RIDZ - BAB 5🦋

18K 701 14
                                    


"DENGAR tak apa yang abang cerita tadi?" tanya Ridzwan lalu panggung kepala kearah Kayla. Mereka berada di taman berdekatan rumah Ridzwan kerana petang nanti mereka ingin keluar sekeluarga.

"Hah?" ujar Kayla dengan riak bingung. Yang sebenarnya dia tidak fokus pun dengan apa yang diceritakan oleh Ridzwan. Dia hanya fokus kearah wajah lelaki itu sahaja..

"Ish mesti mengelamun lagi kan?" Kayla sengih tak bersalah apabila Ridzwan menjeling kearahnya. "Alaa sorry abang. Pagi memang low sikit.."

"Eleh alasan la tu. Mesti sebab adik bosan dengan sejarah kan?" Kayla mengangguk laju. "Kayla tak faham kenapa abang minat sangat sejarah. Cuba abang cerita pada Kayla, kenapa abang pandai dan minat sngat dengan sejarah?"

Ridzwan senyum lalu meletakkan buku sejarah diatas meja. Matanya fokus kearah Kayla. "Abang pun tak minat sejarah. Abang bukan suka sangat membaca. Tapi, dalam SPM kena lulus sejarah untuk dapatkan sijil kan?"

Kayla mengangguk laju. Dia masih ingat lagi bahawa dia dapat C dalam sejarah. Cukup-cukup makan sahaja. Itu pun kerana belajar dari Ridzwan. Padahal selama ni asyik failed saja. Demi nak dapatkan sijil, dia berusaha bersungguh-sungguh.

"Jadi, abang pun cuba untuk belajar tentang sejarah. Mula-mula abang malas juga sebab penceritaan dia sangat panjang untuk satu bab. Tapi abang semat dalam kepala yang abang kena belajar bersungguh-sungguh supaya abang dapat sijil dan dalam masa yang sama, abang nak score A dalam semua matapelajaran. Abang nak dalam sijil abang semua A. Abang taknak ada yang terkecuali."

Ridzwan sangat bijak dalam pelajaran. Semua matapelajaran dia mendapat score A kecuali sejarah. Namun, untuk membanggakan diri sndiri serta keluarga, dia sanggup belajar siang malam untuk memenuhi impiannya.

Kayla mengangguk faham. Ridzwan sentiasa memberikan nasihat kepadanya.

"Jadi.. untuk dapatkan sesuatu, kita kena usaha lah kan abang?"

Ridzwan mengangguk. "Yap. Adik nak apa dalam hidup adik?" Kayla senyum. Readers sudah sedia maklum Kayla nak apa kan? Ahak! Gatal Kayla ni..

"Kayla nak jadi journalism yang berjaya.. Kayla nak terbitkan beberapa novel yang Kayla karang. Kayla nak semua orang baca kisah dalam novel Kayla kerana itu akan membuatkan Kayla puas hati.."

Ridzwan senyum dan mengangguk. "Good. jangan jadi macam abang. Ambil jurusan lain tapi kerja jurusan lain.." Ridzwan ketawa perlahan.

Dia pernah belajar tentang perakaunan kerana dia meminati mengira. Namun dia tidak boleh menahan stress yang menguasai diri apabila mempelajari jurusan itu.

Jadi, dia bertekad untuk mempelajari bisnes sahaja. Antara akauntan dengan bisnessman, baginya bisnes lagi mudah kerana akauntan memerlukan mental yang kuat. Silibus akaun lagi susah berbanding silibus perniagaan.

"Alah takpa.. Abang masuk juga dalam jurusan perniagaan kan? Kira termasuk jugalah dengan apa yang abang belajar.."

Ridzwan senyum sahaja. "Pujuk abang eh?" Kayla tersengih. "Sikit la.. Abang selalu pujuk Kayla. Kali ni Kayla la pula pujuk abang.."

Ridzwan senyum sahaja. "Ingat pesan abang tadi. Kalau nak dapatkan apa yang adik nak, adik kena usaha semaksima mungkin.."

Kayla mengangguk lalu memanggil Ridzwan untuk mendekatinya. Ridzwan berkerut namun kepalanya terus mendekati Kayla.

"Jadi, kalau Kayla nakkan seseorang, Kayla kena usaha la kan?" bisik Kayla di tepi telinga Ridzwan. Ridzwan berkerut lalu menjauhi mukanya. "Seseorang? Adik jatuh cinta dengan kawan U adik ke?"

Kayla sengih. "Err tu rahsia la.. Mana boleh bagitau abang.." ujar Kayla lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Ridzwan mengangguk lalu berpeluk tubuh. Diperhatikan sahaja wajah gadis muda dihadapannya ini sambil berpeluk tubuh.

"Adik masih berumur 20 tahun tau? Bagi abang, terlalu awal la dik untuk bercinta.. Mungkin sekarang hanya cinta monyet je. Adik tunggu la umur 25 tahun, masa tu adik akan jumpa cinta sejati.."

Kayla senyum kelat. Tapi masa tu abang dah 32 tahun. Hmmm.

"Habistu abang dah jumpa cinta sejati?" tanya Kayla perlahan. Ridzwan senyum sahaja. "Berkemas lah. Kita pergi picnic dengan keluarga abang. Diorang dah tanya tu mana adik. Rindu sangat la tu.."

Kayla tersengih lalu mengemaskan barangan diatas meja. "Ok ok jom abang. Kayla rindu umi,abi dan kak Risha.." ujar Kayla lalu melangkah meninggalkan Ridzwan.

Ridzwan senyum dan menggeleng melihat celoteh gadis itu. "Adik! Jangan berlari atas jalan raya!" jeritnya kearah Kayla.

Kayla terkekeh ketawa. "Tau la! Ingat orang budak kecik kee.."

TBC🤍

I tahu rahsia you Kayla. Nak i cakap tak dekat abe Ridz u?

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now