RIDZ - BAB 25🦋

20.2K 731 102
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

KAYLA hanya menjeling sahaja telefonnya. Sejak semalam telefonnya itu berbunyi shingga ke harini. Dia terus mengendahkan panggilan serta mesej tersebut.

Dia sedang menyikat rambut dihadapan cermin solek. Diperhatikan sahaja matanya. Sembab sahaja matanya sekarang.

Mungkin kerana kesan menangis smalam kot? Semalaman dia menangis apabila Ridzwan menolak cintanya mentah-mentah.

Dia tidak kisah jika Ridzwan menolak cintanya kerana tidak bersedia untuk bercinta. Dia tidak akan paksa.

Namun dia sangat kecewa sekarang apabila Ridzwan menolaknya kerana Ridzwan sudah mempunyai orang lain dalam diam. jadi.. siapakah dia selama ini dihati Ridzwan.? Hanya sekadar adik sahaja ke?

Kayla mengeluh perlahan lalu meletakkan sikat diatas meja. Sempat dia mengerling kearah jam tangannya yang sama seperti yang diberikan kepada Ridzwan.

Dia mengambil jam itu lalu dimasukkan ke dalam laci. Dia baru sahaja berhajat ingin memakai hari ini sebagai tanda dia bercinta bersama Ridzwan.

Namun itu hanya angan-angan semata. Perkara itu tidak akan terjadi diantara Ridzwan dan dirinya kerana Ridzwan adalah kepuyaan orang lain.

Kayla bangun dari duduknya lalu mengambil tote bag nya. Sempat dia menekan silent untuk telefonnya. Ridzwan langsung tidak berputus asa menelefonnya.

Kayla keluar dari biliknya. Mendung sahaja wajahnya harini. Terus hilang serinya padahal sebelum ni dia sangat ceria setiap pagi.

Berkerut dahinya apabila melihat Kasyaf yang sedang berbaring diatas sofa dengan cool fever diatas dahi.

"Along! Along kenapa? Kenapa tak bersiap lagi? Sape nak hantar adik ni?" Tanya Kayla lalu mencuit sedikit kaki Kasyaf.

Kasyaf mencelikkan matanya. Dia berdehem lalu buat-buat batuk. "Along tak larat la dik.. along demam ni.. adik pergi dengan orang lain la eh?"

Berkerut dahi Kayla. "Orang lain? Siap--"

"Assalamualaikum.." Kayla terus panggung kepala kearah suara itu. Kasyaf sembunyi senyum. Ini adalah rancangan Ridzwan. Kasyaf akan buat-buat demam lalu menyuruh Ridzwan datang kesini.

Mereka sudah merancang dari smalam lagi. Puan Hanis pun termasuk juga dalam rancangan ni. Bukan main dia halau suaminya untuk pergi ke pejabat cepat-cepat sebab bimbang Kayla menyuruh papanya untuk menghantarnya.

Nakal betul 3 orang ni..

"Waalai uhuk uhuk kumsalam.." jawab Kasyaf yang hampir mampus. Berlakon la kau..

Kayla menghela nafas perlahan. "Err Syaf.. mana surat mc kau? Aku nak hantar pada boss kita ni.." ujar Ridzwan lalu memandang kearah Kayla yang memandang kearah lain.

Dia harus berlakon sebegitu supaya Kayla tidak lari darinya.

"Ada uhuk uhuk.. dalam dompet aku.. uhuk uhuk.." ujar Kasyaf tersekat-sekat. Over betul dia berlakon..

Ridzwan mengangguk lalu membuka beg Kasyaf. Dia mengambil satu kertas dari beg itu. Bukan mc sangat pun. Kertas kosong je. Acah betul..

"Oh ya.. alang-alang kau ada sini, bleh tak kau hantar Kayla ke U? Aku tak larat nak hantar dia.." Ridzwan mengangguk. Harap berjaya la..

"Boleh.. adik jom ikut ab--"

"Takpa. Kayla naik teksi." Ujar Kayla lalu melintasi Ridzwan. Tercengang Ridzwan dibuatnya.

"Wei kejar la dia bodo! Penat la aku berlakon nak mmpus mcm ni kalau rancangan hancur!" Jerit Kasyaf dalam keadaan berbisik.

Ridzwan mengangguk lalu mengejar langkah kecik Kayla. Kasyaf menggeleng. Itu pun nak kena ajar?

"Haa sudah berlakonnya tu. Pergi kerja sana." Ujar Puan Hanis yang sedang memegang senduk. Kasyaf berdecit. "Ala.. kalau mc betul-betul tak bleh ke mama?"

