RIDZ - BAB 60🦋

16.9K 533 21
                                    



KASYAF menjeling kearah seorang lelaki yang sedang tersengih kearahnya sekarang ini. Dia menjulingkan matanya lalu menghenyak kasar punggung ke kerusi.

"Apasal datang sini? Aku takde mood tau nak membawang dengan kau. Dahlah skandal aku takde kat kedai harini. Bapak aku pulak piak aku tadi. Sekarang kau nak ajak aku buat dosa pula ke Danial?"

Danial terkekeh ketawa. Baru je sampai dah kena bebel hmmm..

"Alahh bang.. aku datang ni nak claim yang Ridzwan cakap haritu.. dia kata aku bleh test market motor kat sini kan? Haa sebab tu aku datang ni bang.."

Kasyaf berdecit lalu meneguk air bandungnya. Pagi-pagi lagi dah hadap ais. Apa nak jadi la..

"Ahh takde. Skandal aku tu takde harini. Dia pergi kedai motor berhampiran U kau sana. Harini dia tak teman aku bergosip."

Benci! Takde mood tau kalau takde Ridzwan?! Kalau tak, bleh la dia mengutuk Kayla depan Ridzwan. Dia suka bila Ridzwan memarahinya ketika dia mengutuk Kayla dihadapan Ridzwan muahahhaha.

Bukan main marah lagi si Ridzwan apabila sentuh tentang bini dia. Sensitif betul dia tu..

Danial tergelak. "Oo scandal abang Ridzwan la eh? Cakap la betul-betul.. pelik juga tadi. Macam mana nak ada skandal kalau kekasih pun takde kan?" Ujar Danial lalu tersenyum senget.

Kasyaf menjeling. "Kau kurang ajar kan budak? Konon-konon kau ada awek, bukan main kau bangga sakan. Aku potong burung kau untuk kali kedua nak?"

Terbeliak mata Danial. Dia terus menutup bawahnya dengan bantal. Kasyaf tergelak. "Tau takut.." Danial menggeleng perlahan.

Abang si Kayla ni aci redah je kalau bercakap.. takde censor langsung. Dia langsung tak endahkan sekelilingnya.

"Ni, apahal kau datang sini? Ponteng kelas ke apa? Baru nak masuk lunch ni.." ujar Kasyaf lalu mengerling jam tangannya.

Baru pukul 12:30 tengahhari. Ini bermakna si budak Danial ni keluar awal la?

Danial tersengih. "Ha'ah aku ponteng.. tak best subjek pagi ni sebab tu aku ponteng.."

Kasyaf menggeleng. "Lahanat punya student. Perangai kau ni sepeseng je macam aku dulu. Suka ponteng kelas muahahhaha." Ujar Kasyaf lalu tergelak kuat.

Danial menjulingkan matanya. Nak start la tu membongak..

Ting!

Danial terus menyeluk tangan ke dalam poket apabila kedengaran ada mesej masuk. Terjungkit keningnya apabila Ika menghantar gambar mereka berdua sedang bercinta.

Danial tersengih melihat gambar itu. Sempat dia zoom gambar Ika bersendirian. "Comel.."

Kasyaf menjeling. "Haa yelah. Memang dunia ni milik korang. Ambik la semua ambik!"

Danial terkekeh ketawa. Dia masih scroll gambar yang dihantar oleh Ika. Tersenyum dia melihat gambar Ika, Kayla, Danial dan Farhan yang sedang lepak di kantin sekolah.

Kasyaf menjeling. Tak suka la tengok sengih mcm tu! Kena intai ni.. kot-kot lah si Danial ni tengok benda lucah..

"Kau tengok apa sampai tersengih mcm kerang busuk mcm tu?" Ujar Kasyaf lalu merampas telefon Danial. Berkerut dahi Danial.

"Weh bang.. bagi balik. Banyak kot gambar awek aku dalam tu.. ko jangan tengok eh.." Kasyaf menjeling.

"Gambar tak senonoh la tu.." ujarnya perlahan lalu melihat kearah gambar 4 sekawan itu. Terbeliak matanya apabila dia dapat mengenali wajah seorang lelaki yang sedang makan ditepi Danial.

"Weh Nial.."

"Hmm.."

"Weh mari sini jap." Terjungkit kening Danial. Dia terus merapati Kasyaf. "Apa?"

"Ni.. kawan kau ke?" Tanya Kasyaf selari jari telunjuk ditunjuk kearah Farhan. Danial mengangguk perlahan.

"Ha'ah.. dia baru masuk minggu lepas. Kenapa? Abang kenal?" Kasyaf meneguk liur kesat.

"Apa nama dia?" Danial berkerut melihat wajah Kasyaf yang agak tegang. "Farhan.."

Kasyaf terus panggung kepala kearah Danial. "Fikri Farhan?"

Danial mengangguk laju. "Abang kenal ke?" Kasyaf berdecit lalu meraup wajahnya.

"Damn.." gumamnya perlahan. Berkerut dahi Danial. "Kenapa bang?"

Kasyaf mencerlung kearah Danial. "Dia adik kandung Fiona lah sial! Call Ridzwan sekarang! Aku taknak si Fikri ni buat apa-apa yang bodoh pada adik aku! Call Ridzwan!"

Danial mengangguk laju lalu mengambil semula telefonnya. Dia cepat-cepat mendail nmbor Ridzwan apabila melihat wajah Kasyaf yang sedang menahan marah.

"Apa lagi rancangan kau ni Fiona.. kau sentuh adik aku, aku sumpah aku dera kau sampai kau mati.." gumam Kasyaf perlahan seraya mengepal erat tangannya. Dia tahu semua ini bukan kebetulan.

Namun semua ini adalah sesuatu yang telah dirancang..

"AIR.." ujar Farhan sambil menghulur air kepada Kayla. Kayla senyum tipis lalu menyambut huluran itu. Mereka sedang berada di kantin untuk makan tengahhari bersama Ika.

"Danial mana?" Tanya Farhan lalu menghenyak punggung dihadapan Kayla. Ika memuncung. "Dia ponteng la.. dah jadi jahat dah boyfriend aku tu. Apa nak jadi la.." ujar Ika lalu menggeleng.

Danial dah jadi badboy dah sekarang. Pandai ponteng memonteng ni. Ni mesti ajaran si Kasyaf tak guna tu..

Farhan hanya tergelak perlahan. Dikerling sekilas kearah Kayla yang sedang menikmati makanan. Dia masih menanti Kayla untuk meneguk air tersebut.

Farhan telah meletakkan pil mifepristone ke dalam air tersebut sehingga larut. Pil tersebut adalah ubat untuk menggugurkan kandungan untuk kehamilan kurang 24 minggu. Dia sudah meletakkan awal-awal tadi sebelum diberikan kepada Kayla.

Dia terpaksa lakukan ini demi kakaknya. Dia sudah mengupah doktor datang ke rumahnya untuk menjemput kakaknya ke hospital sakit jiwa. Ini sahaja cara yang terbaik untuk kakaknya itu..

Kayla tergelak perlahan apabila Ika mula memuncung. "Alaa rilek la.. biasa la tu. Asalkan dia setia dengan kau kan?"

Ika kulum senyum lalu menyelitkan rambut ke belakang telinganya. "Hehe betul.."

Kayla memutarkan biji matanya. Gedik betul la si Ika ni.. macam aku ahak!

Farhan senyum melihat senyuman Kayla. Dia tahu, ini pasti senyuman terakhir kerana Kayla pasti akan mengalami kesedihan yang berpanjangan selepas ini.

"Uhuk uhuk.. kau la ni.. tercekik aku tau?" Ujar Kayla lalu menjeling kearah Ika.

Ika tergelak. "Apahal aku? Kau la yang gelak kuat sangat. Senak perut kau nanti Kayla.. Kau kena ingat kau sedang jaga satu lagi nyawa tau? Jaga sikit perangai tu eh.." ujar Ika lalu menjelir.

Kayla tergelak. "Pandai la kau.." ujarnya lalu mengambil air yang diberikan oleh Farhan tadi. Farhan hanya memerhati Kayla yang ingin meminum air tadi.

Dia meneguk liur kesat apabila bibir Kayla sudah menyentuh bibir gelas tersebut. Dia menarik nafas dan hembus perlahan. Dia takut namun dalam masa yang sama, dia masih menanti..

TBC🤍
Kayla🥹 sediakan tisu untuk next bab..

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