RIDZ - BAB 36🦋

19.1K 645 86
                                    



TERSENYUM lebar Kayla ketika ini. Dia sedang duduk diatas pelamin. Diperhatikan sahaja bakal suaminya yang sedang menghadap tok kadi serta bapanya yang duduk diatas kerusi.

Tak lekang senyuman Kayla ketika ini apabila sekejap lagi dia akan jadi seorang isteri sah Ridzwan. Ridzwan hanya mengangguk sahaja mendengarkan taklimat daripada tok kadi.

Kayla? Angau dah dia tu. Langsung tak dengar apa-apa yang tok kadi cakap. Nak kena dia ni..

"Weh. Malam ni kau pakai baju seksi ke?" Bisik Ika yang sedang menjadi pengapit Kayla. Kayla senyum gedik lalu mengangguk laju.

"Mestilah.. aku memang dah biasa pakai baju seksi.. malam ni extra seksi laa hehe.." Ika tergelak. Tahu sangat perangai nakal si Kayla ni.. Kayla ni si penggoda dalam diam.

Kasyaf hanya senyum sahaja sepanjang majlis perkahwinan adiknya. Sedang dia mendengar taklimat, dia terkejut apabila kelihatan Fiona yang memakai baju hitam datang ke majlis adiknya.

Kasyaf berdecit. Dia tidak boleh berganjak kerana dia adalah salah seorang saksi untuk perkahwinan adiknya. Dia mengerling kearah Danial lalu memberi isyarat kepada Danial.

Danial mengerling kearah isyarat itu lalu mengangguk. Dia bangun dari duduknya lalu bergerak perlahan kearah Fiona yang sedang berpeluk tubuh di tepi pokok. Masam mencuka sahaja wajah itu.

Danial menghampiri Fiona lalu berpeluk tubuh. "Jangan cari pasal dekat majlis ni." Berkerut dahi Fiona apabila ada seorang jejaka yang tidak dikenali datang memberi amaran kepadanya.

"Excuse me? Nampak mcm i ni pembawa masalah ke?" Danial senyum. "Tengok pakaian kau pun aku dah tahu yang kau akan memberi masalah dalam majlis ni. Dan aku takkan benarkan. Kau pergi dari sini. Aku rasa Ridzwan takde pula jemput kau datang ke majlisnya kan?"

Fiona mendengus. "Yes memang. I ada niat nak kacau majlis diorang. I nak bunuh Kayla. Biar Ridzwan tak boleh kahwin dengan sesiapa. Puas?"

Danial mengetap bibir lalu menggenggam rambut Fiona. Terjerit Fiona dibuatnya. Nasib baik kedudukannya agak jauh sedikit dari pelamin.

"Kau jangan berangan nak bunuh kawan aku. Aku takkan benarkan langsung kau sentuh dia. Jaga jarak kau dengan dia, kalau tak.. aku sendiri yang akan bunuh kau. Jangan cari pasal dengan Kayla. Sebab kalau kau cari pasal dengan dia, itu bermakna kau cari nahas dengan kami."

Ugut Danial lalu merentap pegangannya. Dia menjeling kearah Fiona yang sedang menahan sakit. "Berambus! Kau tak diundang di sini. Jangan sampai aku buat cara kasar. Blah!!"

Tersentak Fiona apabila dijerkah begitu. Dia mendengus lalu berlalu pergi dari situ. Seram. Tak sangka pula si Kayla ni ramai bodyguard..

Danial menghela nafas perlahan. Dia meraup wajahnya. Dia memusingkan tubuh kearah pelamin. Danial senyum tipis. "Aku harap kau bahagia. Tengok kau bahagia pun dah cukup bagi aku Kayla.. kita tak berjodoh tapi kita tetap berkawan sampai bila-bila.. selagi aku bleh jaga kau, aku akan tetap jaga kau.."

Ujarnya dengan senyuman. Rakannya a.k.a ex crush nya itu akan menjadi milik seseorang sebentar lagi. Dan dia hanya menerimanya dengan ikhlas jikalau perkara itu dapat membahagiakan Kayla..

RIDZWAN menarik nafas dan hembus perlahan. Berdebar! Nak nikah ni weh! Screenshot cepatt!! Dia menyambut huluran tok kadi. "Aku terima nikahnya Kayla Hanania binti Khairul Hanafi dengan mas kahwin yang disebut tunai.."

"Sah?"
"Sah"
"Sah?"
"Sah.."

"Alhamdulillah..."

Kayla menunduk dengan air mata yang menitis. Sudah lama dia inginkan perkahwinan ini. Sejak dari zaman sekolah lagi dia ingin berkahwin dengan Ridzwan. Dan dia tidak percaya dia berkahwin di usia muda.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now