RIDZ - BAB 33🦋

17.8K 626 39
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"SEBAB keputusan honey sangat terburu-buru sekarang ni..abang taknak honey menyesal sebab kahwin awal. Ramai anak muda sekarang menyesal kahwin awal sebab diorang tak bebas seperti orang bujang yang lain.."

Kayla memuncung. "Tapi Kayla tak kisah.. Kayla okay je abang.."

Ridzwan senyum lalu merenung wajah bersih Kayla. Kalau bleh dia juga ingin mempercepatkan perkahwinannya bersama Kayla. Dia sudah 27 tahun. Semestinyalah dia juga mempunyai niat untuk berkahwin di usia itu.

"Kena ingat tau.. nanti lepas honey kahwin, honey akan jarang keluar dengan kawan.."

"Takpa.. Kayla memang jarang keluar dengan kawan-kawan Kayla pun.." jawab Kayla lalu tersengih. Ridzwan tergelak perlahan. Aduyai. Tak sempat lagi dia ingin berkata-kata namun si Kayla ni dah mencelah.

"Dengar la abang cakap dulu sayang.." Kayla kulum senyum. Ok melting! Sape-sape tolong bawakan peti ais kejap! Kayla dah hampir cair ni..

"Lepas kahwin, abang akan menempel dengan honey je.. honey akan jarang bersosial seperti bebas pergi ke mana-mana seperti sekarang. Honey kena minta izin abang dulu sebelum keluar kemana-mana.."

Kayla mengangguk. "Sekarang pun mcm tu jugak.. kita memang selalu menempel kan? Kalau Kayla nak keluar, Kayla memang dah biasa minta izin dengan mama. Jadi.. Kayla tak nampak pun ada perbezaan kat sini.. sebab mama pun umpama abang juga.. Kayla kena minta izin mama sebelum kahwin. Lepasni Kayla minta izin abang la pulak kan?"

Ridzwan senyum sahaja. "Pandai menjawab eh dia ni.." ujar Ridzwan lalu mencuit hidung Kayla. Tersengih Kayla dibuatnya.

"Mestilah.. Kayla hanya beritahu fakta tau?" Ridzwan senyum. Dia membuka kaca mata hitamnya. "Memang sesuai la honey jadi journalism.. sebab honey pandai berkata-kata dan pandai menjawab. Good job baby.." ujar Ridzwan lalu mengenyit mata kearah Kayla.

Kayla terus mengambil begnya lalu menutup wajahnya. "Taknakkkk! Kayla malu!!" Tempik Kayla. Ridzwan tergelak lalu memakai semula kaca matanya. Dia menggelengkan kepala. Eleh.. dia goda kita takpa. Kita goda dia bleh pula malu-malu mcm tu..

"SERIOUSLAH harini nak lepak pantai je?" Tanya Ridzwan lalu menyelitkan rambut hadapan Kayla yang menghalang pandangan ke belakang telinga.

Kayla sedang menikmati aiskrim sekarang ini. Mereka sedang berdating di tepi pantai. Kayla senyum lalu mengangguk.

"Yap.. Kayla suka pantai.. kenapa? Abang tak suka?" Ridzwan senyum buat-buat. "Abang suka.. suka sangat.. tapi honey tengok pukul berapa sekarang.. 12 tengahhari tau? Siapa je yang datang sini panas mcm ni?"

Pening! Sudahlah panas! Matahari tegak atas kepala pula tu! Takde tempat lain ke nak dating?

Kayla sengih. "Hehehe sowwyy abang sayangg.. ok ok kejap Kayla habiskan aiskrim jap. Lepastu kita pergi dating tempat abang okay?" Ridzwan senyum lalu mengangguk.

"Okay honey.." Kayla senyum. Sukaa bila dapat makan aiskrim masa bendera merah ni.. ahak!

"Honey comel la.. abang suka tengok muka honey.." ujar Ridzwan dengan senyuman machonya. Memerah muka Kayla ketika ini.

"Eee manisnyaa ayat dia ni.." ujar Kayla lalu menolak bahu Ridzwan. Tergelak Ridzwan dibuatnya. Ridzwan merapati Kayla lalu lap sedikit hujung bibir Kayla yang comot.

"Comot la honey.. makan elok-elok la.." bebelnya lalu menjilat jarinya yang menyentuh bibir Kayla tadi. Terbeliak mata Kayla dibuatnya.

"Aa..abang.."

"Hm?" Tanya Ridzwan lalu menjungkit kening. Kayla kemam bibir.

"Masuk kali ni dah dua kali kita indirect kiss.." berkerut dahi Ridzwan. "Indirect kiss? Apa benda tu?"

Kayla senyum. Haa meh nak buka kelas english. Tapi versi nakal laaa.

