RIDZ - BAB 30🦋

22.3K 731 101
                                    

VOTE AND COMMENT❤️

"ABI tak suka kalau korang lanjutkan hubungan percintaan. Abi tak setuju." Kayla terus menunduk.

"Abi.. tak suka Kayla ya?" Tanya Kayla perlahan. Dia harus berani. Dia harus dapatkan jawapan hari ini juga!

Kalau Encik Rafeeq tidak merestui, dia tidak bleh buat apa-apa kecuali menjauhkan diri dari Ridzwan.

Encik Rafeeq senyum. "Abi tak suka.. kalau Kayla dan Ridzwan bercinta tanpa ikatan sah.." Kayla terus panggung kepala kearah Encik Rafeeq.

Terkedip-kedip matanya saat ini. Encik Rafeeq tergelak perlahan. Kelakar pula reaksi Kayla waktu ini.

"Mak...maksud abi?"

Encik Rafeeq berdehem. "Kalau Kayla betul cintakan Ridzwan, abi nak korang berdua berkahwin. Halalkan ikatan supaya tidak terjadi apa-apa yang menjejaskan maruah. Abi taknak korang bercinta main-main macam Fiona bercinta dengan Ridzwan. Entah kemana hubungan mereka tu.."

Keluh Encik Rafeeq lalu menggeleng. Bercinta punyalah lama. Tapi takde sikit pun tanda-tanda nak berkahwin. Itu yang Encik Rafeeq risau. Dia risau jika Ridzwan terjerumus dalam maksiat.

Kayla kemam bibir menahan senyuman. Nak sahaja dia menjawab 'okay!' Tapi taknak la nampak terlalu beria kan?

"Tapi satu je abi nak tanya Kayla.." Kayla senyum. "Apa tu abi?"

"Kayla bersedia ke jadi isteri? Kayla masih belajar tau.. dan.. bagi abi Kayla masih muda.. terlalu muda untuk Ridzwan.. abi takut Kayla hanya cintakan Ridzwan kerana ingin memilikinya.. bukan untuk menjaganya.. Kayla faham maksud abi kan?"

Kayla kemam bibir lalu mengangguk laju. Dia terus mengangkat tangan bersumpah. "Abi jangan risau.. Kayla pandai masak. Kayla pun pandai kemas rumah.. Kayla tahu semua basic tu sebab mama dah ajar Kayla.."

Encik Rafeeq tergelak perlahan. Alahai.. geli hati betul dengan gadis ini.

"Ya Kayla.. abi tahu.. abi dah nampak yang tu. Maksud abi, Kayla bleh ke jaga makan pakai Ridzwan.. bleh ke urus rumahtangga? Hidup berumahtangga lagi banyak tanggungjawab dari hidup bujang tau.."

Kayla mengangguk laju. "Tahu! Kayla dah pergi kursus kahwin masa umur 18 tahun.. Kayla berniat nak kahwin dengan abang Ridz sebab tu Kayla asak abang Syaf untuk teman Kayla kesana hehe.. Kayla dah tahu semuanya termasuk.. layan suami.."

Ujarnya lalu memintal rambutnya. Bukan main lagi dia memaksa mama papanya untuk mendaftarkan kursus perkahwinan untuknya.

Konon-konon la Puan Hanis cakap yang umur 18 tahun keatas dah boleh kahwin, Kayla terus ingin menghadiri kursus kahwin.. dalam kepalanya hanya ada wajah Ridzwan sahaja. Nak kahwin dengan abang hikhik..

Encik Rafeeq tergelak lagi. Kayla ni tak beragak..orang lain bukan main lagi terketar bila berhadapan dengan Encik Rafeeq kerana raut wajah Encik Rafeeq sangat garang. Takut orang dibuatnya.

"Ok ok abi faham.. bersemangat eh Kayla?" Kayla sengih lalu mengangguk.

"Tapi.. Kayla baru umur 20 tau? Kayla taknak kejar cita-cita dulu?" Kayla senyum. Dia sudah agak ini yang dirisau oleh Encik Rafeeq.

Dia kenal sikap Encik Rafeeq. Pasti lelaki itu tidak mahu dia mengabaikan pelajarannya.

"Abi jangan risau.. abi tahu kan apa cita-cita Kayla? Kayla nak jadi penulis.. InsyaAllah perkahwinan kami takkan menjadi penghalang untuk Kayla menulis.. Kayla tetap akan kejar cita-cita Kayla.." ujar Kayla dengan senyuman.

Encik Rafeeq tersenyum manis. Dia mengangguk. "Ok. Lulus."

Kayla tersengih lalu melompat. "Yes! Thankyou abi! Kayla saaaayanggg abi!" Ujar Kayla yang masih melompat.

