RIDZ - BAB 43🦋

21.4K 679 38
                                    



"FUHH gila ramai customer harini. Pening kepala aku." Ujar Kasyaf lalu menghenyak punggung di tepi Ridzwan yang masih menaip.

Ridzwan menjeling sekilas kearah kawannya yang tersangat 'penat' itu.

"Bersyukurlah ramai customer. Kalau takde customer, kau nk makan apa? Pasir?" Tanya Ridzwan mendatar. Dia tengah serius ni! Jangan kacau!

Kasyaf mencebik. "Garang sangat kau ni. Sesuai jadi bapak-bapak dah.." Ridzwan senyum sahaja mendengarkan itu.

Kasyaf memerhati rakannya yang amat sibuk itu. "Kau tak makan tengahhari dengan Kayla ke harini?"

Biasanya asyik menempel aje dua orang tu. Ridzwan akan bergegas pergi ke U Kayla untuk mengajaknya makan tengahhari. Setiap hari rutin mereka seperti itu.

Ridzwan menggeleng. "Nope. Aku dah bagitau Kayla yang aku ada kerja sikit. Dia minta izin keluar dengan Ika tadi.." Kasyaf mengangguk sahaja.

Kasyaf senyum senget. "Weh. Bila kau nak bagi aku anak buah? Bosan do duk sorang-sorang kat rumah. Selama ni aku bleh buli Kayla. Lepas korang dah pindah rumah ni, jadi bosan pulak aku.."

Ridzwan menjeling. "Eleh. Time dia ada, kau buli dia kan? Haa rasakan. Aku dah culik adik kau untuk jadikan dia hak aku.." ujar Ridzwan lalu senyum senget.

Kasyaf menjulingkan matanya. "Gatal kau ni. Konfirm si Kayla mengandung awal kalau kau gatal mcm ni.." Ridzwan gelak perlahan.

"Nak mengandung apanya, aku tak sentuh dia lagi.." terbeliak mata Kasyaf. "What?! Kau tak sentu--"

"Shhh diam lah!" Bisik Ridzwan sambil menekup mulut Kasyaf. Kasyaf menepuk tangan Ridzwan apabila dia tidak boleh bernafas.

Ridzwan melepaskan tekupan lalu mengesat tapak tangannya ke baju Kasyaf.

"Penuh air liur kau.." Kasyaf menjeling. "Eleh. Kalau air liur Kayla, kau tak geli pula?"

Ridzwan senyum. "Tak. Aku suka yang dia punya. Yang kau aku jijik sikit." Kasyaf berdecit.

"Serius lah? Aku tak percaya kau tak sentuh adik aku lagi?" Ridzwan berkerut. "Ha'ah. Apa yang peliknya?"

Kasyaf menggeleng. "Tak baik kau ni. Atau.. Kayla yang tak bersedia?" Pelik. Takkanlah si Kayla tu tak bersedia sedangkan dia yang terhegeh-hegeh pada Ridzwan?

Ridzwan senyum tipis. Dia menyandar ke kerusinya. "Bukannya dia tak bersedia. Tapi aku yang tak bersedia.."

Berkerut dahi Kasyaf. "Kenapa? Adik aku tak goda kau ke? Sumpah aku terkejut. Korang dah kahwin sebulan. Takkan la kau langsung tak bernafsu untuk sentuh dia?"

Ridzwan senyum kelat. "Aku tergoda dengan dia.. dia memang pandai menggoda.. nafsu aku memang terjentik bila dia mula menggoda aku.. tapi aku.."

Ridzwan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kasyaf menjeling. "Tapi kau apa? Gay?"

Ridzwan berdecit. "Celaka kau ni. Nauzubillah la weh.." Kasyaf tergelak. "Habistu? Lambat sangat cakap apahal?"

Ridzwan berdehem. "Aku... taknak sentuh dia lagi masa dia belajar ni.."

"Habistu kau nak tunggu dia kerja dlu? Weh lambat lagi wehh. Entah berapa tahun lagi dia kena belajar dekat U sana.." Kasyaf menggeleng. Bleh pula dia tahan nafsu mcm tu.. habistu takkan nak tahan bertahun-tahun kut?

Ridzwan mengangguk. "Aku tak tahu lagi.. tapi yang pasti aku taknak la dia mengandung masa masuk dewan peperiksaan nanti.. lagi pula dia.. masih budak bagi aku.."

Kasyaf tercengang. "What?" Ujarnya separa bisik. Apahal si Ridzwan ni.. tahulah si Kayla tu kecik dan pendek.. tapi takkan la masih anggap budak?

Ridzwan mengangguk. "Ha'ah.. aku masih anggap dia budak. Sebab tu aku tak sampai hati nak sentuh dia lagi.. aku masih berjaga-jaga.."

