RIDZ - BAB 21🦋

16.5K 624 18
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

KAYLA tersenyum manis saat ini. Dia sedang berbaring meniarap diatas katil tika ini. Sedari tadi dia hanya memegang telefonnya sahaja.

Dari lepas isyak lagi dia mengira waktu yang berjalan. Dia sedang menunggu pukul 12 malam iaitu hari jadi Ridzwan. Dia hanya kekal menunggu sehingga tidak sempat membuang telekung.

Ceh. Over betul dia ni.. yang tak boleh blah nya, Kayla sudah inform keluarganya agar tidak menganggunya ketika ini. Dia sedang setia menunggu ketibaan hari lahir Ridzwan.

Dia sanggup tidak makan malam hanya untuk menanti detik ini. Dia ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari jadi pada Ridzwan.

Kayla mengemam bibir lalu melihat jam didalam telefonnya. Dia tersenyum lagi lebar apabila jam sudah menunjukkan pukul 11.59 pm. Ini bermaksud hanya tinggal satu minit lagi untuk berganjak ke hari seterusnya..

Tangan sudah sedia untuk menekan punat hijau untuk menelefon Ridzwan.

"5...4...3..2...1... yeay!" Kayla terus menelefon Ridzwan tepat pukul 12 a.m. Tersenyum sahaja dia menunggu Ridzwan menjawab panggilannya.

'Hello adik?' Tersengih Kayla dibuatnya. "Abang! Happy birthday to you! Selamat hari jadi abanggggg!" Ucap Kayla dengan riang.

Ridzwan tergelak. 'Thankyou adik sayang.. tepat betul eh wish untuk abang?' Kayla kulum senyum..

Sayang? Ahak!

"Hehe dari tadi Kayla tunggu sampaikan Kayla tak makan malam tau?" Berkerut dahi Ridzwan. 'Hah? Tak makan? Kenapa?'

Kayla sengih. Hehe ini yang dia suka ni.. Ridzwan selalu fokus dengan percakapannya.

"Kay--"

'Kita VC boleh?' Tanya Ridzwan dengan suara garaunya. Kayla tersenyum lebar. "Boleh! Kejap abang!" Jerit Kayla lalu menutup punat telefon. Cepat sahaja jemarinya menekan video call.

Gelojoh..

"Hye abang!" Jerit Kayla yang sedang meletakkan telefon dihadapannya. Dia membaiki sedikit telekung yang senget. Ahak! Senget macam kepalanya sahaja..

Ridzwan senyum lalu menutup badannya yang terdedah dengan selimut. Dia sememangnya tidur tidak berbaju. "Sorry abang seksi malam-malam mcm ni.." Kayla terkekeh ketawa. "Takpa.. abang mmg selalu seksi depan Kayla.."

Ridzwan menjeling. "Pandai la dia.. ni kenapa tak cabut telekung lagi ni? Adik solat lewat eh?" Tanya Ridzwan dengan jelingan manja. Kayla tersengih.

"Tak la.. Kayla dah solat awal tadi.. tapi Kayla tak sempat la nak cabut sebab nak wish birthday abang.." Ridzwan mengerutkan kening dengan senyuman di bibir.

"Mengada adik ni.. padahal bleh je cabut tadi.. tapi comel lah adik pakai telekung mcm ni. Nampak berseri-seri je.." ujar Ridzwan lalu membetulkan baringnya.

Dia terus baringkan kepala diatas bantal lalu tersenyum kearah Kayla. Kayla senyum malu lalu membaringkan kepala diatas bantal mengikut Ridzwan.

"Betul ke Kayla comel?" Ridzwan senyum lalu mengangguk. "Ha'ah.. macam anak kucing je muka adik.."

Kayla kulum senyum. "Eee apa ni panggil kita kucing.. meoww.." ujar Kayla dengan suara kucing mengiau. Tergelak Ridzwan dibuatnya.

"Adik datang kan malam esok?" Kayla mengangguk. "Mestilah.. Kayla kan orang penting abang.."

Ridzwan menjeling. "Perasannya dia.." Kayla tersengih tak bersalah sahaja. Dia memintal kain telekungnya sekarang. Nak pintal rambut tapi lupa pula pakai telekung ahak!

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz