RIDZ - BAB 38🦋

20.4K 647 73
                                    



KAYLA senyum lebar tanpa memandang sekeliling. Dia sedang duduk di kitchen island. Kedua-dua tangan menongkat mukanya dan mata hanya tertancap kearah seorang jejaka berbaju melayu yang sedang bersembang dengan Encik Khairul di ruang tamu.

Tak berkedip matanya melihat suaminya yang sedang tersenyum kearah bapanya. Sampai meleleh air liur dia sekarang ni..

"Hensemnya abang.. Kayla rasa Kayla makin angau la pada abang.." ujarnya perlahan. Senyuman makin lebar apabila kelihatan suaminya ketawa bersama Kasyaf dan Encik Khairul.

Dia menjilat bibirnya sendiri. "Eee tak sabar nak ngap abang.. bila la papa nak bagi pelepasan untuk abang naik bilik ni? Kayla nak pakai baju seksi untuk abang.."

Dia sudah menyediakan baju tidur yang seksi untuk suaminya malam ini. Siap dicuci dua kali pula tu sebelum kahwin. Setiap masa dia akan menyembur minyak wangi ke baju itu.

Baju itu tersangatlah haram kerana sangat terbuka di bahagian dada. Bahagian bawah pula hanyalah separas bawah punggung sahaja. Kalau tertonggek sikit, konfirm nampak punggung si Kayla ni..

Kayla tersentak dari lamunannya apabila suaminya mengalih pandangan kearahnya. Ridzwan senyum lalu mengenyit mata kearahnya seketika. Ridzwan mengalihkan pandangan semula kearah Encik Khairul dan sambung bersembang bagai tiada apa yang berlaku.

Kayla terus menyentuh dada kirinya. Agak terkejut dengan kenyitan mata menggodahh suaminya itu. "Abang.. sampai hati goda Kayla masa mcm ni.. goda la dekat bilik.. boleh Kayla ngap abang terus.." ujarnya lalu menekup kedua pipinya.

Ahak! Bahaya dah si Kayla ni.. angau dia lain macam..

Kayla masih setia menongkat dagunya. Mata hanya tertancap kearah suaminya sahaja. Langsung tidak memandang abang serta bapanya. Eleh. Dah hari-hari tengok dua orang tu.

Kalini tengok encik husband la pulak hikhik.

"Yeayy malam ni tidur dengan abang.. peluk dengan abang.. tatap muka abang.. bleh cium abang.. dan yang paling penting..." Kayla kulum senyum lalu bermain dengan jarinya.

".....buat ehem-ehem dengan abang.. eiii seronoknya!!" Jeritnya perlahan lalu menepuk-nepuk meja makan.

Parah ni Kayla. Author dah bimbang dengan engko ni. Biasanya lelaki yang gatal. Kalini si perempuan yang gatal overdose..

"Haa kau tengok bini kau tu. Lepas kahwin terus gila. Cannot brain.." ujar Kasyaf lalu menggeleng. Mereka bertiga memandang kearah Kayla yang sedang ketawa sendirian sambil memukul meja makan.

Terkejut juga mereka apabila terdengar bunyi bising didapur. Sudahlah dengar suara gelak-gelak lagi. Fikirnya cik ponti tadi..

Ridzwan senyum sahaja melihat celoteh Kayla. Aih la sayang.. bahagia sangat tu..

Kayla menarik nafas dan hembus perlahan. Penat duk ketawa je dari tadi. Dia membaiki rambutnya lalu panggung kepala kearah ruang tamu. Terbeliak matanya apabila ketiga-tiga lelaki itu sedang memandang kearahnya.

"Angau ke dik? Ghisau along dengan kau ni.." ujar Kasyaf dengan riak takut. Mana taknya, tiberr ketawa mengilai mcm tu. Malam-malam buta pula tu..

Kayla tersengih. "Err papa, along.. bleh tak kembalikan suami adik pada adik? Dari maghrib tadi lagi korang culik suami adik.. adik nak juga bermanja dengan abang Ridz malam ni.." ujarnya lalu memintal rambutnya.

Ridzwan dan Encik Khairul tergelak manakala Kasyaf menayangkan riak jijik. "Haru betul kau ni dik. Kalau mcm ni la kau punya angau, gamaknya kau yang telan Ridzwan hidup-hidup bukannya Ridzwan yang ngap kau nanti.."

Tachod.. adiknya tu lain macam sahaja malam ini. Dah kena sampuk hantu gatal ke dia ni? Tolong! Pak ustaz tolong ruqyah kan budak ni please..

Kayla memuncung. "Mana ada la.. orang tak ngap abang pun nanti.. please laa bagi balik suami adik.. dah berapa jam kami berpisah.. adik rindu la dekat abang Ridz.." ujar Kayla dengan riak sebek.

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now