RIDZ - BAB 26🦋

19.9K 729 97
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN mengerling sekilas kearah Kayla yang hanya memandang kearah luar tingkap. Agak kekok mereka berdua ketika ini kerana masing-masing hanya diam membisu.

Ridzwan berdehem. "Adik.. petang ni Risha ada ajak datang rumah.. nak buat kek dengan adik katanya. Adik datang tak?"

Kayla mengangguk. "Kayla pergi nanti. Akak Risha dah mesej Kayla semalam."

Ridzwan mengangguk. Dia mengemam bibir. Sangat janggal suasana sekarang. Sebelum ini Kayla banyak bercakap namun sekarang diam pula.

"Adik.. adik masih marah abang? Abang minta maaf.. abang tak lena tidur semalam sebab adik marah abang tau? Biasanya kita tak bergaduh lebih sehari dik.."

Kayla menggeleng. "Tak marah pun.. kecewa je sikit.." gumamnya perlahan. Mata masih memandang kearah luar. Dia langsung tidak memandang Ridzwan kerana dia takut hatinya masih menginginkan lelaki itu.

Dia tidak mahu merampas Ridzwan dari perempuan semalam. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga dalam perhubungan Ridzwan.

Ridzwan menggigit bibir lalu menghentikan keretanya apabila lampu bertukar menjadi merah. Badan dipusingkan menghadap Kayla.

"Adik.. pandang abang sekejap." Ujar Ridzwan lalu menarik dagu Kayla kearahnya. Kayla menghela nafas perlahan lalu berpaling kearah Ridzwan.

Ridzwan senyum kearah Kayla. "Adik betul-betul cintakan abang disebabkan cinta? Atau.. disebabkan abang selalu jaga adik?"

Kayla mengemam bibir. Dia pun tidak tahu yang mana satu. Tapi yang pasti dia menyayangi Ridzwan lebih dari seorang abang dan hatinya amat menginginkan Ridzwan.

Ridzwan senyum tipis lalu menekup kedua pipi Kayla. Kayla terkedip-kedip melihat wajah Ridzwan yang agak rapat dengannya sekarang.

"Look.. cinta ni complicated.. sama ada adik cintakan abang kerana abang selalu mengambil berat pasal adik ataupun adik betul-betul mahukan abang..berbeza kat situ dik.. abang taknak adik salah pilih.."

Kayla mengemam bibir. Hatinya mula membolak-balik apabila Ridzwan mengatakan itu. Hatinya tidak jelas saat ini. Dia cintakan Ridzwan kerana ingin memiliki ke? Atau... hanya cintakan Ridzwan kerana lelaki itu selalu bersamanya?

"Tengok.. adik sendiri confuse kan? Sebab tu abang cakap.. fikir dulu hal ni.. faham? Abang bagi masa dulu untuk adik fikir hal ni.. abang taknak adik buat keputusan terburu-buru.."

Ujar Ridzwan lalu mengelus perlahan pipi Kayla. Dia terus memperbetulkan kedudukannya lalu kembali memandu setelah lampu bertukar ke warna hijau.

Kayla hanya diam. sampai mcm tu sekali ke Ridzwan ingin menolaknya? Ini ke cara halus supaya Kayla mengalah untuk dapatkan cinta Ridzwan?

"Dah sampai.. petang nanti abang ambik adik ok? Kita pergi rumah abi sama-sama.." Kayla mengangguk lalu ingin mencabut tali pinggangnya.

Ridzwan terus menghalang. "Meh abang buat.." ujar Ridzwan lalu membuka tali pinggang untuk Kayla. Diperhatikan sahaja wajah mendung Kayla ketika ini.

Langsung tiada senyuman di wajah itu. Padahal selama ini budak ini sangat ceria dan gembira apabila Ridzwan mendekat dengannya seperti ini.

"Adik.." bisik Ridzwan perlahan dihadapan wajah Kayla. Kayla panggung kepala kearah Ridzwan. Ridzwan senyum lalu mengelus perlahan kepala Kayla.

Ridzwan memerhatikan sahaja bibir Kayla yang kemerahan. Dia meneguk liur kesat melihat bibir itu. Kayla berdehem untuk meneutralkan suaranya.

"Adik akan cuba lupakan cinta adik pada abang.. adik akan cuba untuk cintakan orang lain yang cintakan adik.." tersentak Ridzwan apabila Kayla mengatakan itu.

