RIDZ - BAB 40🦋

23.8K 630 50
                                    



"ASSALAMUALAIKU WAROHMATULLAH.." Ridzwan mengusap mukanya selepas memberi salam sewaktu solat. Dia berpaling ke belakang. Tersenyum dia apabila dia sudah mempunyai makmum pada hari ini.

Ridzwan tergelak melihat Kayla yang memuncung. Dia menghampiri Kayla lalu mencabut songkoknya. Dia menghulurkan tangan dan Kayla terus menyalaminya.

Dicium lama kepala Kayla. Kayla melepaskan tangannya lalu memuncung sahaja memandang Ridzwan. Ridzwan menekup kedua pipi Kayla lalu mencium dahi, kedua-dua pipi serta bibir seketika cuma.

Berkerut dahi Ridzwan apabila Kayla masih monyok. "Kenapa ni? Masam je muka honey pagi ni.. takde mood ke?" Tanyanya selari mengusap pipi Kayla.

Kayla menghela nafas perlahan lalu memeluk badan Ridzwan. Terkejut Ridzwan dibuatnya apabila tubuh gebu Kayla menerpa ke tubuhnya. Ridzwan senyum lalu menggosok perlahan belakang badan isterinya.

"Kayla sedih.. semalam Kayla pakai baju nak goda abang.. tapi Kayla bleh pula tertidur dalam bilik air. Huwaaa tak sukaa.. susah-susah je Kayla simpan baju ni untuk abang tapi Kayla tertidur pula.."

Ridzwan ketawa apabila Kayla merengek didadanya. Dia mengelus perlahan kepala Kayla yang ditutupi telekung.

"Ololo sebab tu ke? Ala takpa.. hari lain ada.." Kayla melonggarkan pelukan lalu mendongak kearah suaminya. Dia tercebik.

"Tapi tak sama dengan malam pertama.. Kayla nak buat surprise untuk abang tapi tak jadi pula.. Kayla cuai.." Kayla mula memuncung dihadapan wajah Ridzwan.

Ridzwan tergelak apabila melihat wajah kekanakan isterinya. Kayla amat cantik bertelekung begini. Dengan muka sembabnya lagi sebab masih pagi ahahhah cute!

Ridzwan mencium sekilas bibir muncung itu. Tersenyum Kayla dibuatnya. Yeayy dapat banyak ciuman dari abang hari ni..

"Ok takpa.. harini dating nak? Abang cuti hari ni.." Kayla sengih lalu mengangguk. "Nakk.. Kayla pun cuti laa. Kayla cuti sem. Nasib baik abang pandai pilih tarikh.."

Ridzwan senyum. "Mestilah.. abang pilih masa honey cuti. Mana boleh pilih ikut suka je.." Kayla senyum lalu mengangguk.

"Abang.." Ridzwan mengelus perlahan kepala Kayla. "Yes honey?"

Kayla menggigit bibir. "Nak mandi bersama tak pagi ni? Kayla nak mandi dengan abang.." bisik Kayla perlahan.

Ridzwan tergelak perlahan. Dia mencuit sedikit hujung Kayla. "Nakal.. suka menempel dengan abang kan? Tak boleh berenggang langsung dengan abang dia ni.."

Kayla sengih. "Hehe mestilah.. kalau bleh Kayla nak abang sentiasa ada dengan Kayla siang dan malam.. jom laa abang kita mandi.. semalam terbantut sebab kawan Kayla. Harini tak terbantut dah. Jom jom.."

Ajak Kayla lalu menarik tangan suaminya untuk bangun. Ridzwan tergelak namun dia bangun juga mengikuti langkah isterinya.

"Taknak cabut telekung dulu ke sayang?" Kayla senyum lalu berhenti mendadak. Dia mendongak kearah suaminya yang sedang menunduk kearahnya.

"Abang tolong la cabutkan.. tangan Kayla pendek.. tak sampai la nak cabutkan.." Ridzwan menjeling. "Alasan kan?" Kayla sengih sahaja.

Ridzwan menggeleng dengan senyuman. Dia mula mencabut telekung isterinya. Dia melipat dan diletakkan diatas ampaian. Dia meneguk liur kesat apabila isterinya masih memakai baju semalam.

Bergelora juga nafsunya yang satu itu apabila Kayla begitu menggodanya sekarang. Kayla kulum senyum lalu menarik tangan suaminya kearahnya.

Dia berjalan mengundur untuk masuk ke dalam bilik air. "Jom la ikut Kayla.. abang nak Kayla tak?"

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu