RIDZ - BAB 24🦋

18.4K 729 79
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"DIA ungkapkan kata cinta pada Ridz .. tapi Ridz menolak cinta dia.."

"What?!" Jerit Puan Fariha serta Risha secara mendadak. Encik Rafeeq mengangguk.

"Baguslah kalau Ridz reject awal-awal..tak perlu bagi harapan dekat dia.."

"Abang! Kenapa cakap mcm tu? Abang tak suka Kayla ke?" Tanya Puan Fariha dengan dahi berkerut. Jangan mcm tu cik abang. Kayla dah mcm menantu saya dah ni..

Encik Rafeeq senyum tipis. Dia berpaling kearah Ridzwan yang masih mengelamun. Parah betul keadaan anak sulongnya itu.. dah mcm hilang bini dah dengan rambut serabainya.

"Bukannya abi tak suka Kayla.. abi suka sangat pada Kayla.. dia baik dan peramah.. lemah lembut.. tak bersikap kurang ajar pada orang tua.. abi suka.. tapi abi hanya anggap dia sebatas anak sahaja.. tak pernah terdetik pun difikiran abi mengharapkan Ridz dan Kayla bercinta.."

"Tapi kenapa? Kayla bukannya anak kandung abi pun. Kenapa tiba-tiba tolak Kayla mcm tu?" Tanya Risha dengan nada yang tidak puas hati.

Encik Rafeeq senyum tipis. Dia menggosok perlahan belakang badan Ridzwan.

"Kayla masih muda.. banyak benda yang dia kena belajar.. abi tak rasa dia memerlukan cinta ketika ini. Biarlah dulu dia habis belajar dan cari kerja. Biar dia lalui masa keremajaannya dahulu.."

"Yeah. Betul. Lepastu Kayla jumpa orang lain, bercinta dan berkahwin dengan orang tersebut. Masa tu baru kau nk terhegeh-hegehkan dia kan Ridz?" Tanya Risha kearah Ridzwan yang hanya diam sahaja.

Ridzwan terus panggung kepala kearah Risha lalu menggeleng. "Aku taknak jadi mcm tu.." Risha senyum sinis.

"Kenapa pula? Kau kan anggap dia adik je. So? Kenapa nak ambik cakna pula dengan siapa dia bercinta?" Tanya Risha dengan sinis.

Sengaja dia ingin mengasak soalan seperti itu kepada abangnya agar abangnya itu boleh berfikir dengan cekap.

"Risha.." panggil Encik Rafeeq meleret. "Betul la tu. Saya setuju dengan Risha. Kayla tu manis orangnya. Sangat mustahil kalau tiada sesiapa yang jatuh cinta pada dia. Bersyukurlah orang secantik dan sebaik Kayla jatuh cinta pada Ridz. Susah tau nak jumpa orang yang setia menunggu Ridz macam Kayla tu.."

"Stop it. Awak sedang meracuni fikiran anak awk tau?" Ujar Encik Rafeeq dengan riak tegang. Puan Fariha membalas panahan tajam suaminya.

"What? Apa yang salah? Anak abang ni pandai sngat reject orang dah kenapa?"

Encik Rafeeq mendengus. "Biarlah dia. Itu tentang diri dia. Dia nak terima atau reject sape-sape pun, itu hak dia. Dia ikut kata hati dia bukannya ikut kata hati orang sekeliling. Faham?"

Puan Fariha berdecit. Malas betul nak melawan kata dengan suaminya itu.

"Lagipun baguslah Ridz reject sekarang. Kalau Ridz main tarik tali, itu bermaksud Ridz memberi Kayla harapan. Jadi abi rasa ini adalah keputusan yang baik.."

Risha mendengus lalu bangun dari duduknya. "Harapan? Abi, anak abi ni dah bagi sepenuh harapan pada Kayla la! Siapa je yang tak jatuh cinta bilamana seseorang menitikberatkan hal dia dan selalu ungkap kata sayang pada dia? Kalau Risha pun, Risha akan jatuh cinta jugak. Sebab kami perempuan, cepat jatuh cinta kepada lelaki yang menjaga kami. You're really worst right now Ridz!"

Ujar Risha lalu menjeling abangnya. Dia terus melangkah pergi dari situ. Malas nak melayan sikap degil bapanya itu.

Ridzwan meramas kuat rambutnya. Betul kata Risha. Dia sedang memberi harapan kepada Kayla selama ini sehinggakan Kayla terjatuh cinta pada dia.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now