inilah ayat yang dihantar Kasyaf tadi. Siot arr jiwang gila.. bukan jiwa Ridzwan tau jiwang-jiwang mcm ni..

Kayla menunduk. Ehekk sumpah tergugat.. tapi.. masih terasa.

"Tak payah nak bermadah sangat kat sini. Kayla takkan termakan dengan kata-kata abang. Abang pergi la exercise sana. Abang buat hal abang dan Kayla buat hal Kayla." Ujar Kayla lalu menolak dada suaminya untuk menjauhinya.

Uwuuu bidangnya dada abang.. nak geget bleh? Eh.. tapi tengah merajuk.. hmmmmm.

Ridzwan memeluk kembali badan Kayla. Tercengang Kayla dibuatnya apabila peluh Ridzwan melekat di bajunya.

"Oopss.. sayang terkena peluh abang. Kita mandi sama-sama jom? Tak best la melekit mcm ni.." pujuk Ridzwan perlahan. Dia terus menarik tangan isterinya.

Kayla berdecit lalu menepis. "Apa ni? Pergi la mandi sorang. Nanti geli pula kalau Kayla goda.."

Ridzwan menghela nafas perlahan. "Honey.. abang taknak bergaduh malam ni.. bagi abang, cukup la kita bergaduh dalam kereta je. Abang dah taknak gaduh lama-lama.. abang rindu honey.."

Ujar Ridzwan lalu mengusap pipi tembam isterinya. Ingin sekali dia mengemam dan menggomol pipi itu namun keadaan tidak mengizinkan.

"Abang juga yang tak suka perangai Kayla kan?" Tanya Kayla perlahan sambil bermain jarinya. Ridzwan terus menangkap jemari halus itu. Diusap penuh kasih sayang selari mata merenung wajah mendung Kayla.

"Abang minta maaf. Silap abang sebab cakap mcm tu. Abang tak sangka honey merajuk dengan abang smpai mcm ni sekali.. abang minta maaf ya?"

"Minta maaf.. lepastu buat balik. Lepastu buat Kayla sakit hati lagi kan? Lebih baik Kayla elakkan dari awal. Kayla dah taknak dengar kata-kata manis abang.. abang suka sakitkan hati Kayla.." ujar Kayla dengan riak sebek.

Ridzwan senyum tipis lalu mengangkat isterinya untuk duduk diribanya. Terbeliak mata Kayla apabila Ridzwan mengangkatnya seperti gula-gula kapas sahaja.

Sekelip mata dia duduk diatas riba Ridzwan sekarang.

"Dengar sini sayang.. abang janji abang takkan ungkit apa-apa lagi. Dan pasal petang tadi, abang minta maaf juga.. tapi lepasni abang mohon honey minta izin abang dulu. Abang suami honey. Abang perlu tahu kemana, dimana dan dengan siapa honey keluar.."

"Abang nak jadi suami yang terbaik je untuk honey.. boleh?" Kayla mengeluh perlahan lalu bangun dari riba suaminya. Dia merenung sahaja wajah sayu suaminya ketika ini.

"Tak tahu la abang.. Kayla rasa Kayla dah malas nak percaya cakap abang lepasni. Kita menjauh dulu la supaya tidak bergaduh mcm tadi.." ujar Kayla lalu melangkah pergi dari situ.

Ridzwan memejam mata kejap. Dia menyandarkan kepala ke sofa. Dipicit kuat batang hidungnya ketika ini. Entah bagaimana lagi cara untuk memujuk Kayla.

Rajuk Kayla terlalu lama dan terlalu bahaya baginya. Dia harus menjaga kata-katanya selepas ini jika tidak mahu perbalahan seperti ini berulang.

TBC🤍
Ayokk Kayla majuk lama..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now