RIDZ - BAB 56🦋

20.7K 621 29
                                    



RIDZWAN mencekak pinggang dihadapan sibulus milik Kayla. Dia sudah siap sedia memakai mask hidung kerana tidak mahu terhidu bauan kucing tersebut.

"Mummy awak demam. Saya la terpaksa jaga awak tau? Tak bleh ke mandi sendiri? Makan pun kena suap.. berak pun kena basuh. Tiber aku jadi bibik untuk ko.." ujarnya lalu mendengus.

Semua kerana isteri cenonetnya itu! Bukan main merayu lagi dia menyuruh suaminya memandikan si kitty. Katanya nanti busuk.. Kayla tak suka busuk. Nanti tak boleh gomol.

Ceh. Suami ada kan? Gomol je la suami.. panas hati Ridzwan. Cemburu pun ya juga..

Ridzwan merapati si kitty perlahan-lahan. Mata kitty hanya mengerdip kearah Ridzwan. Agak pelik dia melihat Ridzwan yang menonggeng seperti itu. Kaki berada didalam rumah. Namun hanya badan sahaja yang keluar dari rumah.

"Meow."

"Oh mak kau meow!" Latah Ridzwan lalu terjatuh diatas lantai. Dia menghela nafas lalu mengusap dadanya. "Kuss semangat.." dikerling kearah sekelilingnya.

"Fuh nasib baik Kayla takda.. memalukan je kalau si Kayla tu nampak aku melatah beruk mcm ni.." ujar Ridzwan lalu tergelak perlahan.

Dia kembali menjeling kearah sibulus yang tersenyum kearahnya. Ridzwan menjulingkan mata.

"Cepatlah mandi! Aku nak peluk isteri pulak ni.. aish.. geram je aku dengan dia ni.." ujar Ridzwan lalu cuba untuk mengambil kitty.

Kitty sengih lalu terkedek-kedek berlari kearah Ridzwan.

"No! Duduk je achum! Situ! Jangan! Achum dekat dengan dengan achum aku!" Jeritnya sambil bersin berulang kali.

Nak tercabut hidung ni duk bersin non stop. Kurang asam punya bulus.. nasib baik ko kesayangan Kayla. Kalau tak, dah lama Ridzwan penyek sibulus gebu tu..

Ridzwan kebas sedikit bajunya yang terlekat dengan bulu kucing. Buas sungguh kucing si Kayla tu. Sama je dengan Kayla. Sesuai la jadi mak dengan anak..

"Bluekkk.. bluekkk.." Ridzwan terus panggung kepala kearah bilik mereka. Berkerut dahinya apabila mendengar suara orang yang muntah.

"Honey?" Ujar Ridzwan lalu berlari laju menaiki tangga. Dia menguak kasar pintu biliknya. "Honey!" Jeritnya lalu berlari kearah bilik air.

Dia mengusap belakang badan isterinya yang sedang memuntahkan isian dalam perut. "Honey.. kenapa ni sayang.." bisik Ridzwan dengan riak risau. Dia risau melihat Kayla yang berbadan kecil ini memuntahkan makanan ke dalam mangkuk jamban.

"Abang.." ujar Kayla lalu menutup paip air. Dia terus menyandarkan kepala ke dada suaminya. Ridzwan memeluk erat badan isterinya sambil menggosok belakang badan Kayla.

"Kenapa ni? Honey masuk angin ya? Lapar?" Tanya Ridzwan selari mengintai muka pucat isterinya. Kayla menggeleng. "Kayla pening.. Kayla rasa nak pitam je.. lepastu Kayla rasa pedih perut.. Kayla terus lari masuk dalam tandas dan muntahkan semuanya tadi.. letih abang.." adu Kayla lalu memeluk erat badan suaminya.

Agak kurang sakit kepalanya apabila bauan badan suaminya menusuk ke dalam rongga hidungnya. Ridzwan menghela nafas perlahan lalu menggosok kepala isterinya.

"Pergi klinik nak?" Kayla menggeleng. "Kayla taknak.. Kayla rasa Kayla penat sangat kot sebab terlebih belajar minggu ni.."

Ridzwan mengangguk. "Kalau mcm tu abang buatkan bubur untuk honey ya? Abang bawa sekali panadol.."

"Kayla taknak makan ubat.."

"Ala sayang.. kenalah makan kalau nak sihat.."

"Taknak.. Kayla taknak.." ujar Kayla lalu mula menangis. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan. Ternganga Ridzwan dibuatnya. Haa? Apa aku buat? Aku suruh makan ubat je.. kenapa sampai nangis ni..

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now