RIDZ - BAB 45🦋

23.8K 678 54
                                    



KAYLA hanya diam kaku. Sedari tadi dia hanya memandang kearah luar tingkap. Ridzwan sedang memandu untuk menghantarnya ke U pagi ini. Kayla langsung tidak bercakap dengan Ridzwan.

Dia juga langsung tidak menyentuh Ridzwan kecuali sewaktu bersalam slepas solat. Itupun Kayla cepat-cepat menjauhkan diri dari suaminya.

Ridzwan berdehem lalu tangan kiri ingin menggenggam tangan Kayla namun Kayla menjauhkan tangannya. Dia langsung tidak memberi peluang untuk suaminya menyentuhnya walaupun sedikit pun.

Riak Ridzwan agak mendung ketika ini. "Honey.. petang ni balik awal kan? Kita dating nak?" Tanyanya perlahan. Dia sangat berharap agar Kayla mengikutinya petang ini. Dia mahu memujuk Kayla.

Kayla menggeleng. "Kayla dah janji dengan Ika dan Danial untuk keluar bersama. Kayla tak bleh mungkir janji."

Ridzwan mengetap bibir. Dia tahu Danial dan Ika sedang bercinta namun ada juga sedikit perasaan cemburu apabila Kayla lebih rapat dengan lelaki lain berbanding dengannya.

"Cancel je dengan mereka. Keluar dengan abang. Okay?"

Kayla menggeleng. "Kayla taknak mungkir janji. Abang jugak yang cakap tak baik mungkir janji kan?" Ridzwan mengangguk. "Tahu.. tapi antara kawan dengan suami, isteri kena ikut cakap suami. Kalau suami cakap tak bleh, itu bermakna tak boleh."

Berkerut dahi Kayla ketika ini. Dia terus mengalih pandangan kearah Ridzwan yang sedang memandu. "Jadi abang nk cakap yang abang tak izinkan Kayla keluar la ni?"

Ridzwan mengangguk. "Yes. Abang suami. Abang ada kuasa tu untuk melarang isteri abang keluar sesuka hati. Kayla kena ingat, sekarang ni Kayla dibawah tanggungjawab abang. Kayla kena minta izin dahulu sebelum kemana-mana."

Kayla mendengus. "Tapi diorang kan kawan Kayla. Abang pun kenal diorang. So, apa alasan abang untuk halang Kayla sekarang?"

Ridzwan menghela nafas perlahan. Dikerling sekilas kearah Kayla yang sedang mencerlung tajam kearahnya.

"Rujuk balik buku kursus perkahwinan. Dah terang-terang ada disitu bahawa isteri perlu meminta izin suami sebelum keluar rumah. Itu bukan peraturan abang. Tapi peraturan yang ditetapkan dalam islam."

Kayla berdecit. "Nak guna kuasa veto la ni?"

Berkerut dahi Ridzwan dibuatnya. "Bukan. Cuma nak ingatkan bahawa seorang isteri sangat mudah untuk masuk ke syurga. Dengar kata suami, syurga akan menanti. Tak susah pun kan nak dengar cakap abang?"

"Abang melampau tau! Abang control Kayla!"

Ridzwan terus berhenti mendadak di tepi jalan. Terkejut Kayla apabila Ridzwan menekan brek secara mendadak. Ridzwan mencerlung tajam kearah Kayla.

"Abang tak control. Tapi abang nak jaga isteri abang. Selepas sahaja abang akad Kayla jadi isteri abang, itu bermakna abang berjanji pada papa yang abang akan menjaga anak perempuannya sehabis baik. Kayla kena faham konsep suami isteri. Kayla dah belajar kan? Takkan dah lupa?"

Kayla mengeluh kasar. "Mcam tu la lelaki. Kalau salah sikit, guna kuasa veto. Habis tu perempuan ni? Kena mengalah lah? Macam tu?"

"Kenapa biadap sangat dengan abang ni?" Kayla mengemam bibir apabila kedengaran suara celah gigi Ridzwan.. Mata Ridzwan hanya tertancap kearah Kayla yang menunduk.

Dia tahu Kayla mudah menangis jika dia marah namun dia harus juga melakukan ini agar isterinya sedar bahawasanya seorang isteri perlu meminta izin suami jika ingin kemana-mana sahaja.

"Kalau abang cakap tak bleh, itu bermakna tak boleh. Bagitau kawan-kawan Kayla yang Kayla tak bleh keluar petang ni. Mereka akan faham kalau arahan itu adalah dari abang."

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now