RIDZ - BAB 57🦋

16.3K 566 8
                                    



"YE mama nanti Ridz nak bawak dia ke klinik jugak ni.. dah tiga hari demam dia tak kebah. Kadang pagi tu dahi dia panas, petang okay. Pastu malam mula panas balik.." ujar Ridzwan yang sedang bercakap telefon dengan ibu mertuanya.

Dia mengerling kearah Kayla yang masih lena diatas katil. Sudah tiga hari dia ambil MC kerana menjaga isterinya itu. Kayla juga sudah ambil cuti di Universitinya.

Sebenarnya dia ingin pergi ke kelas, tapi kepala dia sangat pening. Asyik nak baring saje sekarang. Kayla ada memaksa Ridzwan untuk pergi bekerja kerana tidak mahu menyusahkan suaminya itu namun Ridzwan hanya buat tak endah.

Baginya isterinya lebih penting sekarang. Dia hanya suruh Kasyaf menggantikannya di tempat kerja. Bukan main menggelepar si Kasyaf tu bekerja sekarang sehinggakan tiada masa rehat.

Muahahah padan muka budak tu. Pemalas sangat kan?

"Dia pernah demam mcam ni ke ma?"

'Pernah.. dia tu susah demam. Tapi kalau demam, memang manja la dia. Hampir beberapa hari juga dia baring.. suruh makan ubat tapi taknak. Degil dia tu..'

Ridzwan tergelak perlahan. Betul la tu. Sudah berapa kali Ridzwan menyuruh isterinya itu makan ubat demam namun Kayla selalu menolak.

Jika dipaksa, wanita itu pasti menangis teresak-esak dan akan berkata bahawa suaminya tidak menyayanginya. Pening si Ridzwan ingin melayan karenah isterinya itu. Hampir menjerit Ridzwan dibuatnya namun dia sabar.

Dia harus sabar jika tidak mahu Kayla merajuk dengannya. Sudahlah budak itu rajuknya lama. Bahaya sangat si Kayla ni..

"Takpelah ma.. Ridzwan ajak dia nanti.. risau juga ni demam tak kebah.." ujar Ridzwan lalu menutup telefonnya. Dia berpaling kearah isterinya.

Ridzwan mengeluh perlahan. Pucat sahaja muka Kayla ketika ini. Bibir pun pucat. Pipi pun makin cengkung.. badan pun dah susut.

Mana taknya? Sudahlah kurang makan. Bila dia makan, pasti dia muntah semula.. takut Ridzwan dibuatnya.

Ridzwan menghampiri Kayla lalu menghenyak punggung ditepi Kayla. Dia mengelus perlahan kepala Kayla lalu mencium sekilas dahi isterinya.

Kayla mencelikkan mata apabila merasakan ada seseorang menciumnya. "Abang.." ujarnya dengan suara serak. Ridzwan senyum tipis. "Ye.."

"Abang tak pergi kerja? Kan Kayla dah suruh abang pergi kerja.. dah lama dah abang cuti.. Kayla taknak la abang kena marah nanti sebab Kayla.."

Ridzwan senyum sahaja melihat bibir kecil itu tersebik. Dia mengusap perlahan pipi isterinya itu.

"Takpa.. abang okay.. kita pergi klinik nak? Demam honey tak kebah ni.. risau abang.." ujar Ridzwan dengan dahi berkerut. Kayla terus tersebik lalu menggeleng laju.

"Kayla taknak.."

Ridzwan menyimpan keluh apabila air mata Kayla mula menitis. Dia mengusap perlahan air mata yang menitis di pipi cengkung itu.

"Ok ok.. jangan nangis baby.. abang tanya je.." pujuk Ridzwan perlahan. Kayla mencebik lalu memeluk badan suaminya. Ridzwan membalas pelukan itu lalu mengelus kepala isterinya.

"Panas badan honey ni.." Ridzwan dapat merasakan haba badan Kayla apabila Kayla memeluk erat badannya. Sangat panas badan isterinya ketika ini.

Ridzwan mengeluh perlahan lalu mengambil telefon diatas meja. Dia mula menaip nombor seseorang. "Hello.. kau datang rumah aku jap.. urgent."

"DAH berapa lama bini kau demam?" Tanya kawan Ridzwan merangkap doktor yang bernama Kamil. Ridzwan mengerling kearah isterinya yang sedang memandangnya dengan mata yang layu.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now