RIDZ - BAB 23🦋

17.7K 679 99
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"DAN Kayla.. cintakan abang lebih daripada seorang abang.." terbeliak mata Ridzwan apabila ayat itu dituturkan oleh Kayla.

Tersembur air dari mulut Kasyaf. Dia juga mendengar segalanya. Terkedip-kedip melihat adiknya. Perghhh. Gila berani siakk..

Ridzwan berdehem lalu menggaru lehernya. "Salah ni dik.. adik kecik lagi.. abang taknak adik luahkan cinta macam ni.. macam yang abang cakap, adik masih muda. Kemungkinan cinta adik sekarang adalah cinta monyet semata-mata.." ujar Ridzwan perlahan.

Dia hanya menganggap Kayla sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih. Namun dia juga tidak faham dengan perasaanya sekarang apabila melihat wajah mendung Kayla.

Kayla menggeleng dengan riak tersebek. "Tak.. Kayla dah lama cintakan abang.. dan Kayla tak rasa yang kali ni cinta monyet semata-mata sebab Kayla langsung tak buka hati Kayla kepada orang lain demi abang.. please percayakan Kayla.."

Ujar Kayla lalu menggoyangkan tangan Ridzwan. Ridzwan meraup wajahnya. Apa yang perlu dia buat ni? "Adik.. look.. abang taknak tergesa-gesa.. ab--"

"Abang reject Kayla ke?" Ridzwan mengerdipkan mata. Aku reject ke? Rasanya tak.. tapi.. entah lah!

Ridzwan menggeleng. "Bukan macam tu. Tapi adik ke--"

"Kalau mcm tu, Kayla sanggup tunggu sampai abang terima Kayla.. Kayla tak sanggup kena tolak mentah-mentah mcm ni. Jadi.. Kayla boleh tunggu abang smpai abang cintakan Kayla.."

Ridzwan menggeleng. "No adik please. Abang taknak hubungan kita jadi kekok hanya kerana ni. Abang tak-"

"Ridz!" Kasyaf, Kayla dan Ridzwan terus panggung kepala kearah suara itu. Terkesima Kayla dibuatnya apabila gadis yang tinggi lampai itu melambai kearah mereka.

Kasyaf menjulingkan mata. Benci pula tengok perempuan tu..

Fiona berlari-lari anak kearah Ridzwan lalu merangkul lengan Ridzwan. Tersentak Ridzwan dibuatnya. "Apa ni?" Bisik Ridzwan lalu perlahan-lahan merungkaikan pegangan.

Hancur hati Kayla apabila melihat adegan dihadapannya ini. Siapa perempuan yang bertubuh langsing tu? Kenapa dia bleh pegang Ridzwan sesuka hati?

Kayla perlahan-lahan melepaskan pegangan tangannya di tangan Ridzwan. Ridzwan menolak kasar tangan Fiona.

"Behave please." Ujarnya dengan riak tegang. Fiona menjungkit bahu. "Cantik tak i? Kira sopan la ni kan i pakai kebaya?"

Kasyaf tergelak sinis. "Kau nak pergi kenduri kahwin ke pakai kebaya? Sudahlah sendat pula tu.. malu dek orang la datang majlis doa mcm ni tapi pakai baju ketat."

Fiona mencebik lalu menjulingkan mata. Lantak ah. Ni kira paling sopan dah ni..

Kayla hanya menunduk dengan bermain jarinya. Dia seperti sudah agak sahaja siapakah gadis dihadapannya ketika ini.

"Btw Ridz...." Fiona terus mengeluarkan hadiah dari begnya. "Happy birthday my boyfriend! Sorry i datang lambat.. tadi pakman lambat bersiap. Geram i."

Kayla mengetap bibir lalu melangkah pergi dari situ. Patutlah reject.. dah kepunyaan orang rupanya. Ridzwan terus berpaling kearah Kayla.

Dia merentap pegangan Fiona lalu mengejar langkah Kayla. "Adik!"

Berkerut dahi Fiona. "Sape budak tu?" Kasyaf menjeling. Sibuk saje hal orang.. "Madu kau." Ujar Kasyaf lalu sambung menikmati makanan.

Makan banyak sungguh anak gajah ni seko..

Fiona mengetap bibir. Dia mengepal tangan. What? Madu? Hell no!

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu