RIDZ - BAB 14🦋

17.3K 673 44
                                    

VOTE AND COMMENT❤️


KAYLA berdehem apabila kelihatan sebuah kereta hitam yang amat dikenalinya berhenti betul-betul dihadapan pagar universiti.

Dia mengerling jam tangannya. Dia senyum apabila lelaki itu mengambilnya dengan waktu yang tepat. Danial berkerut apabila mengenal pasti bahawa kereta itu bukannlah kereta abang Kayla.

Dia agak kecewa apabila Kayla memberitahu bahawa mereka tidak boleh lepak di cafe petang ini. Sudahlah semalam Kayla tidak hadirkan diri waktu kelas petang.

Ridzwan keluar dari kereta dengan pakaian casualnya. Hanya tshirt dan seluar jeans sahaja. Dia jarang memakai kemeja apabila pergi ke kerja kerana kerjanya hanya kerja melayan customer sahaja. Pemakaian kerja disitu agak longgar kerana itulah lelaki itu lebih memilih untuk memakai pakaian yang selesa.

Ridzwan mencabut kaca mata hitamnya lalu senyum lebar kearah Kayla. Dia langsung tidak memandang lelaki yang berdiri di samping Kayla.

"Lama ke tunggu abang?" tanya Ridzwan dengan senyuman. Kayla mengemam bibir. Malu pula apabila ditenung begitu oleh Ridzwan.

"Tak.. Kayla baru je keluar ni." Ridzwan senyum dan mengangguk. Dia merapati Kayla lalu membaiki sedikit rambut Kayla yang berterbangan. Danial hanya memerhati. Dia belum sempat menanyakan Kayla tentang lelaki ini.

Kayla senyum malu. Dia amat selesa dengan sentuhan lembut Ridzwan.

Haram oitttt.

"Jom pergi. Abang ikut adik je harini. Today is yours." ujar Ridzwan lalu menarik lembut tangan Kayla kearahnya. Kayla mengikuti langkah Ridzwan lalu melambai kearah Danial.

"Bye! Jumpa esok!" jerit Kayla lalu terkedek-kedek mengikut Ridzwan apabila langkah Ridzwan makin laju.

Danial senyum hambar namun dia tetap membalas lambaian itu. Sedikit sebanyak dia agak cemburu apabila melihat keakraban lelaki itu bersama Kayla. Dia tahu bahawa lelaki itu bukanlah abang Kayla.

"Dia siapa? Kenapa bleh sentuh Kayla sesuka hati mcm tu? Nak cakap abang, Kayla ada sorang je abang. Kalau nak cakap sepupu, sepupu mana bleh bersentuhan mcm tu.." gumam Danial perlahan selari melihat langkah mereka berdua.

"Masih marah abang?" tanya Ridzwan yang sedang memandu. Sempat dia mengerling sekilas kearah Kayla yang hanya memandang ke luar tingkap.

Kayla tersentak lalu menggeleng. Yang sebenarnya dia suka penampilan Ridzwan hari ini kerana amat hensem baginya. Sudahlah minyak wangi Ridzwan berlegar-legar dalam rongga hidungnya.

Bau maskulin!

Ridzwan senyum tipis. "Kalau tak marah, kenapa tak bercakap dengan abang?" Kayla mengalih pandangan kearah Ridzwan. Kayla malu.. Ingin sahaja dia mengatakan itu.

"Kayla takde topik nak bercakap dengan abang.."

Berkerut sekejap dahi Ridzwan. "Yeke? Bukan ke biasanya adik cerita smua benda pada abang ke?"

Pelik. Biasanya gadis itu akan menceritakan semua hal di universiti padanya. Sehinggakan Ridzwan langsung tidak membuka radionya semata-mata untuk mndengar Kayla berceloteh.

Kayla senyum sahaja. Ridzwan mengemam bibir lalu menghela nafas perlahan. "Abang minta maaf sebab semalam. Abang tak sengaja. Tak sepatutnya abang fitnah adik mcm tu. abang kenal adik macam mana tapi amarah abang telah menyakitkan hati adik semalam. Im sorry okay?"

Ujar Ridzwan lalu mengelus perlahan kepala Kayla. Kayla senyum. "Kayla dah lupakan hal tu la abang.. Dah la tu. Kayla pulak rasa bersalah kalau abang minta maaf banyak kali mcm ni.."

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now