"Indirect kiss tu, maknanya ciuman yang tak langsung.. contohnya abang minum minuman menggunakan straw Kayla. Itu maknanya abang indirect kiss la dengan Kayla.."

Ridzwan mengangguk. Dia blur sikit kalau bahasa budak zaman sekarang ni ahhahaha.

"Wow. Abang tak tahu pula. Jadi tadi kita kiss la?" Kayla kulum senyum lalu mengangguk malu.

Ridzwan senyum. "Tapi honey cakap kali kedua? Kali pertama bila?"

"Kali pertama masa abang suap Kayla jagung manis dekat pantai haritu.. masa tu terkejut Kayla tau?" Ridzwan senyum senget.

Bukan main lama lagi peristiwa tu. Tapi bleh pula budak cenonet ni ingat? Memang ssuai la jadi penulis dia ni.. cerita zaman batu pun dia ingat gamaknya.

"Owh patutlah abang rasa manis lain mcm je masa tu.. bekas bibir honey rupanya.." ujar Ridzwan lalu memandang kearah bibir Kayla.

Kayla terus mengemam bibir. "Aip mata abang nakal ea.. Kayla tak boleh kiss abang lagi.. nanti lepas kahwin, Kayla kiss banyak-banyak okay?"

Ridzwan senyum lalu mengalih pandangan kearah mata Kayla. "Okay my honey.. abang bleh tunggu la. Apa ingat abang gelojoh mcm honey ke?"

Kayla menjeling. "Eleh bleh caye ke? Banyak kali dah abang nak cium Kayla tau?"

Berkerut dahi Ridzwan. "Bila masa?"

Oo tanya bila masa ya. Ni Kayla la. Kayla perempuan tau? Perempuan masih boleh ingat perkara 50 tahun yang lalu okay..

"First, masa kita dalam pawagam tu. Nak tercabut jantung Kayla masa tu tau bila abang rapatkan muka abang ke muka Kayla.."

Ridzwan senyum senget. "Oo masa yang honey pejam mata jugak tu ea?" Tanyanya lalu menjeling kearah Kayla. Kayla kulum senyum.

"Ha'ah.." Ridzwan menarik hidung Kayla perlahan. "Ecee dia pun nak.. cakap kat kita pulak.."

Kayla menepuk perlahan tangan Ridzwan. Tergelak Ridzwan dibuatnya.

Mata Kayla tertancap kearah tangannya apabila ada sesuatu yang melekit. Kayla terus memuncung. "Alaaa dah cair dah aiskrim Kayla. Abang la ni ajak sembang tadi.."

Ridzwan senyum sahaja melihat Kayla yang memuncung. "Ok meh abang lap.. sorry honey.." ujar Ridzwan lalu maju kearah tangan Kayla.

Dia terus menjilat tangan Kayla yang dipenuhi aiskrim. Terbeliak mata Kayla dibuatnya. Dengan pakej mulut ternganga pula tu.

Dia menggigit bibir apabila terasa hangat lidah Ridzwan ditangannya sekarang ini.

"Dah. Abang dah jilat.." ujar Ridzwan lalu memandang kearah Kayla. Kayla hanya merenung Ridzwan dengan pipi memerah.

"Abang.." Ridzwan menjungkit kening. "Yes?"

Kayla menggigit bibirnya. "Kita kahwin jom? Lepas kahwin, abang nak jilat Kayla pun Kayla tak kisah.. tapi sekarang Kayla rasa bersalah tau bila abang buat mcm tadi.."

Ridzwan berdehem lalu menggaru kepala yang tidak gatal. "Sorry honey. My fault.. abang tak boleh la duk dekat sangat dengan honey.. automatik perangai abang jadi tak semenggah mcm tadi. Sorry sayang.."

Kayla senyum lebar. Yang sebenarnya dia bukanlah marah sangat pada Ridzwan. Tapi dia malu! Dia malu bila lidah Ridzwan menyentuh kulitnya.

Rasa nak masukkan kepala dalam air laut je sekarang ni.. help! Abang gatal sekarang..

"Takpa.. sebab tu Kayla ajak kahwin.. jom la kahwin abang.." ujar Kayla lalu menggoyangkan badan Ridzwan. Ridzwan senyum tipis.

"Ok ok.. abang bincang dengan kedua-dua keluarga kita dulu okay?"

Kayla bersorak. "Yeay! Nakkkkkk.."

Ridzwan gelak. "Nak apa?"

"Nak kahwin dengan abangggg..." rengek Kayla tanpa sengaja. Ridzwan mencuit hidung Kayla.

"Tak sabar nak kahwin dengan abang ya?" Kayla mengangguk laju. "Hmph! Tak sabar nak jadi isteri abang.."

Ridzwan tergelak kuat. Aduyai. Direct sangat ni sayang oi..

TBC🤍
Yeah. Kahwin la kome. I is takkzabarr nak makan nasik minyak ni

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now