RIDZ - BAB 31🦋

20.4K 676 75
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"HAA maksiat! Aku baru je tinggal adik aku sekejap, kau dah ambik kesempatan eh?!"

Kayla terus menolak dada Ridzwan menjauhinya manakala Ridzwan pula berdehem. Kayla mengemaskan rambutnya manakala Ridzwan tersenyum kearah Kasyaf.

"Eh Syaf.. lambat kau sampai. Tadi kata nk main PS? Jom aa.." ujar Ridzwan dengan tergagap. Kasyaf menjeling lalu berdecit.

"Yelah kejap. Ni kau tolong aku letak barang kat dapur.." ujar Kasyaf lalu berjalan kearah dapur. "Kurang ajar betul si Risha ni suruh aku beli barang-barang ni. Apahal tetamu pula yang kena beli?!" Bebel Kasyaf yang menonong kearah dapur.

Ridzwan bangun dari duduknya. Namun terbantut langkahnya apabila ada satu tangan lembut menggenggam tangannya.

Kayla berdiri lalu menghampiri Ridzwan. "Abang masih marah Kayla lagi ke?" Bisiknya perlahan. Ridzwan senyum lalu membalas genggaman Kayla.

"Tak marah dah.. abang tak sanggup la nak marah Kayla lama-lama. Nanti rindu mcm mana?" Tanyanya seumpama berbisik. Kayla tersenyum lebar sahaja.

Ridzwan senyum lalu mengelus perlahan kepala Kayla. "Duk sini jap. Abang nk tolong Kasyaf.." Kayla senyum lalu mengangguk. "Okay abang!" Dia terus melepaskan pegangan tangan.

Ridzwan senyum lalu mencium sekilas dahi Kayla. Terbeliak mata Kayla dibuatnya. Ridzwan sengih lalu melangkah kearah dapur.

Kayla pula terjelumpuk duduk diatas sofa. Tangan diletak di dada kirinya. "Mama.. jantung Kayla nak tercabut sebab abang.. eee abang gatal.." ujar Kayla dengan senyuman.

Dia terus menyentuh dahinya. "Bibir abang hangat la.. Kayla suka.." ujarnya sambil mengusap dahinya yang masih merasakan kehangatan bibir Ridzwan.

Ahak! Gedik kamu ya.. anak Encik Khairul ni memang gedik eh?

KAYLA tersenyum seorang diri didalam bilik. Entah mengapa namun perasaannya mengatakan bahawa Ridzwan sedang merindukannya saat ini ahak! Gedik betul ko ni budak tecik..

Dia bergolek-golek diatas katil ketika ini. "Hmm abang buat apa eh masa ni? Kalau Kayla call, abang marah tak?" Tanyanya perlahan.

Kayla mengemam bibir. "Call jelah.." ujarnya lalu menelefon Ridzwan.

'The Number You Have Dialed is Not in Service. Please ca--'

"Alaa abang sibuk ke.." ujarnya lalu menutup telefonnya. Dia terus menyembamkan kepala keatas bantal.

"Tch.. takpelah. Jumpa esok jela." Kayla ni gf yang memahami tau.. eh gf? Sejak bila pula declare ni? Perasan je si Kayla ni..

Terjaga Kayla dari tidurnya apabila bunyi telefonnya menandakan ada seseorang menelefon. Dia terus mencelikkan mata lalu mengambil telefonnya.

Terbeliak matanya apabila Ridzwan sedang menelefonnya melalui video call. Dikerling sekilas kearah jam.

"5:30 am.. nak kejut aku subuh ke apa? Dahlah rambut aku kusut sekarang. Aih tak bleh jadi.. kena bercakap dalam gelap lah."

Ujarnya lalu duduk dari baringnya. Dia menyandar di kepala katil lalu berdehem untuk meneutralkan suara. Dia terus menekan punat hijau.

"Abang.." ujarnya perlahan. Berkerut dahi Ridzwan. "Aik? Mana muka Kayla? Kenapa gelap? Tak bangun subuh eh?"

Kayla mengemam bibir. Kalau dia ckap, takpe ke eh? "Kayla period abang.."

Ridzwan sengih lalu mengangguk. "Lupa pula tarikh harini Kayla period. Sorry.." Kayla senyum lalu menggeleng. "Takpa.." namun beberapa saat kemudian, berkerut dahinya apabila melihat wajah Ridzwan yang membengkak seumpama dipukul oleh orang.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now