RIDZ - BAB 29🦋

19.1K 653 41
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

MEMUNCUNG sahaja bibir Kayla ketika ini. Dia sedang berpeluk tubuh didalam kereta. Dia menjeling kearah Kasyaf yang sedang memandu.

"Kenapa along yang ambik adik? Abang Ridz mana?" Tanyanya dengan dahi berkerut. Geram! Orang nak jumpa abang Ridz la! Orang nk goda dia. Tapi along pula yang sibuk ganggu orang..

Kasyaf senyum senget. Bukannya dia tidak tahu bahawa adiknya sangat tidak puas hati sekarang.

"Aik? Cari dia buat apa? Bukan ke adik juga yang suruh dia menjauh dari adik kan? So Ridz pun menjauh la.." ujar Kasyaf lalu tersenyum senget.

Kayla memuncung. "Adik gurau je.. takkan la abang Ridz terus jauhkan diri dari adik? Dia taknak pujuk adik ke?"

Kasyaf mencebik. "Apa kau ingat si Ridzwan tu tak penat ke nak layan perangai mengada kau ni dik? Dia pun ada kerja jugak.. bukannya 24 jam nak hadap kau.."

Kayla mendengus lalu berpaling kearah luar tingkap. Dia mula mencebik. Abang dah taknak pada Kayla ya? Sampai hati.. cepatnya abang mengundurkan diri padahal Kayla gurau je pagi tadi..

Err bukan gurau tapi terlepas cakap sebab tengah marah.. lepasni kalau Kayla bercakap masa tengah marah, please jangan percaya k? Sebab tu bukan Kayla tapi cetan.

Kasyaf senyum lalu menggeleng. Danial sedang bertungkus lumus menutup bekas luka dibibir Ridzwan. Sehingga sekarang masih tidak berjaya. Itu yang Kasyaf tolong ambilkan Kayla tu..

KAYLA tersenyum kearah Puan Fariha lalu dia terus memeluk Puan Fariha. Tersenyum lebar Puan Fariha dibuatnya. "Lambatnyaa Kayla datang.. kesian umi tunggu Kayla tau?"

Kayla sengih lalu melepaskan pelukan. "Hee sorry umi.. kelas dilanjutkan tadi. Itu yang Kayla lewat sikit.."

Puan Fariha senyum lalu mengelus perlahan rambut ikal mayang Kayla. "Alah takpa.. Kayla pergi la gazebo. Risha dah merajuk tu.."

Kayla tergelak. "Ok ok.. abi dah balik ke umi? Sebab Kayla nampak ada kereta abi kat luar tadi.."

Puan Fariha mengangguk. Ha'ah Encik Rafeeq pulang sedikit awal.. katanya ingin bercakap sedikit dengan Kayla.. entah apa yang nak dicakap tu..

"Kayla pergi dekat kak Risha dulu tau. Umi jangan rindu Kayla pula. Byee mmmuahh." Ujar Kayla lalu mencium lama pipi Puan Fariha. Tergelak Puan Fariha dibuatnya.

"Ish budak ni.. yelah. Pergi sana shuh shuh.." ujar Puan Fariha lalu menolak perlahan badan Kayla. Kayla terkekeh ketawa.

Kayla berjalan menghampiri Risha yang sedang menjeling kearahnya. Dia terus memeluk belakang badan Risha. "Alaa akak sorry la. Kayla terlewat sikit.. akak marahkan abang Syaf.. dia yang lewat ambik Kayla.." ujar Kayla lalu melepaskan pelukan.

Dia terus menghenyak punggung diatas kerusi hadapan Risha. Risha memuncung. "Yelaa akak maafkan. Lepasni jangan buat lagi tau? Akak ingat ke Kayla dah bencikan akak sebab Ridzwan.."

Kayla sengih lalu menggeleng. "Mana ada lah.. Kayla sayang akak. Takkan la Kayla nak menjauh dari akak sebab abang Ridz pulak kan?"

Risha senyum tipis. Dia amat sukakan sikap Kayla. "Ambik la makan kek tu. Umi bru je siap bakar tadi." Ujar Risha selari menolak pinggan kearah Kayla.

Bersinar mata Kayla ketika ini. "Wahh kek coklat! Kayla sukaaa.." teriak Kayla lalu mula menikmati kek coklat itu. Terpejam matanya menikmati kek coklat itu.

"Hmm shedappnyaaa..." mesti gemuk lepasni. Pastu mesti abang Ridz suka kan sebab abang Ridz minat yang chubby.. yeayyy..

