RIDZ - BAB 27🦋

19.2K 656 31
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

TERJUNGKIT kening Ika melihat wajah monyok rakannya yang sedang meletakkan kepala diatas meja. Dia terus menyenggol bahu Danial. Tersentak Danial dibuatnya.

Dia berdecit. "Kenapa kau ni? Tengok.. habis terconteng nota aku.." ujar Danial dengan jelingan. Ika tersengih.

"Tuu kau tengok crush kau tu.. kenapa monyok je dia tu?" Danial terus mengalihkan pandangan kearah Kayla. Dia menjungkit bahu. "Tak tahu.." ujarnya lalu sambung menulis.

Berkerut dahi Ika. "Kau kenapa? Dah move on ke?" Danial senyum tipis. "Hidup kena teruskan. Dia dah cintakan orang lain. Aku kena la move on.. tak semua yang aku nak aku akan dapat.." ujar Danial dengan senyuman.

Dia taknak lebih. Dia hanya ingin melihat Kayla bahagia sahaja. Itu sahaja matlamat hidupnya.

Ika berdecit lalu menarik tangan Danial. "Weh kau nk gi ane ni?" Tanya Danial namun kaki mengikuti langkah Ika.

Ika terus menghenyak punggung diatas kerusi dihadapan Kayla diikuti Danial. Ika berdehem sedikit.

Berkerut dahinya apabila Kayla hanya diam sahaja. "Ehem ehem.." Ika berpura-pura batuk namun Kayla masih diam.

"Dah mampus ke budak ni?" Ujarnya perlahan. Danial berdecit lalu menjentik dahi Ika. Berdesis gadis itu dibuatnya.

Danial berdehem. "Kayla.. kau okay? Mcm mana semalam? Dia terima kau tak?"

Kayla mencebik lalu mengangkat kepalanya. Terbeliak mata Ika dan Danial apabila melihat wajah sembab Kayla. Sudahlah comot dengan air mata pula tu.

"Kayla..kau.." ujar Ika dengan suara tersekat. Kayla mengangguk.

Dia menarik hingus sekejap. "Dia reject aku.." Ika menghela nafas perlahan. Dia bangun dari duduknya lalu duduk ditepi Kayla. Dia terus merangkul bahu Kayla dari tepi.

Kayla mula menangis lalu menyembamkan muka ke ceruk leher Ika. "Dia.. dah ada orang lain.. dia.. taknak aku..." ujarnya dengan suara tersekat-sekat.

Danial mula mengepal tangan mendengarkan itu. Dia berdecit apabila seseorang yang dicintai Kayla telah menyakitkan hati Kayla.

"Shh.." pujuk Ika lalu mengelus perlahan kepala Kayla. Dah macam pujuk anak kucing pula..

"Ika.. bagitau aku tempat kerja Ridzwan.." bisik Danial perlahan. Ika mengeluh lalu mengangguk. Dia terus memberitahu tempat kerja Ridzwan kepada Danial.

Dari mana dia tahu? Dia terbaca diari Kayla haritu muahahhah. Semua pasal Ridzwan ada dalam diari Kayla.

Danial mengangguk lalu mengambil kunci motornya. Dia terus keluar dari kelas. Lantak lah dikenakan dimerit pun. Kayla lagi penting sekarang ni!

"Aku tak cantik ke? Aku... aku tak sesuai dengan dia?" Tanya Kayla dengan esakannya. Sudah tidak hairan dengan pelajar lain yang memerhatikannya sekarang.

Ika menggeleng. "No la.. kadang-kadang lelaki ni cinta tapi dia ego untuk memberitahu melalui perkataan.. jadi, dia memilih untuk menjaga kau melalui perbuatan. Macam Ridzwan la.. dia jaga kau mcm menatang minyak yang penuh kan?"

Pujuk Ika perlahan. Kayla mengangguk. "Tapi.. dia dah ada orang lain.. dan orang lain tu lebih matang dari aku.. sebab tu la kot abang Ridz lebih memilih dia dari aku.. aku ni budak je bagi abang Ridz.."