"No! Asyik nak cuti aje. Pergi kerja sana! Mama taknak tengok anak mama pemalas." Kasyaf mendengus.

"Yela yela. Mama ni tak sportrim la.." ujarnya lalu melangkah kearah biliknya. Nak tukar baju lerr..

Puan Hanis menggeleng. "Bertuah punya budak.. sportify la bukan sportrim.. apa punya anak la tak pandai speaking.."

Keturunan ko la tu.

"Adik.." ujar Ridzwan lalu melelar tangan Kayla. Ridzwan senyum apabila Kayla berhenti melangkah. Ridzwan terus menunjukkan tangan kirinya kearah Kayla.

"Tengok ni abang pakai apa.." ujar Ridzwan lalu tersenyum. Kayla hanya menayangkan riak datar. "Lepastu?"

Ridzwan senyum kelat. Garang naw.

"Tepi la.. Kayla dah lewat nak pergi U." Ujar Kayla lalu melintasi Ridzwan. Ridzwan terus menarik tangan Kayla sekali lagi.

"Nak pergi dengan sape?" Tanyanya perlahan. "Teksi."

"No abang tak izinkan.. abang tak--"

"Abang bukannya suami Kayla pun. Apa hak abang nak halang Kayla untuk pergi kemana-mana sendirian?" Terhenti percakapan Ridzwan.

"Memang.. tapi abang cuma nak jaga keselamatan adik.. tu je adik.. pergi dengan abang eh?"

Kayla gelak sinis. "Takperlu la nak ambik berat pasal Kayla. Cukup la abang ambik berat pada girlfriend abang je. Kayla taknak simpan harapan mcm sebelum ni."

Ridzwan meneguk liur kesat apabila melihat perubahan ketara Kayla. Padahal sebelum ni Kayla amat manja dan gedik dengannya. Tapi sekarang? Nak pandang dia pun mcm nak taknak sahaja.

"Adik.. tak kisah la abang ada gf atau tak, adik tetap bawah tanggungjawab abang. Abang taknak terjadi apa-apa pada adik.. tu je sayang.."

Kayla menghela nafas perlahan. Dia amat lemah jika Ridzwan memanggilnya sayang.

"Ok.. kalau mcm tu Kayla call Danial untuk ambik Kayla." Kata Kayla lalu mengeluarkan telefonnya. Ridzwan berdecit. Asyik asyik Danial!

Dia terus merampas kasar telefon Kayla. Berkerut dahi Kayla apabila telefonnya terlepas dari pegangannya.

"Abang!"

"Masuk." Ujar Ridzwan tanpa senyuman.

"Kayla taknak! Abang takde hak paksa Kayla!" Jerit Kayla tanpa sengaja. Ridzwan mendengus lalu mencempung badan Kayla.

Terbeliak mata Kayla. "Abang!" Jeritnya lalu menepuk dada Ridzwan.

"Degil adik ni.. abang kena buat cara kasar la.." ujar Ridzwan lalu membuka pintu seat penumpang. Dia terus meletakkan Kayla ke dalam kereta.

Tersentak Kayla apabila wajah Ridzwan terlalu dekat dengannya sekarang. Ridzwan sedang memakaikan tali pinggang untuknya.

"Kalini abang yang pakaikan.. sebab hanya abang yang tahu cara penggunaan seatbelt ni.." bisik Ridzwan dihadapan wajah Kayla. Kayla mengerdip mata lambat apabila mata Ridzwan sedang merenung matanya.

Ridzwan senyum tipis lalu mencium skilas kepala Kayla. Dia terus mengundurkan badan ke belakang lalu menutup pintu kereta.

Terbeliak mata Kayla apabila pertama kali Ridzwan mencium kepalanya. Selama ini usap sahaja. Tapi sekarang cium?! Huwaaa sukaaaaaa.

Ehh. Cover sikit..

Ridzwan senyum. Dia menyentuh dada kirinya. Aih begini ke perasaan jatuh cinta? Dia senyum lebar.

Sempat dia mengerling kearah rumah Kayla sebelum membuka pintu pemandu. Tersentak dia apabila Kasyaf sedang memerhatinya dari tingkat atas.

'Aku perhatikan kau Ridz.'

Ridzwan berdehem apabila Kasyaf memberikan isyarat itu padanya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Aih.. tersasul tadi.. niat nak usap kepala Kayla tapi tercium pula.

Kayla pula tak menolak. Jadi bukan salah siapa-siapa lah kan? Ahak!

TBC🤍
Ko makin gatal Ridz.. tachod pula

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now