RIDZ - BAB 7🦋

16.6K 741 40
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"ADIK dah beritahu keluarga adik ke yang kita keluar bersama ni?" tanya Ridzwan yang sedang makan jagung manis.

Mereka sedang berada diatas tikar di tepi laut. Puan Fariha dan Encik Rafeeq membeli makanan manakala Risha bermain air. Macam budakk-budak sahaja si Risha gangster itu.

Kayla mengangguk. "Ha'ah.. Kayla dah bagitau mama tadi. Lepas je Kayla sebut nama abang, terus mama izinkan. Biasanya mama susah bagi Kayla keluar tau.."

Puan Hanis amat menjaga anak gadisnya itu. Kalau boleh, dia tidak mahu Kayla keluar dengan sembarangan orang. Dia hanya memberi izin Kayla keluar hanya bersama Ridzwan dan Ika sahaja.

Tapi jika keluar bersama Ika, Puan Hanis akan bertanya ingin kemana dan pulang pukul berapa. Namun bila sebut nama Ridzwan, wanita itu langsung tidak tanya semua soalan itu.

Kerana dia amat percayakan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu pandai menjaga anaknya. Mereka pernah keluar bersama. Setiap masa mata Ridzwan akan fokus kearah Kayla tanpa berkedip. Dia sentiasa menjaga Kayla dalam diam.

Ridzwan tergelak perlahan. "Oo kalau sebut nama abang terus lulus eh?" Kayla senyum dan mengangguk lalu matanya memandang kearah jagung manis yang dipegang Ridzwan.

Ridzwan mengerling sekilas kearah jagung manisnya. "Adik nak? Abang tak habis juga ni sebab abang tak suka manis. Kita kongsi la eh?" Kayla mengangguk laju.

Baru sahaja dia ingin mengambil jagung manis itu, namun Ridzwan menghalang. Berkerut kejap dahi Kayla. Tadi kata nak kongsi.. Tapi kenapa halang ni? Eee buruk siku abang ni..

"Abang suap. Tadi adik dah suap abang. Ni abang balas balik.." ujarnya lalu mengambil satu sudu jagung manis lalu dihulurkan ke mulut Kayla.

Kayla senyum dan menyambut suapan itu. "Aumm sedapnyaa. Rasa dia lagi sedap sebab abang suap." gumam Kayla sambil mengunyah. Ridzwan gelak perlahan.

Dia terus mencedok jagung manis itu lalu disuap ke dalam mulutnya sendiri. Tercengang Kayla apabila Ridzwan makan jagung itu menggunakan sudu yang sama atau lebih formal, memakan menggunakan sudu bekas bibirnya.

Makin berona merah wajahnya apabila mereka kiss inderect. Kayla senyum malu lalu menunduk.
"Kenapa? Adik demam ke? Muka adik merah.." ujar Ridzwan lalu mendongakkan wajah Kayla.

Kayla menggeleng laju. "Tak.. mungkin sebab cuaca kot.." Ridzwan hanya mengangguk. Diperhatikan sahaja wajah Kayla. Tangannya yang berada di dagu Kayla terus naik ke pipi gadis itu.

Diusap lembut pipi gebu itu. Terkejut Kayla dengan sentuhan Ridzwan. "Tembam la pipi adik ni.. Dah macam kuih mochi kat pasar tadi dah.." terkekeh Kayla ketawa. "Eee nak cakap Kayla gemuk la tu.."

Ridzwan tersengih lalu menarik semula tangannya. "Alah gemuk pun comel apa.. Abang suka yang gemuk dan tembam. Nampak cute."

Makin bersinar mata Kayla. Abang suka yang gemuk? Ok balik nanti Kayla makan banyak-banyak ok.. Nak suruh mama buat kek coklat banyak-banyak la nanti..

"Kayla! Jom lah mandi!" teriak Risha dari jauh. Kayla sengih lalu berdiri. Namun terhenti langkahnya apabila ada satu tangan kekar yang memegang tangannya.

Ridzwan menggeleng. "No. adik tak pandai berenang. Nanti lemas macam mana?" Kayla senyum. "Takpa..Kayla tak mandi jauh pun la. Kayla duk tepi tu je.."

Ridzwan mengerling sekilas kearah laut pantai lalu kembali memandang Kayla. "Nanti baju basah macam mana?" tanya Ridzwan dengan riak tegang. Kalau lelaki lain nampak bentuk badan Kayla macam mana? No!

Kayla senyum lalu mengusap perlahan tangan Ridzwan. "Kayla celup kaki je kat situ.. Janji tak mandi." ujarnya lalu menunjukkan jari kelingkingnya kearah Ridzwan.

Ridzwan mengeluh perlahan lalu menyatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Kayla. "Jangan main jauh sangat.. Celup kaki je."

Kayla mengangguk laju. Bertabah sahajalah dapat orang sekeliling yang amat menjaganya seperti Ridzwan.

"Pwomisee. Bye abang!" ujar Kayla seraya melepaskan jari kelingkingnya. Ridzwan mencekak pinggang lalu menggeleng sahaja melihat Kayla yang berlari tergopoh-gopoh.

"Kalau jatuh mcm mana?" gumamnya perlahan. Dan bukk!

Kayla terjatuh diatas pasir. Terbeliak mata Ridzwan. "Adik!" baru sahaja dia ingin melangkah namun Kayla menghalang. Kayla bangun dan sengih.

"Hehe takde ape la abang.. Sikit je ni.." ujarnya lalu mengibas seluarnya yang dipenuhi pasir. "Akak! Tunggu Kayla!" jerit Kayla lalu melangkah laju kearah Risha.

Ridzwan tergelak perlahan. "Macam-macam la budak tecik comel ni.."

TBC🤍
Dia mari dengan suap-suap sobat..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now