Risha tergelak sahaja. "Macam mana hubungan Kayla dengan Ridzwan? Masih dingin lagi ke?"

Kayla memperlahankan kunyahannya. Dia senyum tipis. "Ha'ah.. tapi akak jangan risau.. Kayla akan bangkit.. kalau kena reject, Kayla tetap juga akan kejar abang Ridzwan. Itu janji Kayla pada akak okay?" Ujar Kayla lalu menggenggam tangan kecilnya itu.

Risha tergelak. "Bagus. Itu yang akak nak.. Kayla cepat-cepat la ambik Ridzwan dari perempuan munafik tu.. akak tak suka la dia.." ujar Risha lalu mencebik.

Dia bencikan Fiona. Bukan dia sahaja namun Puan Fariha pun membenci gadis itu. Dan Encik Rafeeq juga tidak gemar akan Fiona. Eleh. Encik Rafeeq tu semua pun dia tak gemar.

Sebab dia susah percayakan orang. Peguam memang mcm tu la kot..

Kayla tergelak sahaja. "Apa nama dia kak? Cantik orangnya.. feminine je Kayla tengok.."

Risha menjulingkan matanya. "Nama dia Fiona. Memang la cantik tapi perangai hauk. Entah mcm mana Ridzwan bleh jatuh cinta pada perempuan tak cukup kain tu.."

Kayla senyum tipis. Mesti ada juga kebaikan yang Fiona buat sehinggakan Ridzwan jatuh cinta pada gadis itu kan?

Risha berdehem. "Tapi Kayla jangan risau.. antara Kayla dengan Fiona, akak lebih prefer Kayla jadi kakak ipar akak. Walaupun kedengaran agak pelik, tapi akak tetap jugak nak Kayla jadi isteri Ridzwan."

Kayla ketawa. Isteri? Hekhek.. Kayla dah sedia hekhek..

"Kayla.. dah lama ke sampai?" Kayla dan Risha terus panggung kepala kearah suara garau itu. Kayla senyum kearah Encik Rafeeq. "Ha'ah abi.. Kayla baru je sampai ni.." ujar Kayla lalu bangun dari duduknya.

Haruslah beradab. Bakal bapa mertua ahak!

Risha hanya diam. masih terasa dengan bapanya yang menyokong Ridzwan reject Kayla sebelum ini.

Encik Rafeeq senyum tipis lalu mengangguk. Dia terus berpaling kearah anak bongsunya. "Risha.. tinggalkan abi dengan Kayla sekejap bleh?"

Kayla mula berpeluh. Haa? Apadia? Nak interview apa ni? Huwaaa tachod..

Risha memuncung lalu bangun dari duduknya. Dia menjeling abinya. Dia merapati Encik Rafeeq lalu membisikkan sesuatu. "Abi jangan cakap yang bukan-bukan pada Kayla.. kalau Risha dapat tahu Kayla menangis sebab abi, Risha taknak kawan dengan abi lepasni. Takde sape dah nak teman abi tengok running man. Hmph!"

Ujar Risha lalu masuk kedalam rumah. Tergelak Encik Rafeeq dibuatnya. Aih nakal betul anak bongsunya itu..

Encik Rafeeq terus duduk diatas gazebo. "Duduk la Kayla.. kenapa berdiri tegak mcm tu? Dah mcm nak nyanyi lagu Negaraku dah.." ujar Encik Rafeeq lalu tergelak.

Kayla tersengih lalu duduk diatas kerusi. Sopan sahaja cara duduknya ketika ini.

Encik Rafeeq senyum tipis. "Abi dah sedia maklum tentang luahan Kayla pada Ridzwan.."

Kayla mengemam bibir. Malu la pula aih.. dah mcm perempuan meminang lelaki pulak sekarang ahak!

"Betul ke Kayla inginkan anak abi tu?" Kayla senyum lalu mengangguk.

Encik Rafeeq senyum tipis. "Dah fikir masak-masak?"

"Ya abi.. Kayla memang cintakan abang Ridz.." Encik Rafeeq mengangguk. Dia menarik nafas dan hembus perlahan.

"Abi tak suka kalau korang lanjutkan hubungan percintaan. Abi tak setuju."

Mati senyuman Kayla. Kayla terus menunduk. Ini maknanya.. Encik Rafeeq tak beri restu ke? Kayla.. ditolak oleh bapa Ridzwan?

TBC🤍
Oloo.. abe Nial mana.. getback dengan Kayla jom..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now