Encik Rafeeq hanya tergelak sahaja. Alahai anak.. sampai mcm tu sekali ya? Tak menyabar betul dah tu..

Ridzwan yang sedang berdiri disebalik pintu tersenyum lebar.. sedari tadi dia hanya berdiri untuk mendengar perbualan Kayla bersama abinya.

Ridzwan mengangguk tanda bangga. "That's my future wife.." ujarnya perlahan. Dikerling sekilas kearah Kayla yang masih tersenyum riang. Kadang-kadang Kayla memuncung. Kadang-kadang tersengih.

Itu kerana abi sedang memberi ceramah kepada dia muahahhah. Nak jadi menantu abi sangat kan? Kena la terima leteran abi..

KAYLA kemam bibir melihat Ridzwan yang sedang menonton TV.. diam je abang? Abang masih marah Kayla ke? Gumamnya didalam hati..

Kayla melangkah perlahan kearah Ridzwan. Ridzwan sembunyi senyum apabila mendapati bahawa Kayla melangkah kearahnya. Dia saje je buat-buat tak layan Kayla sebab dia nak Kayla minta maaf pasal pagi tadi.

Kayla berdehem lalu menghenyak punggung diatas sofa ditepi Ridzwan. Dia mengerling kearah Ridzwan yang langsung tidak memandangnya.

Kayla berdehem. "Hye abang.." Ridzwan mengerling sekilas lalu mengangguk. Kayla mengemam bibir apabila Ridzwan melayan dingin terhadapnya.

"Abang tengok cite ape? Best tak?" Tanya Kayla lalu merapatkan dirinya ke badan Ridzwan. Dia senyum apabila Ridzwan langsung tidak berganjak menjauhinya.

"Kenapa tiba-tiba nak rapat dengan abang ni? Bukan ke tadi suruh menjauh ke?" Tanya Ridzwan tanpa memandang Kayla.

Kayla menunduk. "Kayla minta maaf pasal pagi tadi.. Kayla tak sengaja marah abang. Kayla terlalu mengikut amarah Kayla sampaikan Kayla sendiri tak pasti dengan apa yang Kayla cakap. Im sorry abang.."

Ucap Kayla dengan suara manja. Kena la manja.. Ridzwan mudah tergugat kalau Kayla manja. Ridzwan sembunyi senyum. Itu la yang dia nak hakhak!

"Hmm apa-apa jelah." Ujar Ridzwan tanpa bernada. Kayla menggigit bibir. Alamak.. abang marah lagi..

Kayla menekup kedua pipi Ridzwan. "Abang masih ma-- abang! Kenapa luka dekat bibir ni?" Tanya Kayla lalu memusingkan kepala Ridzwan kearahnya.

Ridzwan mengeluh perlahan. Si Danial la ni tak pandai tutup. Katanya dah settle dan luka dah tak jelas. Membohong aje budak tu..

"Takde apa.. terlanggar tiang lampu je." Ujar Ridzwan lalu memegang tangan lembut Kayla di pipinya.

Kayla berdecit. "Mcm kena tumbuk je abang? Jangan tipu Kayla eh.." ujar Kayla yang masih memerhati luka di bibir Ridzwan.

Ridzwan hanya merenung wajah berkerut Kayla. Kayla merapati wajahnya ke wajah Ridzwan. Dia mengusap lembut bibir Ridzwan.

"Sakit lagi?" Bisiknya perlahan lalu matanya tertancap kearah mata Ridzwan yang setia merenungnya.

Ridzwan menggeleng perlahan lalu mengelus perlahan pipi Kayla. Malu Kayla dibuatnya apabila jari kasar itu menyentuh kulit pipinya.

Tangan Ridzwan mula menurun ke bibir Kayla. Diusap lembut bibir lembut itu. "Tak sakit kalau Kayla cium bibir abang.." bisiknya perlahan.

Terbeliak mata Kayla. Pertama, kerana Ridzwan sudah menukar cara panggilan. Dan yang kedua.. Ridzwan memintanya untuk menciumnya?

Ohmy! Nak lah! Tapi haram.. macam mana ni?

Tapi nak.. takpe kut. Skali skala kan?

Kayla meneguk liur kesat apabila wajah mereka sangat rapat sehingga hampir bercantum. Ridzwan menyengetkan sedikit kepalanya lalu memejam mata untuk mencium bibir Kayla.

Kayla pula terus memejam mata membenarkan perlakuan Ridzwan. Gulp. Serius lah abang Ridz nak cium Kayla? Aaa sheronoknya...

"Haa maksiat! Aku baru je tinggal adik aku sekejap, kau dah ambik kesempatan eh?!"

TBC🤍
Kacau la Kasyaf ni.. author baru je nk blushing tadi

VOTE AND COMMENT❤️

RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]Where stories live. Discover now