Mata terus memandang mata berkaca Kayla. Berkerut dahi Ridzwan ketika ini. "Adik.." tergamam Ridzwan dibuatnya apabila Kayla sudah menukarkan cari panggilan kepada 'adik'.

Kayla mengemam bibirnya. "Lepasni abang tak perlu la ambil berat lagi pasal adik.. cukup la sampai sini je.. abang sepatutnya ambil berat pasal kekasih abang.. adik faham.. lagipun adik dah ada along untuk ambik berat pasal adik.. adik taknak berharap pada abang lepasni.. jadi adik mohon..."

Kayla mula mengalirkan air mata. Dia mengetap bibir kuat. "....jauhkan diri abang dari adik.."

Menitis air mata Ridzwan apabila mendengarkan itu. Dia menggeleng perlahan. "No adik... abang taknak mcm tu.." ujarnya dengan suara bergetar.

"Adik taknak jadi orang ketiga dalam perhubungan abang.. adik ni hanyalah orang luar.. bukan mahram pada abang.. jadi kemungkinan kekasih abang akan mudah cemburu nanti.. jadi abang kena stop sampai sini je.."

Ridzwan menggeleng laju lalu melekapkan dahinya ke dahi Kayla. Tersentak Kayla dibuatnya ketika ini. Wajah mereka terlalu rapat. Hampir sahaja bibir mereka bertembung saat ini.

"Jangan macam ni sayang.. abang sayangkan adik.. sayang sangat.. mana mungkin abang akan menjauh dari adik hanya kerana hal ini.. abang taknak mcm tu.. please jangan jauhkan diri dari abang.. abang tak sanggup.." bisik Ridzwan perlahan dihadapan wajah Kayla.

Kayla makin mengalirkan air mata. Dia menolak perlahan dada Ridzwan. Tersentak Ridzwan dibuatnya. Matanya hanya memandang mata berkaca Kayla.

Kayla mengesat kasar air matanya. Dia senyum tipis kearah Ridzwan yang masih menangis. "Adik tetap adik abang.. tapi adik.. takkan melampaui batas lepasni.." ujar Kayla lalu terus membuka pintu kereta. Dia terus berlari memasuki universiti.

Ridzwan menghempas kasar badannya ke seat kereta. Dia memicit tulang hidungnya. "Ya Allah adik.. kenapa buat abang macam ni.." ujarnya dengan suara bergetar.

TING!

Ridzwan berpaling kearah telefon. Dia membuka mesej dari Kasyaf. Berkerut dahinya melihat seorang perempuan serta seorang lelaki yang sedang berpimpin tangan di satu mall.

'Yuhuuu berita panasss. Perempuan kauu keluar dengan jantan lain. Aku dah cakap.. jangan percaya minah sengkek ni. Dia selalu curang belakang kau! Kau taknak caya..'

Ridzwan mengepal tangan melihat gambar itu. "Tak guna punya betina.. bukan main aku setia dengan kau. Mcm ni balasan kau pada aku, Fiona?"

Dia senyum sinis lalu mengesat kasar airmatanya. "Tch. Aku dah ada masalah sekarang, lepastu kau pula tambah masalah aku betina.. Takpa.. aku follow permainan kau.. nak tengok berapa lama kau bertahan.." ujarnya perlahan.

Dia terus menekan punat back lalu melihat wallpaper telefonnya. Dia tersenyum melihat gambar Kayla yang sedang berada ditaman sewaktu mereka mempelajari sejarah.

Dia menangkap gambar gadis itu secara diam lalu dijadikan sebagai wallpaper telefonnya. Jadual Kayla sudah dijadikan wallpaper lockscreen manakala wallpaper home pula diletakkan gambar Kayla.

Entah. Dia pun tidak faham mengapa. Dia langsung tidak meletak gambar Fiona dalam telefonnya. Baginya dia amat tenang melihat wajah Kayla.

Dia mengusap penuh syahdu gambar Kayla. "Kayla.. abang rasa Kayla dah berjaya ambil hati abang.. abang dapat rasa yang cinta Kayla pada abang sangat tulus.. abang pun sayang dan cinta pada Kayla..."

"...dan abang rasa.. ini bukan cinta sebatas abang dan adik.. tapi cinta antara pasangan kekasih yang menginginkan kasih sayang antara satu sama lain.."

"Kayla jangan bimbang.. abang tetap milik Kayla.." ujarnya dengan senyuman lebar.

TBC🤍
Eh eh.. inikah yang dinamakan she fell first but he fell harder?

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now