"Sebab tu la abang langsung tak tergoda dengan Kayla?" Ridzwan dan Kasyaf terus berpaling kearah suara yang bergetar itu. Terbeliak mata mereka apabila melihat Kayla yang berdiri tegak dengan mata berkaca.

Kayla ingin memberi kejutan kepada suaminya. Kerana itulah dia datang ke tempat kerja suaminya untuk makan disini bersamanya. Dia tidak sanggup membiarkan Ridzwan menahan kelaparan disebabkan kerja.

Namun pedih hatinya apabila Ridzwan berbicara seperti itu tadi. Remuk hati seorang isteri apabila suami masih menganggap si isteri seperti kanak-kanak.

Ridzwan bangun dari duduknya lalu meneguk liur kesat apabila melihat Kayla merenungnya dengan renungan yang tidak bleh ditafsir. Air mata Kayla menitis laju tanpa berhenti.

Ridzwan menggeleng perlahan lalu melangkah kearah isterinya. Kasyaf hanya membiarkan. Biar padan muka si Ridzwan tu.

"Honey.." seru Ridzwan lalu tangan ingin melelar tangan isterinya namun Kayla menepis. Kayla merenung mata suaminya yang sedang merenung kearahnya.

"Kayla budak ya bagi abang?" Ridzwan mengemam bibir sahaja. Dia tahu Kayla terasa kerana itulah dia tidak pernah beritahu hal ini kepada Kayla.

Ridzwan berdehem. "Honey.. abang cu--"

"Kayla tak layak ya jadi seorang isteri untuk abang?" Ridzwan menggeleng laju. "No.. honey layak. Honey je layak jadi isteri abang.. tapi maksud abang tadi, honey masih muda.. abang nak bagi honey masa.."

Kayla mengetap bibir. Dibiarkan sahaja air mata mengalir laju. Dia terasa. Sangat terasa dengan percakapan suaminya tadi.

"Sampai bila? Kayla dah cakap yang Kayla dah bersedia. Setiap hari malah setiap masa Kayla goda abang tapi abang langsung tak pandang Kayla sebagai seorang isteri? Jadi Kayla ni apa? Hanya badut je ke bagi abang?"

Ridzwan menggeleng lalu memegang kedua bahu Kayla. "No.. bukan. Kayla isteri abang.. abang cuma taknak k--"

"Fine. Abang taknak ada isteri budak kan? Nak isteri yang matang mcm abang je kan? Baik. Lepasni Kayla dah taknak goda abang sebab bagi abang Kayla hanyalah budak-budak yang langsung tak seksi untuk abang.."

Riak Ridzwan mula mendung. Bukan itu maksudnya namun Kayla sudah salah faham dalam hal ini.

"Bukan sayang... bukan mcm tu.. abang.."

Kayla menggeleng. "Abang taknak sentuh Kayla sangat kan? Lepas ni Kayla sendiri yang menjauh dari abang. Kayla takkan seksi untuk abang. Tak sangka pula semuanya hanya sia-sia. Kayla beli baju untuk goda suami tapi suami hanya pandang Kayla sebagai kanak-kanak yang tak matang je.."

Ridzwan mula menitiskan air mata. Dia sayu apabila perkataan itu terbit dari mulut isterinya.

Ridzwan menekup kedua pipi Kayla. "Tak sayang.. Kayla tetap isteri abang.. Abang anggap Kayla isteri abang.. cuma abang taknak sentuh Kayla se--"

"Sebab Kayla masih budak? Bagi abang Kayla hanya budak bawah umur? Macam tu ke?" Ridzwan menggeleng laju.

Kayla menolak  kasar badan Ridzwan. Diperhatikan sahaja wajah suaminya yang merenungnya sekarang. Kayla mengesat kasar air matanya.

Dia mengangguk perlahan. "Thanks bagitau Kayla hal ni. Kalau tak, mesti Kayla asyik goda abang seumpama badut yang buat kelakar bagi abang. Kalau Kayla tahu dari awal, Kayla takkan goda abang sampai abang rimas mcm ni."

Ujar Kayla lalu melangkah pergi dari situ. "Honey!" Jerit Ridzwan namun Kayla hanya melangkah laju dari situ.

Ridzwan mendengus lalu menyebak kasar rambutnya. Dia berdecit. Dia kecewa dengan dirinya apatah lagi dia baru sahaja menyakiti hati isterinya sebentar tadi.

Kasyaf mengeluh perlahan. Dia menepuk bahu kawannya. "Pujuk la Kayla tu secepat mungkin.. takut dia makan hati dengan ucapan kau tadi.."

Ridzwan mengangguk sahaja. Dia memejam mata erat. Terusik hatinya melihat Kayla yang menangis tidak henti kerananya tadi..

TBC🤍
Nak kena hempuk si Ridzwan ni..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now