RIDZ - BAB 9🦋

15.9K 681 10
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN menggelengkan kepala selepas melihat skrin telefonnya. Dia terus meletakkan telefon diatas meja. Dia sedang berada di tempat kerjanya sekarang.

"Wehh lunch jom!" ujar Kasyaf lalu merangkul bahu kawannya itu. "Hmm kau pergi la dlu. Nanti-nanti la aku pergi."

Berkerut dahi Kasyaf. Mereka bekerja di syarikat yang sama namun Kasyaf pekerja di blok lain. Kasyaf duduk ditepi Ridzwan.

"Kau pahal? Stress sebab kerja?" Ridzwan menggeleng. "Sikit je stress. Migrain aku datang balik ni.." ujar Ridzwan lalu memicit kepala. Dia memang selalu meghadapi migrain jika terlampau berfikir.

Kasyaf sudah bimbang akan keadaan kawannya itu. "Kau MC jelah separuh hari..muka kau dah pucat tu.." Ridzwan memejam mata kejap lalu menyandarkan kepala di penyandar kerusi.

"Aku tak larat la nak balik.." Kasyaf memuncungkan mulutnya. "Aku hantar kau balik rumah kau la.. Dah pucat sangat dah kau ni." Ridzwan menggeleng. "Takde sape kat rumah aku. Mak ayah aku pun keluar. Kalau aku balik pun takde sape gak jaga aku.."

Baru sahaja Kasyaf ingin melontarkan perkataan namun terbantut percakapannya apabila nada dering telefonnya berbunyi. Dia terus menyeluk tangan ke dalam poket. Berkerut dahinya apabila Kayla menelefonnya.

"Kayla?" gumamnya perlahan. Terus tercelik mata Ridzwan apabila Kasyaf menyebut nama itu.

"Hello adik.."

'Alongg ambik adik pleasee. Prof cakap class cancel laa tengahhari ni. Sambung kol 3 petang pulak. Bosan la adik kalau duk sini 3 jam..'

Kasyaf berdecit. "Duk jelah situ. Along malas la nk hantar ambik adik berulang kali." Ridzwan terus menyepak kaki Kasyaf. Terjerit Kasyaf dibuatnya.

"Ambik jela dia. Bleh dia jaga aku kat rumah mama nanti.." Kasyaf berdecit. "Kejap along ambik adik. Duk dekat perhenti– aw apani Ridz?!" terkejut dirinya apabila Ridzwan meluku kepalanya.

"Kat pagar. Bukan dekat bus stop."

Kasyaf mengeluh kasar. "Haa yelah. Sayang sangat adik dia tu.."

Ridzwan senyum kemenangan. "Adik tunggu dekat pagar. Along otw."

'Ok along! Btw abang Ridz ada kat situ ke? Tadi adik dengar suara dia..'

"Ah takde. Kau mimpi siang hari je dik. Takde abang Ridz kau kat sini." ujarnya lalu menjeling kearah Ridzwan yang sedang sengih.

"Jom. aku ambik adik aku dlu lepastu aku hantar korang kerumah mama aku. Mama aku ada kat rumah sekarang.." ujarnya selepas menutup panggilan telefon tadi.

Dia bangun lalu merangkul bahu Ridzwan. "Kau boleh bangun tak?" Ridzwan berdecit lalu menepis tangan Kasyaf. "Kau ingat aku dah nazak ke smpai nak pegang bagai? Aku bleh jalan la.."

Kasyaf tergelak. "Eleh. nanti kau rebah, aku tak angkat tau? Badan kau berat macam badak."

Terkekeh ketawa mereka berdua saat ini.

Baru sahaja Ridzwan ingin melangkah, namun dia hampir rebah. Nasib baik sempat berpaut di kerusi.

"Haa aku dah ckap. Orang tua mcm kau ni memang degil kan?" marah Kasyaf lalu merangkul bahu rakannya.

Ridzwan tergelak dengan mata terpejam. "Kau pun tua gak. Kau lupa ke umur kau 27 tahun ni?"

"Shit jangan sebut la umur aku tu! Aku babyface takpa. Kau tu muka matang sampai orang ingatkan kau 50 tahun tau?"

"Celaka kau. Muka aku maskulin la bukannya tua!" jerit Ridzwan lalu meluku kepala Kasyaf.

Tergelak Kasyaf dibuatnya.

Wajah Kasyaf lebih muda dari usia kerana dia sedikit cerah berbanding kulit Ridzwan yang sedikit tan.

Kasyaf cute manakala Ridzwan macho. Rawr gitu.

"Kereta aku mcm mana?"

"Nanti aku suruh kawan aku hantarkan."

"Ok sir. Nanti aku belanja gula-gula."

"Siot! Aku dah besar la!"

TBC🤍
Wiwowiwoo Nurse Kayla on the wayyy

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu