RIDZ - BAB 51🦋

23.8K 617 27
                                    




RIDZWAN mengeluh perlahan. Dikerling sekilas cermin pandang belakang. Dilihat sahaja isterinya yang sedang berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka.

Hampir bergaduh mereka tadi apabila Kayla ingin duduk di seat belakang. Merajuk katanya dengan Ridzwan sebab tak pertahankan dia dekat kedai tadi.

Berbuih mulut Ridzwan memujuk Kayla untuk duduk di seat depan. Yela, kalau duk seat depan mudah sikit Ridzwan memujuk Kayla. Boleh sentuh-sentuh dan belai untuk kurangkan kemarahan Kayla.

Tapi sekarang si kecik tu bleh pula berdegil nak duduk belakang. Susah Ridzwan nak pujuk!

"Honey.." panggil Ridzwan perlahan. Kayla hanya memandang kearah luar. Majuk tau majuk.. jangan bercakap dengan kita!

Ridzwan berdehem. "Takkan merajuk lagi dengan abang? Meh la duk depan ni.. seat kosong ni.." ujarnya lalu menepuk seat penumpang bahagian hadapan.

Kayla hanya menghiraukan sahaja. Mata masih setia memandang kearah luar.

Ridzwan menghentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar merah. Dia memandang kearah belakang.

"Sayang.." ujarnya lalu ingin menyentuh paha Kayla. Kayla berdecit lalu mengangkat kakinya untuk menjauh dari tangan Ridzwan.

"Tak payah la. Sibuk je nak cabul orang.." Ridzwan kemam bibir menahan ketawa. Cabul? Alahai suami cabul isteri takpe je kut kan..

"Ala dia ni.. nak sentuh sikit je.. rindu la. Meh la pegang tangan abang.." Kayla menjeling melihat Ridzwan yang sedang tersenyum kearahnya.

"Tak nak! Tak payah pegang orang la.. tadi marah Kayla. Lepastu nak bermanja, cari kita pulak.. nyampah.." Ridzwan senyum. Hampir tercetus tawanya melihat cara isterinya merajuk.

"Abang tak marah la.."

"Tipu. Tadi abang jeling Kayla masa Kayla peluk abang. Nampak sangat tak suka Kayla peluk kan?" Ridzwan senyum sahaja. Tahu sangat perangai mengada isterinya itu. Asyik nak bersentuh kulit saje.

"Bukan tak suka, abang sukaa la.. tapi tadi kan depan orang. Tak manis la berpeluk depan orang.."

Kayla menjeling suaminya. "Kenapa pula? Bukannya kita buat benda tak senonoh pun depan dia. Kayla tak cabul abang pun depan dia kan? Tak salah pun kalau isteri nak peluk suami. Bukannya kita buat persetubuhan depan dia pun.."

Ujarnya lalu bermain dengan jarinya. Ridzwan menggigit bibir. Tergugat pula dengan isterinya itu.

Kenapa makin marah makin seksi?! Kenapa?!!

Ridzwan terus memusingkan badannya kehadapan. Dia mula memandu apabila lampu isyarat bertukar hijau. Tercengang Kayla dibuatnya apabila suaminya hanya memujuknya sampai setakat itu sahaja.

Namun makin berkerut dahi Kayla apabila Ridzwan memandu sedikit laju berbanding tadi. "Abang.. kita nk pergi mana ni?" Tanyanya perlahan. Kerana ini bukan jalan kerumah mereka!

Ridzwan memandu sedikit laju. Langsung tidak dihiraukan pertanyaan isterinya. Kayla kemam bibir.

"Abang marah Kayla ke? Kayla minta maaf la.. abang jangan la pandu mcm ni.. Kayla takut la.."

Ridzwan memusingkan stereng lalu menghentikan keretanya di kawasan parking mall yang agak tertutup. Dia terus menarik handbrake lalu keluar dari keretanya.

Terbeliak mata Kayla. Alamak. Dia nak buang aku kat sini ke? Ottokee! Help!

Ridzwan membuka pintu kereta belakang lalu menutup pintu itu. Dia menolak lembut isterinya ke seat lalu dia menindih Kayla. Terbeliak mata Kayla dibuatnya.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt