RIDZ - BAB 8🦋

16.2K 701 17
                                    

VOTE AND COMMENT❤️


KAYLA tersenyum sambil menulis diarinya. Dia menceritakan semua yang berlaku di pantai tadi didalam jurnalnya.

Terkekeh dia ketawa apabila teringatkan riak wajah tegang Ridzwan apabila mendapat tahu seluarnya hampir basah hingga paras paha. Teringat pula kata-kata dari Ridzwan tadi.

'Degil! Sebab ni abang taknak percayakan adik.'

'Memang suka buat abang risau kan?'

'Kalau lemas tadi macam mana?'

Kayla menggeleng dengan senyuman. Agak susah juga memujuk Ridzwan tadi. Tapi tidak mengapa. Ini Kayla. Semestinyalah dia memujuk dengan suara manjanya sehingga Ridzwan mengalah dengannya tadi. Ahak! Mudah sahaja ingin mengurangkan kegusaran Ridzwan.

Terhenti tawanya apabila nada dering telefonnya berbunyi. Dia senyum tipis apabila nama Danial naik di skrin telefonnya.

"Yes bos? Kau nak apa call aku? Jangan cakap kau nak tiru kerja aku eh.."

'Hahahha bodo la. Takde laa. Kau buat apa sekarang?'

"Aku? Aku tengah tengok kucing berak ni. Nak join sekali?"

'Jilake Kayla! Hahaha penat aku ketawa siot.'

Kayla tersenyum sahaja. "Taklah. Aku tengah tulis diari aku. Asal?"

'Diari? Pasal apa? Pasal aku eh?'

Kayla mencebik. "Tak kuasa aku. Kalau aku tulis cerita pasal kau, sampai bila-bila pun tak habis."

'Cehh. kau ada kat rumah ke sekarang?'

Kayla berkerut lalu mengerling kearah jam dinding. "Ha'ah la.. Ni kan dah malam. Aku duk rumah je la. Why?"

'Keluar jap.'

"Huh? Kenapa?"

'Aku ada depan pagar rumah kau.'

Terbeliak mata Kayla. Dia terus berlari kearah tingkap. Dia mengintai dibawahnya. Kelihatan Danial melambainya diatas motor. Kayla ketawa.

"Kejap. Ish kenapa datang tak bagitau? Kalau aku dah tidur tadi mcm mana?" tanyanya selari memakai cardigan. Kena pakai! Sebab baju tidurnya tersangat seksi dan rawr.. Kayla terus melangkah menuruni tangga.

"Adik nak pergi mana ni?" tanya Puan Hanis yang baru sahaja ingin menaiki tangga. Kayla senyum kearah ibunya.

"Kawan adik ada kat luar. Dia nak jumpa adik jap." Puan Hanis berkerut lalu menjinjitkan kakinya ke arah luar rumahnya.

"Siapa? Lelaki ke perempuan? Kenapa nak jumpa malam-malam ni?"

Kayla memuncung. Ibunya itu terlalu protective seperti abe Ridzwan.

"Kawan adik lelaki.. Dia nak jumpa kejap je. Nak cakap pasal assignment katanya.." itu sahaja alasan yang relevan ketika ini.

Puan Hanis berkerut. "Bincang dalam group whatsapp tak boleh ke? Atau bincang dekat kolej ke.. Ni dah smpai jumpa malam-malam mcm ni tak elok la dik.."

Kayla mengangguk. "Adik tahu tapi sumpah adik ckap kejap je. Adik tak buka pun pagar nnti. Janji.." ujar Kayla lalu mengangkat sumpahnya.

Puan Hanis mengeluh lalu mengangguk. "2 minutes. Lepastu masuk. Tak elok lelaki dan perempuan berduaan malam-malam. Malu lah dengan jiran-jiran nanti."

Kayla mengangguk. "Alright ma'am." Puan Hanis mengangguk. Diperhatikan sahaja anak daranya itu melangkah ke luar pintu.

Puan Hanis langsung tidak memberi kelonggaran untuk anaknya itu keluar rumah di malam hari. Ridzwan juga tidak pernah mengajak Kayla keluar bila waktu malam. Tak manis katanya. Sebab itulah Puan Hanis amat percayakan lelaki itu kerana lelaki itu menjaga batas.

Cis batas la sangat. Ridzwan sentuh Kayla tu takpa pula..

"Sorry weh. Ada roadblock tadi." ujar Kayla lalu dia berdiri didalam pagar dihadapan Danial. Danial senyum tipis.

"Takpa. Salah aku jugak jumpa kau masa mcm ni. Mesti mak kau marah kan?"

Kayla menggeleng menidakkan. "Dia tak marah. Dia cuma tanya je tadi.. Kau nak apa datang sini?"

Danial terus mengambil plastik didalam raga motornya. "Nah. aku pergi seven e area sini tadi. Bila aku tengok aiskrim walls tu aku teringat pula pada kau. Ambik la.. Aku tak makan aiskrim." tipu. Dia sengaja datang kesini agar berjumpa Kayla. Ini idea Ika la ni..

Kayla senyum lebar lalu menyambut huluran itu. Dia tersengih melihat ada beberapa bekas aiskrim kesukaanya didalam plastik.

"Wehh thank you! Banyak gila kau beli.. Rasa bersalah pulak aku.." Kayla tersebik dihadapan Danial.

Danial tergelak. "Takde apelah. Lagipun aku kan banyak duit? Itu yang aku share dengan kau tu.." Kayla menjeling.

"Berlagak kan?" Danial ketawa kuat.

"Adik! Masuk! Dah malam ni!" jerit Puan Hanis dari dalam. Kayla mengemam bibir. Terlupa pula akan arahan ibunya tadi.

"Weh takpelah. Aku masuk dlu tau? Esok kita jumpa.. Aku belanja kau lunch esok okay?" tanya Kayla lalu mengenyit mata.

Danial tergelak. "Ok esok aku claim." Kayla senyum sahaja. "Dahlah. Bercakap dengan kau ni smpai bila pun tak habis. Bye Assalamualaikum! Jangan lupa mimpi aku!"

Jerit Kayla lalu masuk kedalam rumahnya. Danial senyum dan menjawab salam dalam hati. Dia menyentuh dada kirinya.

Berdegup laju jantungnya apabila Kayla mengenyit mata kearahnya tadi. "Parah kau Nial.. makin jatuh cinta pula kat dia.." gumam Danial lalu mendongak kearah bilik Kayla.

TBC🤍

Aip Danial behave naa...

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now