Ika menggeleng. "Shh.. Kayla yang aku kenal tak mcm ni la.. masih awal la untuk kau putus asa mcm ni.." ujar Ika selari menggosok lengan Kayla.

Esakkan Kayla mula terhenti. Dia panggung kepala kearah Ika. Sempat dia mengesat air matanya yang berada di pipi. "Apa maksud kau terlalu awal untuk putus asa?"

Ika menjungkit bahu. "Kau perempuan.. kau goda la dia sehingga dia rasa kau betul-betul nak kat dia.."

Kayla berkerut lalu menggeleng. "Taknak.. aku taknak jadi penyondol.." Ika tergelak.

"Kau jangan bimbang la.. takde istilah menyondol kalau setakat bercinta tanpa ikatan yang sah.. lagipun betul ke Ridzwan cintakan perempuan tu? Kau ada dengar Ridzwan sebut nama dia depan kau ke?"

Kayla menggeleng. Takde. Ridzwan langsung tidak menceritakan hal itu pada dia. Abi,umi dan Risha pun tak pernah sebut hal itu. Nama perempuan semalam pun Kayla tidak tahu.

Jadi.. perempuan tu langsung tak penting la dalam hidup abang Ridz ya?

Tersenyum lebar Kayla ketika ini. Tergelak Ika melihat wajah Kayla yang senyum dengan air mata.

"Betul ke weh mcm tu? Jadi perempuan tu tak penting dalam hidup abang?" Ika senyum lalu mengangguk.

"Kalau dia penting, dah lama Ridzwan bawa dia jumpa kau untuk lepak-lepak.. tapi takde pun kan? Nampak sangat Ridzwan mcm nak taknak je dekat perempuan tu.."

Kayla senyum lebar. "Wehh nak la.. cancel balik la ayat aku pada abang tadi.." dahi Ika berkerut. "Kau cakap apa pada dia?"

Kayla memuncung lalu menunduk. "Aku suruh dia jauhkan diri dari aku.. aku cakap aku akan cintakan orang yang cintakan aku.."

"Choii! Tak percaya aku! Kau tu bukannya bleh berenggang dengan dia pun. Pastu kau nk cuba cintakan orang lain? Aku rasa mustahil... memang mustahil.." ujar Ika lalu menggeleng.

Si Kayla ni nak jatuh cinta pada orang lain? Simpang 44 la. Budak ni langsung tak layan orang yang nak mengorat dia. Dia cinta mati pada Ridzwan okay..

Kayla senyum mewek. "Yes! Aku taknak putus asa! Dah lama kot aku simpan perasaan. Takkan la sebab kena reject terus blah kan? No no itu bukan Kayla.." ujar Kayla lalu menggeleng disertakan jari telunjuk bergoyang.

Tergelak Ika dibuatnya. "Yeah! Mcm ni la yang kita nak! Girl's power!" Jerit mereka berdua lalu memeluk antara satu sama lain.

"Ehem. Nak berkasih sayang sila keluar ya Miss Hanania dan Miss Ika." Kayla dan Ika terus melepaskan pelukan lalu berpaling kearah suara itu.

Mereka tersengih melihat Prof Marina yang sedang mencekak pinggang. "Hehe sorry prof.." ujar Kayla lalu memperbetulkan kedudukannya.

Ika pula sengih lalu berlari-lari anak kearah mejanya. Prof Marina hanya menjeling. Dia menjeling sekilas kearah meja kosong di tepi Ika.

"Mr Danial mana? Takkan ponteng lagi?!" Bergema jeritan prof Marina ketika ini.

"Alamak.." gumam Ika lalu menggigit bibir.. dia lupa pula dengan si Danial. "Psst Danial mana?" Bisik Kayla kearah Ika.

Ika sengih sahaja. Mampus la mampus! Danial tu bukan bleh kira. Konfirm sekarang dia serang si Ridzwan!

Huwaaaa macam mana ni?! Menyesal pula bagi lokasi tempat kerja pada Danial tadi!

TBC🤍
Haa sudah. Danial dah siap nak pergi berperang dah tu.. pandai sngat sakiti hati crush dia kan? Padah.

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now